Tag Archives: tenaga batin

Diari Rawatan 3 Jun 2015- Buang Ilmu Kebatinan Yang Batil

image (Sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim… Tenaga Dalam Ilahi – Alhamdulillah lagi empat hari lagi menjelang bulan Ramadan al Mubarak. Moga ramadan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Baiklah nak cerita sedikit berkenaan kisah rawatan seorang pemuda yang terlalu minat mempelajari silat kebatinan sehingga ada yang terambil silat kebatinan yang batil. Beliau mengadu sejak akhir-akhir ini selalu terkejut semasa tidur, tengkuk terasa berat dan banyak lagi simpton lain. Setelah mendengar secara ringkas terapi pun dimulakan. Pesakit terus bersilat dan mengajak bertempur. Beberapa jurus dilancarkan dan beberapa kali pesakit terpelanting kesan terkena jurus. Setelah tewas dan keletihan, entiti yang berada dalam tubuhnya mengaku kalah dan bersedia untuk keluar. Saya agak ini tipu helahnya untuk melengahkan masa dan merawat dirinya yang terluka. Terapi diteruskan lagi dan kelihatan entiti keluar dari tubuhnya. Sehinggalah ketua entiti berdegil tidak mahu keluar dari tubuh pesakit. Saya cuba untuk melemahkannya melalui beberapa kaedah dan pesakit terasa entiti tersebut keluar dari tubuhnya. Alhamdulillah  pesakit turut diminta untuk mandi limau purut bagi membuang semua silat batin yang batil.

Advertisements

Sistem Biomagnetik Pada Tubuh Manusia

Bismilahirahmanirrahim…

TENAGA DALAM ILAHI – Salam di akhir bulan Sya’ban dan lebih kurang lagi 8 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan yang mana bulan Ramadan adalah bulan yang diawalnya adalah pengampunan dipertengahannya adalah rahmat dan diakhirnya adalah pelepasan dari api neraka. semoga para pembaca sentiasa ceria dan bahagia dalam melayari kehidupan seharian. Ada yang bersedih? Kenapa agaknya kita  bersedih? Sebenarnya perasaan yang kita alami hanyalah merupakan cetusan dan terbitan yang kita cipta (daya cipta). Seperti kita melihat sebuah peta, sebenarnya sebuah peta tidaklah mewakili sempadan sesebuah negeri. Ia hanya menunjukkan situasi dan keluasan kawasan tersebut tanpa sebarang ikatan sah kepada kawasan asal.
Begitu juga dengan perasaan kita, kita bersedih bukanlah kerana kita seorang penyedih tetapi kita berada dalam situasi atau kawasan kesedihan. Kita sebenarnya mampu keluar daripada kawasan tersebut jika kita memasuki kawasan kegembiraan. Tak faham? tak mengapa, nanti suatu hari saya akan menulis post tentang perkara ini. Minggu ini saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca tentang medan elektromagnetik badan kita atau lebih dikenali sebagai aura kerana apa yang diajarkan oleh Tenaga dalam Ilahi adalah senam pernafasan biomagnetik.

Bila sebut medan elektromagnetik ramai yang tertanya-tanya apakah bendanya itu, tetapi bila diringkaskan kepada aura, ramai yang tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala kerana sudah faham . Pada suatu ketika dahulu ramai yang bercerita tentang aura dan ramai yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan aura. Apa agaknya aura itu dan bagaimana ianya terjadi?

Tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya.

Mungkin ada pembaca yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.

Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura.  Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.

Kita kerap mendengar orang berkata, orang-orang hebat memiliki aura yang hebat. Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang dan hebat.

Contoh gambar aura yang diambil mengguna ‘Kirlin Photograph’.

Baiklah di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mendapatkan aura atau lingkaran tenaga elektromagnetik yang hebat. Medan tenaga ini bermula daripada kelenjar pineal atau ubun-ubun di bahagian atas kepala dan bercantum semula di hujung tulang sulbi. Tips yang pertama yang perlu pembaca ambil perhatian adalah menjaga kekuatan kelenjar pineal dan tulang sulbi. Mari kita lihat fungsi kelenjar pineal dan tulang sulbi pada manusia.

Kelenjar pineal menjaga kekuatan semangat dan kekuatan keyakinan kepada manusia. Apabila kelenjar pineal ini lemah maka seseorang manusia itu akan menjadi lesu, tiada mood. Bayangkan apa akan terjadi pada individu yang lesu, lemah dan sentiasa tiada mood. Pastinya prestasi kerjanya akan terganggu dan dia tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan potensi dirinya.

Ok, sekarang kita lihat pula fungsi tulang sulbi. Tulang sulbi menjaga darah, otot, tulang, saraf, usus. Jika tenaga tulang sulbi ini lemah seseorang manusia itu akan mudah diserang penyakit yang berkaitan dengan darah, seperti darah tinggi, leukimia, kebas, cirit-birit, buasir, sembelit, kekejangan, hilang deria sentuh. Bila dilihat pada penyakit yang terhasil daripada kelemahan struktur tulang sulbi, secara automatik kita boleh mentafsirkan bahawa mereka ini adalah orang yang pastinya tergolong adlam kumpulan yang tidak produktif.

Jadi secara umumnya untuk seseorang itu berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya tumpuan yang serius haruslah diberi kepada kekuatan tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi. Itulah juga sebab mengapa kini terdapat banyak produk aura atau tenaga di pasaran. Produk-produk ini secara tidak langsung membantu individu meningkatkan aura atau tenaga lingkaran elektromagnetik badan. Selain itu, menjaga pemakanan adalah amat penting dalam mempastikan tahap tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi kuat.

Lingkaran tenaga elektromagnetik atau energy fluks amat sensitif. Ia boleh berubah-ubah mengikut daya pemikiran seseorang dan getaran denyutan jantung. Ini bermakna, apabila seseorang itu, tidak tenteram atau kerisauan, atau ketakutan, maka lingkaran tenaga atau fluksnya akan terganggu. Itulah sebab utama mengapa kekuatan organ-organ yang terlibat harus di ambil berat.

Apabila seseorang individu itu memiliki tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi yang kuat, percayalah dia mampu berada di tahap kegemilangan yang diimpikan oleh semua manusia. Begitulah sebenarnya bagaimana seorang manusia itu berbeza dengan seorang manusia yang lain. Sebenarnya perbezaan itu tidak perlu terjadi bila semua manusia tahu dan mengambil berat menjaga kekuatan lingkaran tenaga atau energy fluks mereka.

Bagi pelatih yang ingin belajar senam pernafasan biomagnetik Tenaga Dalam Ilahi, konsepnya kami telah permudahkan dengan menggunakan kaedah ‘jumper’ iaitu konsep seperti bila ada kereta yang tak boleh start, kita akan jumperkan bateri kereta kita kepada bateri kereta yang tak hidup tu. Bila dia start maka enjin kereta dia pun boleh hidup sekali. Bagi pelatihan senaman pernafasan biomagnetik Tenaga Dalam Ilahi, pemberi ijazah akan mengalirkan energinya kepada medium air atau garam dan air atau garam tadi diminum bagi membangkitkan tenaga dalaman pelatih. Latihan 21 hari diperlukan bagi menyelaraskan energi biomagnetik pada tubuh pelatih.

Kursus Master Penyembuhan Biosinergi

 

 

Bismillahirahmanirahim

Tarikh: 25-27 Jun 2010

Lokasi: Kapar, Klang

 

TENAGA DALAM ILAHI-Seramai 12 orang telah menghadiri kursus kali ini. Yang terjauh adalah dari negeri Kelantan. Kursus ini lebih menekankan kepada 90% praktikal dan 10 % pembelajaran secara teori. Kursus dilakukan secara santai tetapi penuh dengan info dan petua serta panduan untuk melakukan rawatan. Antara latihan yang dilakukan adalah seperti membaca aura, mengeraskan telur,bedah metafizik, terapi patah tulang (sangkal putong),terapi lidi mancis, totok prana, totok darah, memagar kediaman, membuat air penyembuhan, mengosongkan ilmu lawan dan banyak lagi.

Saya telah diberi peluang oleh Dr Abd Khalib untuk berkongsi panduan bagi kaedah bedah metafizik, rawatan bagi kencing manis, dan sangkal putong manakala Dr idris menerangkan berkenaan herba unttuk rawatan dan Khairul menerangkan konsep pernafasan. Diharap ilmu yang telah diberikn ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin.

 

Soalan-Soalan Lazim

1- Apakah makna ilmu ini ada kaitan dengan ilmu hitam atau perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah?

TENDAI adalah singkatan daripada Tenaga Dalam Ilahi. Ini bermakna tenaga dalam yang kita jana dan bangkitkan bersumber dari kekuatan yang Allah kurniakan. Tiada sebarang amalan yang pelik atau sebarang zikir yang berat dan amalan yang berat. Ia hanyalah pembangkitan tenaga dalam melalui Transfer Energi Pembuka atau Pembangkit dari TENDAI MASTER kepada murid. Maka murid menerima pembukaan ilmu dan dibangkitkan tenaganya yang terpendam selama ini. 

2- Adakah latihannya berat kerana kebiasaannya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih dan tidak dapat meluangkan masa..?

Latihan TENDAI adalah yang termudah dalam ilmu tenaga dalam. Ia adalah himpunan dan ringkasan daripada ilmu-ilmu metafizik yang bertebaran di seluruh pelusuk nusantara, termasuk juga dari negara barat. Latihannya hanyalah 15 minit sahaja sekali latihan. Latihannya hanya melibatkan olahan pernafasan. Tarik nafas, tahan nafas dan hembus nafas. Tiada sebarang ayat yang terpaksa dihafal panjang-panjang atau susah.

3- Adakah selepas pengisian ilmu ini terus boleh digunakan? Adakah kesannya dapat dirasakan bahawa energi telah ditransferkan?

Selepas pengisian dalam 20 minit, ilmu ini terus boleh digunakan. Kaedah penggunaannya akan dijelas di dalam diklat panduan Aplikasi TENDAI yang akan disertakan untuk ahli baru. Setelah pengisian anda akan dapat merasakan samada terasa haba di telapak tangan, terasa semut-semut, kebas-kebas atau terasa mencucuk di telapak tangan dan dihujung jari. Namun kesan ini berlainan pada setiap orang.

4- Adakah Ilmu ini kekal sampai bila-bila? Adakah ia boleh hilang sekiranya melakukan sesuatu yang menyalahi agama, seperti meninggalkan solat dan sebagainya?

Keilmuan yang telah diisi tidak akan hilang sampai bila-bila. Sepanjang hayat. Tiada sebarang pantang-larang yang tidak boleh dilakukan. Sekiranya anda meninggalkan solat atau melakukan dosa, itu adalah tanggungan anda sendiri, dan ia adalah urusan anda dengan Tuhan. Namun demikian sekirannya ingin mendapat keberhasilan Ilmu ini dengan lebih baik, meninggalkan segala perkara yang dilarang agama adalah yang terbaik.

5- Adakah Ilmu boleh dikuasai oleh semua orang? Atau hanya orang yang sudah mempunyai hati yang bersih sahaja?

Sekali lagi diingatkan di sini bahawa sesiapa saja boleh menguasai ilmu ini dan memperolehi hasilnya seperti yang inginkan. Tidak mengira jenis apa sekalipun orang itu. Boleh dikuasai oleh semua bangsa dan agama.

6- Bolehkah saya belajar ilmu lain atau bolehkah ia serasi dengan ilmu yang pernah saya tuntut?

Boleh belajar ilmu lain dan tiada sebarang efek negatif dengan mana ilmu yang telah dipelajari. Malah menguatkan lagi segala ilmu yang pernah dikuasai. Mana-mana ilmu yang pernah dipelajari dan tidak berjaya, InsyaAllah boleh dibangkitkan semula dengan jaya. Namun segala ilmu hitam atau ilmu yang berunsur negatif akan tertolak atau dikeluarkan secara automatik, tanpa meninggalkan sebarang kesan buruk.

7- Apakah Ilmu ini boleh untuk apa jua hajat?

Ya, ilmu ini boleh digunakan untuk apajua hajat anda. Penggunaannya tidak terhad. Cara penggunaannya amatlah mudah. Cuma niatkan di dalam hati, maksudnya doa dalam hati minta apa yang kita inginkan. Kemudian tenangkan diri, rasakan getaran, semut-semut atau haba pada telapak tangan. Selepas itu selesai. Itu sahaja. Ilmu ini tidak mendatangkan sebarang mudarat atau kesan negative mahupun kesan yang buruk kepada penuntutnya. InsyaAllah.

8- Perlukah latihan untuk ilmu ini? Sampai bila perlu berlatih?

Latihan diperlukan untuk menstabilkan energi atau tenaga dalam badan yang telah diisi. Ia diperlukan kerana anda telah menerima sesuatu yang baru di dalam badan anda. Jadi ia perlu diserasikan dan diselaraskan mengikut kapasiti yang perlu anda tampung. Sekiranya tiada latihan tersebut energi tidak dapat serasi dengan anda. Namun ia tetap ada dan boleh digunakan tetapi anda akan terasa badan anda kurang enak dan kurang selesa. Latihannya memerlukan 3 minggu untuk peringkat dasar. Ataupun bersamaan dengan 21 hari. Ia bukanlah wajib dilakukan berturut-turut setiap hari.Apa yang penting ialah habiskan latihan selama 21 hari.

9- Adakah sukar untuk menggunakannya, bagaimana sekirannya saya ada sebarang masalah?

Selepas pengisian selama 20 minit olahan Pernafasan. Anda terus boleh menggunakan ilmu ini untuk apa saja..Segala jenis kegunaan dan panduan akan dijelaskan dengan terperinci dan mudah difahami akan disertakan. Sebarang masalah anda boleh terus menghubungi saya melalui talian telefon, surat, atau email. Untuk surat pastikan sertakan sampul surat sendiri dan bersetem 30 sen.

10- Bilakah saya boleh mempelajari peringkat GURU?

 Anda boleh membayar mahar peringkat GURU terus iaitu RM/ BRUNEI/ SINGAPURA 550. Namun begitu anda perlu melalui latihan peringkat dasar juga selama 21 hari. Selepas tamat terus hubungi PENGIJAZAH. Bagi peringkat DASAR mahar RM /BRUNEI/ SINGAPURA 165 , selepas membuat latihan 21 hari anda perlu menghubungi saya dan membuat Bayaran untuk peringkat GURU RM/ BRUNEI/SINGAPURA 550. Anda akan diijazahkan dengan peringkat GURU. Dalam peringkat GURU anda akan dibuat pengisian lain. Anda akan menguasai pelbagai ilmu kesaktian dari seluruh pelusuk nusantara, terutamanya dari tanah Jawa dan Tanah Melayu. Ilmu-ilmu warisan dari para kiyai serta sesepuh Tanah Jawa dan Melayu.

Tenaga Dalam Ilahi

Tenaga dalam dapat dibangkitkan dengan olah pernafasan, baik olah pernafasan yang ditekan pada perut, rongga dada maupun di bawah pusar yang dikombinasikan dengan pemusatan fikiran (konsentrasi penuh) pada satu titik. Dengan tenaga dalam seperti ini mampu menghimpun suatu kekuatan gaib yang disaring dari Daya Hayat/Daya Prana/Magnetis yang berada di dalam alam bebas maupun pada diri sendiri. Namun bila daya prana tersebut telah dipergunakan dan tidak dilatih secara rutin, maka daya prana akan menghilang dengan sendiri.

Tenaga dalam Ilahi (Celestial Plane) atau tenaga dalam frekuensi Ilahiah mempunyai metode yang khusus, berbeda dengan tenaga dalam yang lain. Tenaga Dalam Ilahiah hanya bersumber pada keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Esa dan dipadu dengan pemusatan pikiran yang jitu (konsentrasi penuh). Tenaga dalam ini akan berfungsi selamanya dan akan terisi kembali setelah dipergunakan. Pembangkitan dapat dilakukan dengan cara langsung maupun jarak jauh. Pembangkitan dengan getaran suara, melalui telepon bagi yang jarak jauh. Ilmu Tenaga Dalam Ilahi terdiri dari Tenaga Dalam Batin dan Tenaga Dalam Fisik, kombinasi keduanya membuat seorang praktisi tidak akan kehabisan energi atau kecapekan ketika melakukan praktek Tenaga Dalam Ilahi. Kebanyakan tenaga dalam dari aliran lain, hanya mempunyai salah satu aspek tersebut, yaitu Tenaga Dalam Fisik, sehingga sering kehabisan tenaga. Ilmu Tenaga Dalam Ilahi memadukan keduanya, kedua aspek tersebut akan melakukan pengisian secara otomatis setelah digunakan, tetapi untuk mempercepat dapat dilakukan dengan olah nafas.

Ilmu Tenaga Dalam Ilahi atau TDI berasal dari keyakinan hati yang paling dalam, bersih dan suci dan akhirnya akan menemukan keyakinan kita akan kebesaran Tuhan Yang Maha Esa. Ilmu ini dapat difungsikan selama-lamanya dan tidak akan hilang. Tidak berlaku kontradiktif bila Anda belajar ilmu tenaga dalam/batin yang lain, asal beraliran putih.

Pengasas Tenaga Dalam Ilahi adalah  Qomaiza Master

ada 4 peringkat :

  • TDI Dasar
  • TDI Master
  • TDI GrandMaster
  • TDI SuperGrandMaster

Aji Rajah Kalacakra

 
 
ILMU AMPUH !! ILMU RAHSIA PARA GURU. KAMI IJAZAHKAN UNTUK ANDA.ILMU HEBAT YANG SERING DIPERKATAKAN OLEH PARA PARANORMALIA ADALAH SEBAHAGIAN DARI ILMU METAFIZK TAPI BUKAN TENAGA DALAM, MALAH LEBIH DARI ITU.PELBAGAI MANFAAT…Kami ijazahkan kepada sesiapa yang berminat. Ilmu hebat untuk pendinding diri, Hatta Raja Jin pun takut akan anda yang sudah menerima ijazah ilmu ini. Penolak segala jenis serangan zahir dan bathin. Yang berniat jahat berbalik kasih dan sayang, yang berniat merugikan berbalik menguntungkan, yang kasih bertambah kasihnya. TIADA LATIHAN BERAT.TIADA HAFALAN AYAT ATAU AMALAN KARUT, TIDAK BERCANGGAH DENGAN ISLAM MALAH MENAMBAHKAN KETAQWAAN.Tiada latihan berat, dengan kemajuan ilmu metafizik, kami sediakan dengan kaedah mengakses energi tersebut.. Energi ilmunya secara automatis diserap oleh anda. Kami bukakan dan ijazahkan ilmu ini terus untuk anda.  Ilmu ini bersifat haq, bukan suatu omongan kosong.ILMU INI TIDAK ASING LAGI BAGI MEREKA  YANG ARIF DALAM ILMU METAFIZIK, KESUFIAN DAN KEBATHINAN  TERMASUK MAHAGURU-MAHAGURU DAN PARA  KIYAI.

Ilmu Kala_Cakra

adalah bagian dari ilmu kesempurnaan yang di miliki oleh orang-orang yang berlaku arif bijaksana, sudah mendekatkan dirinya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Namun kami ingin ijazahkan ilmu ini kepada anda agar ia tidak luput ditelan zaman…Bukan untuk kesombongan dan membangga diri. Malah bagi membantu diri, keluarga dan mereka yang memerlukan.
Banyak manfaat ilmu tersebut bila si pemilik Ilmu Kala Cakra orang yang dalam perlakukan  hidupnya berusaha lurus, karena pancaran dari ilmu-nya baik.. disengaja ataupun tidak, bersifat membangkitkan daya / energi positif yang bermanfaat.  Oleh kerana manfaatnya sangat banyak maka di sini kami hanya dapat simpulkan sedikit sebanyak berkenaan dengannya.
 
 

 


Banyak Kegunaan Ilmu Kala Cakra diantaranya :
Untuk Pribadi :
Kewibawaan/gagah (jangan sombong), digeruni, pancaran mata tajam , daya cinta-kasih besar (mengakibatkan patah hati orang), dikenal di alam jin, punya daya pikir ke depan jauh dari rata-rata karena kepekaan insting-nalurinya (waskita), kata-katanya sudah merupakan ilmu (hati-hati dalam bicara yang mengarah pada hal-hal yang bersifat jelek,merugikan,menyakitkan, mulutnya sudah malati/ masin mulut, apa yang dikatakan sering kali menjadi keyataan),Jarang sakit kecuali sakit yang memang menyebabkan kematian…
taqdir Tuhan,Meneutralkan ilmu yang bersifat angkara murka/kesombongan,  Menghapuskan sihir, ilmu hitam. Beladiri secara ghoib.

Untuk kerezekian, perlarisan, pengasihan.
Untuk Orang lain : Mampu mengobati penyakit jasmani/rohani,
dan masih banyak lagi kelebihan dari orang yang sudah memiliki ilmu Kala_Cakra ini.(Kalau sudah tahu tekniknya, penerapannya segala macam persoalan bisa dicoba dengan dengan ilmu Kala-Cakra). InsyaAllah. Apa tekniknya itu? Cara penggunaannya?CUKUP dengan niat…..Ia automatis….Terpulang kepada anda.Cukup niatkan pikiran anda, daya cipta anda dengan maksud yang anda inginkan : JADI !!!.

Semoga anda menjadi orang yang mulia dunia dan akhirat dengan membawa amanah ilmu Kala Cakra.Ilmu yang hebat ada tebusanya sebagai syarat dan ikatan antara guru dan murid.
 

 

 

Syarat ilmu: Tidak boleh sombong dan tidak boleh digunakan ke arah keburukan.

 

Adapun Mahar bagi Ilmu AJI RAJAH KALA CAKRA ini adalah:

Maharnya Malaysia: RM 200. BERUNEI $ 200. SINGAPURA $ 200

DIBERI PERCUMA sekiranya mengambil kursus peringkat GURU TENDAI.

 

  Sekiranya berminat Bank in ke Maybank 101179020603 kemudian SMSkan Nama penuh, nama ibu, no.ic, alamat, masa dan tarikh bayaran ke talian 019-2260790

.

Ilmu Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)-Peringkat Dasar

logo-tendai

Kaedah terpantas mengaktifkan tenaga dalam, tenaga ghaib, tenaga batin, mengaktifkan minda separa sedar.
Daya Sejati Insani merupakan dasar dari berbagai Ilmu Tenaga Dalam dan Tenaga Batin Tingkat Tinggi.
Latihan Pengolahan dan Pembangkitan Daya Sejati Insani dirancang khusus dan sangat mudah dipelajari oleh sesiapa pun sama ada orang dewasa, kanak-kanak, wanita, malah bagi mereka yang cacat anggota sekalipun masih boleh memiliki keilmuan ini.
Secara tak langsung keilmuan ini dapat menambah rasa keimanan kita kepada Allah S.W.T, nilai ibadat kita dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa seterusnya dapat meningkat kepercayaan pada diri sendiri.
Ilmu Daya Sejati Insani ini adalah untuk semua hajat kehidupan yang dilakukan tanpa ritual puasa, latihan jurus berjam-jam, zikir, meditasi dan bermacam-macam lagi, setelah 1/2 jam waktu pengisian yang hanya mengambil masa 1/2 jam sehari selama 21 hari,anda sudah boleh menguji keberadaan ilmu ini dan seterusnya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri dan orang lain secara spiritual.

Adapun keberadaan ilmu ini adalah kekal selama-lamanya dan dapat pula turun kepda orang lain tanpa mengurangkan ilmu yang ada malah keilmuan anda bertambah dan terus bertambah. Ilmu untuk menjurus musuh dengan hanya tiupan mulut, hirupan nafas, kerdipan mata, gerakan kepala dan apa jua gerakan tubuh, musuh akan terasa seperti kapas tanpa tenaga, jin/makhluk halus akan lari di saat melihat kita dan penyakit medis dan non medis mula mengurang apabila terkena sentuhan jari kita.
Sekali lagi kami tekankan di sini, tanpa perlu Azimat, Air Keramat, Tasbih Keramat, Minyak Keramat, Khodam, Jin, tanpa perlu pendamping dan bermacam-macam lagi anda masih berpeluang mempunyai keilmuan yang anda ingini tanpa perlu memperjudikan hidup anda pada syaitan atau Makhluk halus.
Anda akan dikirimkan sedikit garam yang telah dibuat pengisian sebagai pengijazahan serta pembukaan kunci tenaga. Kaedah Proses pengisian jarak jauh akan anda perolehi dari panduan yang akan dikirimkan.Hasilnya sama dengan yang hadir dan diterima sebagai ahli.

BANGKITKANLAH TENAGA DALAM…
Adapun Mahar Bagi Keilmuan Daya Sejati Insani ialah: RM 165.00/SD 165.00/ USD 165
( sebagai ikatan antara guru dan murid)
Untuk maklumat lanjut dan yang berminat Hubungi:
Grand Master Halmy : 019-2260790
atau email kepada halmy_ex@hotmail.com