Tag Archives: Tenaga Dalam Ilahi

[DIARI RAWATAN 6 OGOS 2017 – BARU SEMINGGU KAHWIN DAH NAK BERCERAI]

 

Malam tadi dijemput untuk buat terapi bagi sepasang suami isteri yang baru seminggu melangsungkan perkahwinan. Si suami kerap mendengar bisikan dan kata hati untuk menceraikan isterinya sejurus lepas akad nikah. Pasangan ini tidak dapat tidur bersama kerana si suami akan diganggu.

Bila  sampai mereka tengah menonton game bolasepak antara Arsenal dan Chelsea. Saya pun tumpang sekaki tonton sehingga separuh masa pertama habis.
Lepas tu barulah terapi dimulakan dengan terapi si suami terlebih dahulu. Bila dimulakan degupan jantungnya berdegup kencang dan selepas dua puluh minit terapi keadaannya kembali normal.
Terapi diteruskan dengan isterinya pula. Bila saya sentuh kepalanya terus isterinya sakit di bahagian rahim berpindah ke kaki kanan pindah lagi ke kaki kiri , ke belakang, peha dan pinggang. Terapi diteruskan dengan rendaman kaki menggunakan Minyak AlKautsar.
Isteri memaklumkan bila rendaman dimulakan dia nampak banyak ukar sawa melalui kakinya keluar ke dalam besin rendaman. Dia juga ternampak seekor ular tedung yang sedang mengepakkan sayapnya seperti marah mahu mematuknya. Pemutusan perjanjian dilakukan dan isteri tersebut terus banyak sendawa.
Saya minta isteri tersebut buat mandian dan minum air yang telah didoakan melalui Minyak AlKautsar selama seminggu.

Advertisements

Testimoni Pelajar Tenaga Dalam Ilahi (Tendai)

 

dsi.png

Bismillahirrohmanirrohim.

 

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI) – Sedikit testimoni salah seorang murid yang mengambil keilmuan Daya Sejati Insani baru baru ini. Alhamdulillah banyak juga masalahnya telah selesai dengan amalan selama 21 hari Daya Sejati Insani.

Semuanya ini atas izin DariNya juga. Sesiapa yang berminat untuk mengambil keilmuan ini boleh hubungi atau whatshap saya di 019 2260790

Catatan Rawatan 20 Mei 2017

Bismillahirrohmanirrohim.

Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) – Malam ni dah beberapa orang menunggu setelah seminggu saya di luar kawasan. Saya ada urusan di Johor Bahru.

Malam ini didatangi oleh seorang peguam muda yang ada firma sendiri. Hampir lima bulan mengalami kemurungan akibat disihir oleh seseorang yang telah kalah kes di mahkamah. Tiada semangat dan kerap sakit di pejabat. Susah nak tidur, fikiran berserabut dan kerap mimpi jatuh tempat tinggi dan macam macam masalah mistik lain.

Semasa sesi terapi pesakit nampak patung yang digantung dan bergerak gerak seperti tergantung. Dada sakit. Sesi pembersihan dilakukan dan pesakit merasa ringan. Pesakit diminta membuat pembersihan di tubuh, rumah, kereta dan pejabatnya.

Pesakit kedua ada masalah santau. Pesakit menceritakan dah beribu habis berubat sejak setahun lepas. Di rumahnya nasi selalu cepat basi. Saya minta bawa 3 biji kelapa. Terapi dimulakan dan pesakit terus sendawa serta muntah. Ada nampak darah keluar sekali.

Pesakit maklumkan tubuhnya ringan berbanding sebelum datang. Juga dibekalkan untuk pembersihan rumah, pagar rumah dan mandian bagi menutup laluan yang boleh masuk ke tubuhnya.

Diari Rawatan 22 April 2017

g k

Bismillahirrohmanirohim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)- Alhamdulillah kali ni saya nak cerita sedikit berkenaan pengalaman rawatan di Sabah pada bulan lepas.

Rawatan berkenaan setelah saya menerima panggilan untuk membantu seseorang memulihkan pejabatnya di suatu tempat yang dirahsiakan. Pejabatnya kerap diganggu seperti kelibat perempuan tua, ular mati di pintu, kaki selalu kebas apabila dia mula bertugas.

Bila sampai saya dah mula terasa gelombangnya. Saya pun mula proses pembersihan pejabat. Semasa proses ini saya ‘terlihat’ suatu kawasan air terjun dan dikelilingi beberapa puteri. Setelah selesai pembersihan beberapa botol air mineral diletakkan di empat penjuru pejabat.

Rawatan dilanjutkan untuk pembersihan dirumahnya. Saya nampak potensi orang ni boleh meraga sukma. Proses meraga sukma dimulakan. Orang ini nampak di rumahnya banyak kelibat pontianak, ular, tangan-tangan yang banyak, nenek kebayan, bungkusan kitab lama tanah kubur dan bermacam- macam lagi. Dipendekkan cerita semuanya di masukkan ke dalam botol dan ditutup,dipindahkan dan ditanam ke suatu tempat yang paling jauh.

Seterusnya saya guide untuk periksa gangguan ditubuhnya. Banyaklah benda kotor dan gangguan yang dikeluarkan dan seterusnya dibakar sampai jadi abu.
Akhir sekali saya minta periksa dan guide pergi ke pejabatnya. Kelihatan nenek kebayan, beberapa puteri, beberapa duyung dan semua ini Saya pindahkan ke suatu kawasan di Gunung Kinabalu. Akhir sekali Saya panggil “ketua” di situ dan berdialog kenapa selalu menganggu penduduk di situ. Setelah selesai sesi dialog ketua makhluk dan pengikutnya seramai lima ratus ribu bersetuju untuk berpindah di suatu kawasan di Gunung Kinabalu.

Alhamdulillah semoga sedikit ikhtiar dapat menyelesaikan masalah gangguan di pejabatnya.

Amin.

Diari rawatan 15 Oktober 2016- Gangguan Rumah- Jembalang Tanah

Bismillahirrohmanirrohim…

 

jembalang-tanah                                         (sekadar gambar hiasan)

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)- Alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang mentadbir seluruh Alam. Lama juga tak tulis apa-apa kat blog ni.

Jadi tengahari Jumaat ini, ada kesempatan sikit untuk menceritakan satu kisah salah seorang ahli surau qariah saya yang mengalami gangguan isteri dan anak-anaknya. Telah beberapa kali ke pusat rawatan untuk berubat tetapi gangguan tetap ada dan semakin bertambah. Ahli Qariah tu tanya kepada Imam qariah mana tau ada tempat berubat gangguan yang sedang dialami olehnya.

Setelah berjumpa malamnya sesi terapi dimulakan. Kebelakangan ini mana-mana yang ada potensi meraga sukma saya layankan untuk explore apakah potensi yang ada dengan meraga sukma. Mula-mula pesakit lihat di dapur penuh dengan kaki-kaki sahaja dan berbau hamis,sesi pembersihan dibuat. Seterusnya di ruang tamu rumah kelihatan ada entiti yang negatif, pembersihan dilakukan , bilik tidur belakang rumah pesakit lihat ada jembalang tanah semuanya berjaya dilakukan.

Ada sekali pesakit bertanyakan bunyi cakaran di dinding rumahnya. Bila pesakit meninjau rupanya ada makhluk yang beragama Islam seperti beri isyarat kepada pesakit supaya jangan tengok TV dengan suara kuat kerana menganggunya untuk beribadat ditengah malam.

Sesi kedua adalah sesi pembalasan yang menghantar dan mengupah…Hehehe alhamdulillah berjaya dilakukan.

Akhirnya masalah gangguan telah berjaya diselesaikan.

Rawatan Percuma 1-3 Ogos 2016 – Bakti Sosial

InsyaAllah khidmat rawatan @ terapi percuma selama 3 hari berturut-turut akan diadakan dari 1-3 Ogos 2016 bermula jam 8 malam-12 malam dengan temujanji terlebih dahulu bagi mnegelakkan menunggu terlalu lama. yang berminat  Sesiapa yang berminat bolehlah hadir ke premis saya di Putrajaya dengan membawa air mineral sebotol dan garam sebungkus. Untuk semua bangsa dan agama.
Rawatan adalah percuma  dan hendaklah dengan temujanji. Rawatan adalah untuk penyakit medik dan non medik. Doakan supaya saya dapat melapangkan masa pada waktu tersebut. Semoga bakti sosial yang kecil ini dapat membantu bagi yang memerlukan.

Daun Rerama Untuk Dijual

rerama
Khasiat Daun Pokok Rerama
Ekstrak daun pokok rerama ini mampu merawat penyakit kanser (barah) kerana ianya mengandungi ‘active ingredient’ yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan anti kanser. Selain itu, ia boleh meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah. Antara penyakit lain yang mampu dirawat menggunakan ekstrak daun pokok rerama ini adalah penyakit SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.
Kaedah rawatan yang digunakan adalah hanya dengan meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana konsep merendam dan meminum air teh. Pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) juga telah membuat kajian dan terbukti bahawa daun pokok rerama ini mengandungi ciri-ciri anti barah dan anti keradangan. – sumber.
Mengikut kajian terkini Universiti Putra Malaysia (UPM), daun rerama memiliki ciri-ciri anti-kanser. Selain itu, daun ini juga mempunyai 13 jenis sebatian MISTERI yg blh mengubati pelbagai jenis penyakit, antaranya
  •  ▶Semua jenis Kanser
  • ▶SLE
  • ▶Thyroid v
  • ▶Leukimia
  • ▶Darah tinggi
  • ▶Kencing manis
  • ▶Kolesterol/Asid Urik
  • ▶Gout
  • ▶Masalah berkaitan darah
  • ▶Stroke
  • ▶Senggugut
  • ▶Asma
  • ▶Migrain
  • ▶Resdung
  • ▶Demam campak
  • ▶TB
  • ▶Denggi
  • ▶Masalah usus
  • ▶Masalah sendi
  • ▶HIV
  • ▶Angin dlm badan
  • ▶Sebagai supplement
TAPI DAUN RERAMA TAK SESUAI UNTUK
  • Ibu mengandung
  • Buah pinggang dialisis
  • Paru-paru berair
DAUN RERAMA YANG KAMI JUAL INI MENGANDUNGI DAUN , BATANG DAN AKAR POKOK RERAMA UNTUK KESAN LEBIH MAKSIMUM
NOTA : Ingin saya maklumkan, daun rerama yang saya jual adalah asli dan 100% ORGANIK, Daun ini saya jual pada harga yang murah kerana saya deal terus dengan pemungut pokok rerama dari Thailand. Pokok rerama ini dikutip dalam hutan di Thailand. Harga saya tawarkan adalah munasabah untuk pengguna. Sekiranya pokok ini ditanam secara komersial di Malaysia hati-hati dengan pengunaan racun serangga oleh pengusaha tanaman herba ini. 100% organik adalah yang terbaik.

HARGA: RM40.00 sepeket (+ 50GM ). Beli 5 peket RM 150