Tag Archives: Tenaga Dalam Ilahi-Grand Master

Catatan Rawatan 20 Mei 2017

Bismillahirrohmanirrohim.

Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) – Malam ni dah beberapa orang menunggu setelah seminggu saya di luar kawasan. Saya ada urusan di Johor Bahru.

Malam ini didatangi oleh seorang peguam muda yang ada firma sendiri. Hampir lima bulan mengalami kemurungan akibat disihir oleh seseorang yang telah kalah kes di mahkamah. Tiada semangat dan kerap sakit di pejabat. Susah nak tidur, fikiran berserabut dan kerap mimpi jatuh tempat tinggi dan macam macam masalah mistik lain.

Semasa sesi terapi pesakit nampak patung yang digantung dan bergerak gerak seperti tergantung. Dada sakit. Sesi pembersihan dilakukan dan pesakit merasa ringan. Pesakit diminta membuat pembersihan di tubuh, rumah, kereta dan pejabatnya.

Pesakit kedua ada masalah santau. Pesakit menceritakan dah beribu habis berubat sejak setahun lepas. Di rumahnya nasi selalu cepat basi. Saya minta bawa 3 biji kelapa. Terapi dimulakan dan pesakit terus sendawa serta muntah. Ada nampak darah keluar sekali.

Pesakit maklumkan tubuhnya ringan berbanding sebelum datang. Juga dibekalkan untuk pembersihan rumah, pagar rumah dan mandian bagi menutup laluan yang boleh masuk ke tubuhnya.

Diari Rawatan 25 Oktober 2015- Gangguan Rumah

Bismillahirrohmanirrohim…

sedut energi negatif puchong.jpg

Tenaga Dalam Ilahi- Alhamdulillah puji dan syukur kehadrat Ilahi di atas nikmat islam dan iman yang telah diberikan. nak cerita sedikit berkenaan satu kisah pembersihan rumah yang dimiliki oleh seorang bangsa Cina di Puchong, Selangor.

 

Simptom masalah adalah penghuni rumah akan mengalami sakit secara bergilir-gilir. Bila seorang sembuh penyakit akn berpindah kepada penghuni rumah yang lain dan berlarutan selama 2 tahun. Kalau kita tengok pada gambar di atas adalah medium untuk menyedut energi negatif yang ada di rumah tersebut dan yang bersarang di tubuh penghuni rumah ini. Telur tersebut retak sendiri sehari selepas diletakkan di rumah tersebut dan untuk makluman tuan rumah yang membeli telur tersebut.

Selepas selesai pembersihan rumah…proses pemagaran dilakukan di rumah ini dengan harapan supaya tiada lagi gangguan yang akan menganggu penghuni rumah ini.

p/s: Yang ada kebolehan boleh tengok-tengok apa yang ada di dalam balang ini…hihihi.

 

Diari Rawatan- Pembersihan & Pagar Kedai Makan

buluh+kuning+1Bismillahirrohmanirrohim…

Tenaga Dalam Ilahi – Pada pertengahan bulan ramadan yang lalu dapat permintaan untuk melakukan pembersihan kedai makan dan pagar daripada gangguan di kedai makan. Pemilik Kedai telah beberapa kali ternampak imbasan pontianak di dalam kedainya dan juga ternampak imbasan sami di depan kedainya. Masalah kedai makan ini adalah persaingan dengan beberapa buah kedai makan yang banyak dibuka di kawasan ini.

Pemilik kedai belanja saya dan keluarga makan di kedai makan dan acara dilakukan selepas itu. Antara medium yang digunakan adalah buluh kuning yang telah diritualkan degan Asma Sunge Rajah versi 1-4. Semoga usaha dan ikhtiar ini kedai makan ini kembali laris seperti biasa.

Diari Rawatan 3 Jun 2015- Buang Ilmu Kebatinan Yang Batil

image (Sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim… Tenaga Dalam Ilahi – Alhamdulillah lagi empat hari lagi menjelang bulan Ramadan al Mubarak. Moga ramadan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Baiklah nak cerita sedikit berkenaan kisah rawatan seorang pemuda yang terlalu minat mempelajari silat kebatinan sehingga ada yang terambil silat kebatinan yang batil. Beliau mengadu sejak akhir-akhir ini selalu terkejut semasa tidur, tengkuk terasa berat dan banyak lagi simpton lain. Setelah mendengar secara ringkas terapi pun dimulakan. Pesakit terus bersilat dan mengajak bertempur. Beberapa jurus dilancarkan dan beberapa kali pesakit terpelanting kesan terkena jurus. Setelah tewas dan keletihan, entiti yang berada dalam tubuhnya mengaku kalah dan bersedia untuk keluar. Saya agak ini tipu helahnya untuk melengahkan masa dan merawat dirinya yang terluka. Terapi diteruskan lagi dan kelihatan entiti keluar dari tubuhnya. Sehinggalah ketua entiti berdegil tidak mahu keluar dari tubuh pesakit. Saya cuba untuk melemahkannya melalui beberapa kaedah dan pesakit terasa entiti tersebut keluar dari tubuhnya. Alhamdulillah  pesakit turut diminta untuk mandi limau purut bagi membuang semua silat batin yang batil.

Diari Rawatan 7 November 2012- ‘Kucing Besar’

kucing besar

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyangang)

Tenaga Dalam Ilahi – Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat yang telah diberikan. Telah dapat panggilan telefon dari seorang kenalan meminta membantu apa yang patut bagi merawat isterinya. Telah beberapa kali  mendapatkan rawatan di pusat rawatan lain namun belum bertemu kesembuhan.

Maka pada malam tersebut sang suami bersama isteri telah datang ke rumah saya untuk rawatan bagi isterinya. Bila kaedah pendeteksian dilakukan, isterinya menyatakan terasa sejuk di beberapa lokasi tubuhnya. Bila rawatan dijalankan tangan si isteri telah mula bergerak. Doa supaya tidak agresif. Cuba pula kaedah memanggil dan diplomasi pun tidak berjaya. Dapat ilham menggunakan kaedh meraga sukma. Bila proses dijalankan, mula-mula nampak tangannya seperti keadaan ‘kucing besar’. Tangan sebelah kanan besar dan mempunya kuku yang panjang manakala tangan kiri pula tangan kecil dan kuku yang pendek. Saya meminta pesakit tersebut menadahkan tangan dan bila dia lihat, nampak sebilah pedang panjang. Saya minta dia tetak leher ‘kucing besar’. Dua kali tetak terputus dan bercantum kembali. Saya minta dia cuba sekali lagi dan kaedah kuncian digunakan bagi memastikan tidak bersambung. Alhamdulillah berjaya.

Seterusnya kaedah melapah digunakan bagi memotong kaki, tangan, perut dan bila perutnya dilapah keluar pula beberapa entiti lain. Saya minta dia memasukkan dalan satu botol besar dan kurung serta dibuangkan ke laut yang paling jauh pesakit pernah pergi. Alhamdulillah selesai rawatan pada malam tersebut dengan dibekalkan minyak wangi dan garam untuk mandian.
Keesokan harinya si suami sms saya memberitahu sepelas pulang dari rumah saya, suami dan isterinya solat isyak dan melakukan kaedah zikir yang diajarkan. Si isteri pula nampak terdapat entiti pada tubuh suaminya. Insya Allah si suami akan menyusul untuk rawatan.

Segala kesembuhan adalah milik mutlak Allah…..

Diari Memagar Rumah -12 Ogos 2011

 

 

Bismillahhirrohmanirrohim

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI) – Seorang kenalan meminta saya supaya membantu menyelesaikan masalah rumah bapa mertuanya yang mengalami gangguan selama 11 tahun. Dalam tempoh itu banyak perkara aneh terjadi seperti kerusi bergerak sendiri, bunyi gerakan di siling dari maghrib sampai subuh, hembusan angin di telinga mak meruanya, mak mertuan selalu mengantuk dan bermacam-macam lagi. Dia pun dah meminta beberapa ustaz untuk memagar rumahnya.

Bila sampai di rumahnya saya cuba mencari punca masalah, semasa tengah berkhayal tiba-tiba ilham datang. Berkemungkinan masalah pagar ghaib tuan rumah lama yang tidak dibuang atau dibatalkan menyebabkan gangguan itu menyangka yang tinggal di rumah itu adalah penceroboh. Setelah beberapa ketika bahan yang diperlukanpun telah didapatkan dan upacara pembatalan password pagar lama dilakukan serta saya meminta tuan rumah menyiram lokasi pagar lama  yang ditanam selama tiga petang berturut-turut.

Alhamdulillah dengan izin Allah jualah masalah ini dapat dirungkaikan. Saya merasakan betapa kerdilnya saya kerana banyak bantuan Allah yang telah diberikan kepada saya.

Rawatan 13 Februari 2011- Sihir Penghalang Pernikahan

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim…

Tenaga Dalam Ilahi – Saya dapat panggilan dari seorang makcik yang meminta untuk datang ke rumahnya di Sg Ramal, Kajang. Berdasarkan perbualan anaknya sudah sepuluh kali putus tunang. Saya pun datang ke rumahnya setelah adik makcik tadi menunggu saya di stsen minyak Shell Sg Ramal. Sampai di rumahnya jam 9.45 malam. Bila sampai di rumahnya saya di jemput masuk oleh suami makcik tadi dan duduk sambil menikmati  hidangan yang disediakan. Pada mulanya saya datang untuk membuat pembersihan rumah makcik ini. Semasa berdoa pada bahan-bahan bagi pembersihan rumah, saya perhatikan terdapat aura hitam pada bahu kanan dan kiri anak perempuan tadi. Bila saya buka mata tak nampak pula. saya pejam lagi nampak lagi aura hitam pada tubuh anak makcik tadi. Setelah selesai, rawatan dimulakan pada anak perempuannya yang berusia 28 tahun.

Sesi scanning mendapati ada tindakbalas pada hatinya bila saya niat untuk deteksi lokasi gangguan energi negatif. Saya minta izin pada makcik tadi untuk  menyentuh kepala anaknya. Bila sentuh kepala anaknya terus dia sendawa panjang berkali-kali. Saya minta supaya makcik tadi menyediakan mangkuk kerana kemungkinan anaknya akan muntah. Bila sampai mangkuk terus saja anak tadi muntah. Dua  mangkuk muntah. Bila rawatan selesai, anak dara makcik kata badannya  terasa ringan. Semasa rawatan dilakukan makcik pun terasa ada gerakan pada kepalanya. Lepas tu anak-anaknya yang lain pun minta lihat sama ada ada gangguan saka atau energi yang tak elok.  Semasa sesi mendeteksi tersebut 2 lagi anaknya ada mangalami gangguan saka. Anak-anaknya dibekalkan air mineral untuk minuman, garam dan minyak wangi untuk mandian selama 7 hari.

Rawatan selesai jam 1 pagi.