Tag Archives: spiritual

Testimoni Pelajar Tenaga Dalam Ilahi (Tendai)

 

dsi.png

Bismillahirrohmanirrohim.

 

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI) – Sedikit testimoni salah seorang murid yang mengambil keilmuan Daya Sejati Insani baru baru ini. Alhamdulillah banyak juga masalahnya telah selesai dengan amalan selama 21 hari Daya Sejati Insani.

Semuanya ini atas izin DariNya juga. Sesiapa yang berminat untuk mengambil keilmuan ini boleh hubungi atau whatshap saya di 019 2260790

Diari Rawatan 22 April 2017

g k

Bismillahirrohmanirohim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)- Alhamdulillah kali ni saya nak cerita sedikit berkenaan pengalaman rawatan di Sabah pada bulan lepas.

Rawatan berkenaan setelah saya menerima panggilan untuk membantu seseorang memulihkan pejabatnya di suatu tempat yang dirahsiakan. Pejabatnya kerap diganggu seperti kelibat perempuan tua, ular mati di pintu, kaki selalu kebas apabila dia mula bertugas.

Bila sampai saya dah mula terasa gelombangnya. Saya pun mula proses pembersihan pejabat. Semasa proses ini saya ‘terlihat’ suatu kawasan air terjun dan dikelilingi beberapa puteri. Setelah selesai pembersihan beberapa botol air mineral diletakkan di empat penjuru pejabat.

Rawatan dilanjutkan untuk pembersihan dirumahnya. Saya nampak potensi orang ni boleh meraga sukma. Proses meraga sukma dimulakan. Orang ini nampak di rumahnya banyak kelibat pontianak, ular, tangan-tangan yang banyak, nenek kebayan, bungkusan kitab lama tanah kubur dan bermacam- macam lagi. Dipendekkan cerita semuanya di masukkan ke dalam botol dan ditutup,dipindahkan dan ditanam ke suatu tempat yang paling jauh.

Seterusnya saya guide untuk periksa gangguan ditubuhnya. Banyaklah benda kotor dan gangguan yang dikeluarkan dan seterusnya dibakar sampai jadi abu.
Akhir sekali saya minta periksa dan guide pergi ke pejabatnya. Kelihatan nenek kebayan, beberapa puteri, beberapa duyung dan semua ini Saya pindahkan ke suatu kawasan di Gunung Kinabalu. Akhir sekali Saya panggil “ketua” di situ dan berdialog kenapa selalu menganggu penduduk di situ. Setelah selesai sesi dialog ketua makhluk dan pengikutnya seramai lima ratus ribu bersetuju untuk berpindah di suatu kawasan di Gunung Kinabalu.

Alhamdulillah semoga sedikit ikhtiar dapat menyelesaikan masalah gangguan di pejabatnya.

Amin.

Rawatan Percuma 1-3 Ogos 2016 – Bakti Sosial

InsyaAllah khidmat rawatan @ terapi percuma selama 3 hari berturut-turut akan diadakan dari 1-3 Ogos 2016 bermula jam 8 malam-12 malam dengan temujanji terlebih dahulu bagi mnegelakkan menunggu terlalu lama. yang berminat  Sesiapa yang berminat bolehlah hadir ke premis saya di Putrajaya dengan membawa air mineral sebotol dan garam sebungkus. Untuk semua bangsa dan agama.
Rawatan adalah percuma  dan hendaklah dengan temujanji. Rawatan adalah untuk penyakit medik dan non medik. Doakan supaya saya dapat melapangkan masa pada waktu tersebut. Semoga bakti sosial yang kecil ini dapat membantu bagi yang memerlukan.

Diari Rawatan 26 Julai 2016 – Masalah Sakit Lutut & Muka Herot

herot

 

Bismillahirrohmanirrohim…
Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) – Bekas bos lama telefon saya meminta bantuan untuk ikhtiarkan suaminya ( saya panggil abang M) yang telah dimasukkan wad di Nilai Medical Centre kerana mengalami muka terherot dan masalah sakit lutut setelah melakukan kerja-kerja menebas rumah barunya akan dijangka akan diduduki pada bulan September ini.Abang M juga mengalami masalah lutut setelah mengalami kemalangan pada tahun 2010. Sejak itu dia mengalami sakit lutut yang teruk terutamanya sewaktu solat dan ketika apabila duduk terlalu lama.
Tujuan panggil atas nasihat dari beberapa orang rakannya untuk memeriksa sekiranya ada gangguan ghaib pada dirinya. Katanya dua-dua aspek perlu diperiksa sama ada masalah medik atau non medik. saya sampai di NMC jam 9.30 malam dan naik ke aras 3 dan bertemu dengan  abang M. Kelihatan mukanya terherot disebabkan tumbuh bisul yang agak besar di bibirnya seterusnya menyebabkan bengkak dan mukanya terherot.
Setelah didoakan pada air, garam dan minyak wangi, terapi dilakukan dan saya minta abang M buat madian selama 3 hari. Memandangkan tiada baldi di hospital, satu idea muncul bila terlihat jag air yang besar. saya minta selepas habis mandian biasa abang M isi jag dengan air dan masukkan garam dan jirus ke seluruh tubuh. Kena ulang sebanyak 7 kali jirus guna jag.
Alhamdulillah petang tadi berjumpa dengan bekas bos dia maklumkan pada malamnya abang M mendengar dan terasa di lutut kirinya bunyi meletup-letup dan masalah sakit lutut terus hilang.

Diari Rawatan 13 Februari 2016- Kaki & Tangan Hitam

Bismillahirrohamnirrohim…

Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) – Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Kali ini nak cerita sedikit berkenaan pengalaman rawatan yang telah dilakukan pada 13 ebruari 2016. Saya dapat whatshaps dari seoarang makcik menceritakan berkenaan anaknya yang terpaksa menangguhkan pengajian Master di United Kingdom disebabkan oleh penyakit tangan dan kaki mengalami sindrom kehitam dan semakin hitam dari sehari ke sehari.

Makcik tadi datang dengan keluarganya pada malam itu juga dan terapi dilakukan. Sewaktu hampir nak merasuk secara tiba-tiba salah satu dari kaki meja telah patah tanpa sebab diikuti oleh rasukan dan sewaktu meneutralkan energi negatif keluarga pesakit yang duduk dikerusi merasai kerusi pula bergegar. Selepas pesakit sedar semula keadaan menjadi normal. Pesakit dibekalkan dengan beberapa medium untuk mandian dan pembersihan diri dan rumah.

Setelah selesai pembersihan diri dan rumah pesakit memaklumkan masalah penyakit tangan dan kaki yang kehitaman telah tiada. Gambar dibawah merupakan gambar cincin pusaka yang dipercayai ada energi yang tidak elok dan juga telah dineutralkan melalui rendaman  selama seminggu.

Sekian.

cincin pusaka

Diari Rawatan 23 November 2013 – Rasukan

cakar muka

Bismillahirrohamnirrohim….

Tenaga Dalam Ilahi – Selepas selesai menziarahi rakan di Taman Jerlok, Kajang dapat panggilan dari seseorang meminta datang ke rumahnya di sri Kembangan kerana anaknya mengalami kerasukan. Dah dua malam mengalami kerasukan tetapi pada malam tu memang susah untuk keluar. Katanya walaupun diruqyah masih tidak mahu keluar. Jam menunjukkan 11 malam. Saya balik ke rumah dahulu kerana dari pagi melakukan terapi sangkal potong (tulang patah) di Setia Alam dan muzakarah dengan rakan lama di Kajang.

Sampai di rumahnya dalam jam 12.30 malam. Remaja perempuan dalam 16 tahun mengamuk sambil menendang dan mencakar mukanya. Dengan menekan beberapa poin remaja tersebut dah kurang agresif. Alhamdulillah dalam 20 minit gangguan telah berjaya dinuetralkan dan diakhir dengan mandian air garam dan dilakukan dalam 7 hari lepas asar. Alhamdulillah feedback remaja tersebut merasakan tubuhnya semakin ringan dan sihat. Amin dengan izin Allah juga adanya…

PEMBERSIHAN RUMAH 9 OKTOBER 2013

Image

Bismilahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

Tenaga Dalam Ilahi – Alhamdulillah. Diizinkan lagi oleh Allah  untuk menulis dalam blog ini.

Nak cerita sikit berkenaan pengalaman pembersihan rumah di Presint 11, Putrajaya. Dijemput datang ke rumahnya kerana baru berpindah 3 minggu dan mengalami masalah gangguan anak kecilnya yang sentiasa menangis malam sehingga pagi tanpa henti.

Sampai di rumahnya, isteri pengadu menceritakan masalah bahu kanannya yang sentiasa sakit . Dah berjumpa pakar pun dia kata tiada perubahan dan juga telah mengunjungi beberapa pusat rawatan pun tiada kesan berkurangan.

Jadi pada malam itu isteri pengadu nak lihat punca masalah dan saya pun dah lama tak buat kaedah meraga sukma kepada pesakit. Jadi pada malam itu saya mencuba kaedah ini dan alhamdulillah berjaya.

Mula-mula pesakit nampak toyol di tandas. Saya memberikan pedang untuk mencincang sehingga lumat. Selesai satu kes. Isteri pesakit nampak 3 susuk wajah seperti langsuir di rumahnya. Alhamdulilah berjaya juga di bunuh setelah amaran demi amaran diberikan dan tidak diendahkan. Semasa menyelesaikan kes ini si isteri, suami dan kawan saya mendengan satu deruan angin yang sangat kuat melintas di ruang tamu menuju ke dapur.

Selepas itu pesakit terus merasakan kesakitan di bahunya terus hilang. Namun kisah ini tidak berakhir di sini. Pada malamnya setelah saya balik, pengadu mengadu sekali lagi bumbung rumah dicakar dan diketuk-ketuk. Lama juga keadaannya. Selepas malam itu, anaknya tidak menangis dan bagi isteri pengadu tidak sakit lagi. Alhamdulillah atas bantuan Allah yang menyelesaikan masalah hambaNya.