Tag Archives: terapi sihir

Rawatan Percuma 1-3 Ogos 2016 – Bakti Sosial

InsyaAllah khidmat rawatan @ terapi percuma selama 3 hari berturut-turut akan diadakan dari 1-3 Ogos 2016 bermula jam 8 malam-12 malam dengan temujanji terlebih dahulu bagi mnegelakkan menunggu terlalu lama. yang berminat  Sesiapa yang berminat bolehlah hadir ke premis saya di Putrajaya dengan membawa air mineral sebotol dan garam sebungkus. Untuk semua bangsa dan agama.
Rawatan adalah percuma  dan hendaklah dengan temujanji. Rawatan adalah untuk penyakit medik dan non medik. Doakan supaya saya dapat melapangkan masa pada waktu tersebut. Semoga bakti sosial yang kecil ini dapat membantu bagi yang memerlukan.
Advertisements

Diari Rawatan 26 Julai 2016 – Masalah Sakit Lutut & Muka Herot

herot

 

Bismillahirrohmanirrohim…
Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) – Bekas bos lama telefon saya meminta bantuan untuk ikhtiarkan suaminya ( saya panggil abang M) yang telah dimasukkan wad di Nilai Medical Centre kerana mengalami muka terherot dan masalah sakit lutut setelah melakukan kerja-kerja menebas rumah barunya akan dijangka akan diduduki pada bulan September ini.Abang M juga mengalami masalah lutut setelah mengalami kemalangan pada tahun 2010. Sejak itu dia mengalami sakit lutut yang teruk terutamanya sewaktu solat dan ketika apabila duduk terlalu lama.
Tujuan panggil atas nasihat dari beberapa orang rakannya untuk memeriksa sekiranya ada gangguan ghaib pada dirinya. Katanya dua-dua aspek perlu diperiksa sama ada masalah medik atau non medik. saya sampai di NMC jam 9.30 malam dan naik ke aras 3 dan bertemu dengan  abang M. Kelihatan mukanya terherot disebabkan tumbuh bisul yang agak besar di bibirnya seterusnya menyebabkan bengkak dan mukanya terherot.
Setelah didoakan pada air, garam dan minyak wangi, terapi dilakukan dan saya minta abang M buat madian selama 3 hari. Memandangkan tiada baldi di hospital, satu idea muncul bila terlihat jag air yang besar. saya minta selepas habis mandian biasa abang M isi jag dengan air dan masukkan garam dan jirus ke seluruh tubuh. Kena ulang sebanyak 7 kali jirus guna jag.
Alhamdulillah petang tadi berjumpa dengan bekas bos dia maklumkan pada malamnya abang M mendengar dan terasa di lutut kirinya bunyi meletup-letup dan masalah sakit lutut terus hilang.

Diari Rawatan 19 Mac 2016 -Gatal seluruh tubuh

kucing-gatal-menggaru

Bismilahirohmanirrohim…

Tenaga dalam Ilahi (TENDAI)- Saya mendapat panggilan telefon dari Semenyih, Selangor memberitahu masalah isterinya yang mengalami masalah kegatalan di seluruh tubuh terutamanya di muka, sakit dilutut dan kaki.

Malamnya selepas solat isyak pesakit datang dengan keluarganya. Bila datang sahaja dah terasa “aura negatif kehitaman” bila masuk ke bilik rawatan. Mula-mula buat tak tahu sahaja. Kemudian terapi dilakukan dan pesakit nampak sendiri dengan mata yang pejam  semasa terapi tersebut kelihatan 5-6 ekor ulat dalam 5-6 cm satu persatu keluar dari muka dan kainya dan hangus dan terus menjadi asap. Kemudian pesakit kelihatan resah gelisah. Lebih kurang 20 minit terapi segala sakit lutut, gatal di muka, kaki dan belakang tubuh terus hilang.

Alhamdulillah dengan izin Allah pesakit sembuh pada waktu itu jua. Selang dua minggu pesakit meminta bantuan lagi kerana mengalami masalah sakit diperut, pinggang dan hati. Seperti usus di pulas-pulas. Pergi ke pakar pun telah diperiksa tiada masalah. InsyaAllah akan sambung selepas ini.

Diari Rawatan 2 Mac 2016- Sihir Pemisah

pemisah

 

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyanyang)

Tenaga dalam Ilahi (TENDAI)- Rentetan dari kes cincin warisan yang ada dikatakan ber”saka” dan telah sembuh dengan Izin Allah, makcik tersebut telah mencadangkan seorang rakannya yang saya sebut Kak A dari Puncak Jalil berhubung dengan saya untuk konsultasi masalah anak dan menantunya yang baru sebulan berkahwin dan mahu bercerai.

Kak A menceritakan kepada saya berkenaan anaknya yang telah berubah sikap yang serius setelah berkahwin dan bercakap yang bukan-bukan dan mahu menceraikan isterinya. Juga diceritakan sewaktu sebelum majlis nikahnya dua ekor katak hijau telah mati di atas pelamin. Dikhabarkan juga bekas kekasih lama mahu kembali kepada anaknya tak kira walau apa  pun terjadi.

Setelah janji temu dibuat, semua ahli keluarga meminta mendeteksi  sama ada ada gangguan atau tidak pada diri mereka. Apabila sesi terapi dilakukan kepada anaknya , anaknya menggigil tiba-tiba dan tidak dapat dikawal dan kaki dan tangan sejuk seperti ais. Saya minta pembersihan rumah dilakukan selama tujuh hari dan mandian kepada anak Kak A dibuat. Hari ketujuh macam-macam petunjuk dapat pada keluarga tersebut. Saya mengatakan tak perlu risau dan ‘buat bodoh jer’ kata orang muda-muda. yang penting hasilnya gangguan dapat diselesaikan. Pemagaran dibuat setelah pembersihan dilakukan.

Alhamdulillah, Kak A memaklumkan anaknya telah sembuh dan hubungan mereka suami isteri telah ok semula dan anaknya telah mendapat pekerjaan di Qatar.

Diari Rawatan 17 Januari 2016-Enam Tahun Tidak Boleh Makan Nasi

Bismillahirrohmanirrohim…

nasi

Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)- Alhamdulillah berkesempatan menulis sedikit pengalaman rawatan selepas kembali dari urusan rasmi pada waktu siang sambil memberikan perkhidmatan di sebelah malamnya di Pulau Pinang dan  Kuantan. Insya Allah minggu ini dalam 11&12 Februari  akan berada di Kota kinabalu, Sabah.

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman rawatan dengan pembaca blog ini berkenaan pengalaman rawatan untuk satu kes seorang kanak-kanak yang tidak boleh bau apatah lagi makan nasi. Kanak-kanak ini akan termuntah apabila bau nasi ditanak dan makan nasi. Perkara ini berlarutan sehingga kanak-kanak ini berusia 9 tahun. Jadinya pada 10 Januari lepas bapanya menelefon untuk datang ke rumah setelah dicadangkan oleh seorang kenalannya. Ingatkan datang dalam 3-4 orang tetapi dalam 5 buah kereta. Terkejut saya dibuatnya dan yang lain-lain datang untuk tengok “drama” yang macam dalam rancangan berkaitan sihir. Tergelak saya dibuatnya.

Waktu tu saya baru nak demam. Perjumpaan diadakan lepas isyak. Jadi lepas maghrib saya ambil kesempatan untuk tidur sekejap bagi kumpul tenaga. Lepas isyak mereka datang ramai-ramai seperti rombongan meminang. Setelah mendengar sedikit sebanyak latarbelakang permasalahan, saya pun cuba menyentuh pangkal hidungnya. Tak semena-mena seorang makciknya tiba-tiba kerasukan dan meminta tolong untuk saya buang ‘saka’ yang duduk di hidung kanak-kanak tersebut. Alhamdulillah berjaya dibuang bersama ‘bisanya’ sekali. Setelah itu energi yang berada di tubuh makciknya dibuang dan dihantar ke Mekah.

Setelah pembersihan dilakukan dirumah kanak-kanak, bapanya memaklumkan kanak-kanak itu dah boleh menelan bubur nasi. Syukur Alhamdulillah dengan ilmu yang sedikit ini dapat membantu yang memerlukan.

Sekian

 

Bakti Sosial- Terapi Percuma Ahad Pertama Setiap Bulan Bermula Pada Tahun 2016

Bismillahirrohmanirrohim…

rawatn percuma

Tenaga Dalam Ilahi – InsyaAllah azam saya pada tahun 2016 adalah untuk memberikan khidmat rawatan @ terapi percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat pada ahad pertama setiap bulan. Sesiapa yang berminat bolehlah hadir ke premis saya di Putrajaya dengan membawa air mineral sebotol dan garam sebungkus. Untuk semua bangsa dan agama.

Rawatan adalah percuma pada hari tersebut sahaja dan hendaklah dengan temujanji. Rawatan adalah untuk penyakit medik dan non medik. Doakan supaya saya dapat melapangkan masa pada waktu tersebut. Semoga bakti sosial yang kecil ini dapat membantu bagi yang memerlukan.

 

 

Diari Rawatan- Pembersihan & Pagar Kedai Makan

buluh+kuning+1Bismillahirrohmanirrohim…

Tenaga Dalam Ilahi – Pada pertengahan bulan ramadan yang lalu dapat permintaan untuk melakukan pembersihan kedai makan dan pagar daripada gangguan di kedai makan. Pemilik Kedai telah beberapa kali ternampak imbasan pontianak di dalam kedainya dan juga ternampak imbasan sami di depan kedainya. Masalah kedai makan ini adalah persaingan dengan beberapa buah kedai makan yang banyak dibuka di kawasan ini.

Pemilik kedai belanja saya dan keluarga makan di kedai makan dan acara dilakukan selepas itu. Antara medium yang digunakan adalah buluh kuning yang telah diritualkan degan Asma Sunge Rajah versi 1-4. Semoga usaha dan ikhtiar ini kedai makan ini kembali laris seperti biasa.