Tag Archives: sihir

Catatan Rawatan 20 Mei 2017

Bismillahirrohmanirrohim.

Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) – Malam ni dah beberapa orang menunggu setelah seminggu saya di luar kawasan. Saya ada urusan di Johor Bahru.

Malam ini didatangi oleh seorang peguam muda yang ada firma sendiri. Hampir lima bulan mengalami kemurungan akibat disihir oleh seseorang yang telah kalah kes di mahkamah. Tiada semangat dan kerap sakit di pejabat. Susah nak tidur, fikiran berserabut dan kerap mimpi jatuh tempat tinggi dan macam macam masalah mistik lain.

Semasa sesi terapi pesakit nampak patung yang digantung dan bergerak gerak seperti tergantung. Dada sakit. Sesi pembersihan dilakukan dan pesakit merasa ringan. Pesakit diminta membuat pembersihan di tubuh, rumah, kereta dan pejabatnya.

Pesakit kedua ada masalah santau. Pesakit menceritakan dah beribu habis berubat sejak setahun lepas. Di rumahnya nasi selalu cepat basi. Saya minta bawa 3 biji kelapa. Terapi dimulakan dan pesakit terus sendawa serta muntah. Ada nampak darah keluar sekali.

Pesakit maklumkan tubuhnya ringan berbanding sebelum datang. Juga dibekalkan untuk pembersihan rumah, pagar rumah dan mandian bagi menutup laluan yang boleh masuk ke tubuhnya.

Rawatan Percuma 1-3 Ogos 2016 – Bakti Sosial

InsyaAllah khidmat rawatan @ terapi percuma selama 3 hari berturut-turut akan diadakan dari 1-3 Ogos 2016 bermula jam 8 malam-12 malam dengan temujanji terlebih dahulu bagi mnegelakkan menunggu terlalu lama. yang berminat  Sesiapa yang berminat bolehlah hadir ke premis saya di Putrajaya dengan membawa air mineral sebotol dan garam sebungkus. Untuk semua bangsa dan agama.
Rawatan adalah percuma  dan hendaklah dengan temujanji. Rawatan adalah untuk penyakit medik dan non medik. Doakan supaya saya dapat melapangkan masa pada waktu tersebut. Semoga bakti sosial yang kecil ini dapat membantu bagi yang memerlukan.

Diari Rawatan 26 Julai 2016 – Masalah Sakit Lutut & Muka Herot

herot

 

Bismillahirrohmanirrohim…
Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) – Bekas bos lama telefon saya meminta bantuan untuk ikhtiarkan suaminya ( saya panggil abang M) yang telah dimasukkan wad di Nilai Medical Centre kerana mengalami muka terherot dan masalah sakit lutut setelah melakukan kerja-kerja menebas rumah barunya akan dijangka akan diduduki pada bulan September ini.Abang M juga mengalami masalah lutut setelah mengalami kemalangan pada tahun 2010. Sejak itu dia mengalami sakit lutut yang teruk terutamanya sewaktu solat dan ketika apabila duduk terlalu lama.
Tujuan panggil atas nasihat dari beberapa orang rakannya untuk memeriksa sekiranya ada gangguan ghaib pada dirinya. Katanya dua-dua aspek perlu diperiksa sama ada masalah medik atau non medik. saya sampai di NMC jam 9.30 malam dan naik ke aras 3 dan bertemu dengan  abang M. Kelihatan mukanya terherot disebabkan tumbuh bisul yang agak besar di bibirnya seterusnya menyebabkan bengkak dan mukanya terherot.
Setelah didoakan pada air, garam dan minyak wangi, terapi dilakukan dan saya minta abang M buat madian selama 3 hari. Memandangkan tiada baldi di hospital, satu idea muncul bila terlihat jag air yang besar. saya minta selepas habis mandian biasa abang M isi jag dengan air dan masukkan garam dan jirus ke seluruh tubuh. Kena ulang sebanyak 7 kali jirus guna jag.
Alhamdulillah petang tadi berjumpa dengan bekas bos dia maklumkan pada malamnya abang M mendengar dan terasa di lutut kirinya bunyi meletup-letup dan masalah sakit lutut terus hilang.

Testimoni Pelatih Daya Sejati Insani

Assalamualaikum Tuan Halmy maaf sy lambat menghantar testimoni.     “Saya dari Kuantan Pahang. Saya mengambil ijazah ini dengan Tuan Halmy peringkat asas. Saya amat gumbira mendapat ijazah ini dan patuh kepada arahannya. Semasa membuat latihan hari yang ke sebelas kalau tidak silap, tiap kali membuat latihan muka jadi merah dan badan panas tapi badan cergas dan biji biji semacam jerawat yang tumbuh banyak di dada saya hilang bersih dan licin. Selepas saya beritahu Tuan Halmy muka dan badan tidak menjadi panas lagi.  Saya amat amat bersyukur kepada Allah dan yakin pemberian Allah ini. Saya berterima kasih juga kepada Tuan Halmy…Amin

Alhamdulillah, testimoni salah seorang pengamal DSI. Dekat 30 tahun ada masalah biji-biji semacam jerawat di tubuhnya. merata juga berubat. Dengan izin Allah buat latihan DSI, gangguan masalah tersebut terus hilang.

Diari Rawatan – 26 November 2012

Image

Bismillahirrohmanirrohim…

TENAGA DALAM ILAHI – Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang mengatur kehidupan segala mahkhluknya. Saya dijemput oleh salah seorang ahli surau di tempat saya ke rumahnya selepas solat maghrib. Bila ditanya mengapa? katanya datangjelah ke rumah. Bila sampai di rumahnya, barulah dia menceritakan berkenaan isterinya tidak dapat tidur dan sudah berlarutan dalam tiga minggu. Isterinya hanya boleh tidur bila makan pil selema atau pil tidur.

Bila kaedah pengimbasan bagi mencari punca penyakit dilakukan, pesakit merasai kepala, belakang badan, tangan dan kaki pun merasa sakit mencucuk. Bila pesakit mula berzikir maka dia ternampak ada ‘energi negatif’ berada di tangan dan kainya serta mula-mula rasa panas di kepala dan badan dan lama-kelamaan bertukar sejuk. Selesai solat isyak pesakit terus tertidur sehingga jam 6.40 pagi dan pesakit rasa segar. Pagi tu pesakit pergi kerja seperti biasa dan bila balik tengahari kesakitannya berulang kembali. Rawatan susulan dilakukan dan sakitnya  berkurang. Rawatan diteruskan dengan pesakit dibekalkan dengan minyak wangi dan garam untuk mandian. Malamnya pesakit bermimpi di tempat tinggi dan memijak beberapa ekor ular hitam sehingga mati. Alhamdullilah selesai mandian selama 7 hari pesakit telah kembali sihat.

Diari Rawatan April 2012- Santau

Image

Bismillahirrohmanirrohim….

TENAGA DALAM ILAHI – Baru-baru ini seorang pesakit datang berjumpa saya meminta buat rawatan bagi penyakitnya. Khabarnya telah disantau sejak 8 tahun lalu dan berulang menjalani rawatan secara tepukan setiap bulan. Sekiranya tidak dilakukan badan akan terasa berat dan sakit-sakit. Saya cuba membantu apa yang terdaya dilakukan. Dengan dibekalkan amalan selama 41 hari, pesakit ini terperanjat bila pada minggu ketiga dia melihat seluar dalamnya terdapat sebentuk dawai sepanjang 3 inci secara tiba-tiba tanpa disedari. Sejak beramal rasanya badannya semakin sihat. Selepas itu dia menambah satu amalan. satu ilmu yang hampir pupus di nusantara. Selepas seminggu mengamalkan selepas solat pesakit ini mendapat alamat seperti duri di betisnya telah tercabut dan terdapat satu kelongsong juga telah keluar dari tubuh pesakit tersebut. Badannya juga semakin ringan. Kaedah ini saya dapat dari pengkajian saya kepada pesakit-pesakit yang telah datang berjumpa untuk rawatan santau. Moga-moga mendatangkan hasil yang positif.

Diari Rawatan 8 Mei 2012-Santau sekeluarga

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

Tenaga Dalam Ilahi- Alhamdulillah masih berkesempatan meluangkan masa dapat menulis di dalam blog ini dengan kesibukan tugas harian dan rawatan di malam hari. Menulis diari rawatan kali ini di Star City Hotel Alor Star, Kedah. Minggu ini kena bertugas di luar daerah bermula dari Ipoh ke Taiping seterusnya ke Sg Petani dan ke Alor Star. Pada penghujung April lepas pula bertugas di Tawau,Sandakan, Keningau dan Kota Kinabalu. Alhamdulillah masih sempat membantu beberapa orang sahabat di sana  yang terkena gangguan.

Semasa di Sg Petani seorang rakan seperjuangan (Mior) telah membawa saya ke salah seorang rakannya yang dikhabarkan telah terkena santau sejak tahun 2002 lagi. Satu keluarga telah terkena santau. Sampai dirumahnya dalan 6.30 petang. Melihat simptonnya batuk-batuk sepanjang masa. Sampai di rumahnya dapat mengesan beberapa barang sihir yang ditanam di beberapa tempat dan juga di rumahnya terdapat entiti negatif. Sambil tuan rumah bercerita berkenaan masalahnya kadang kala merasa kasihan melihat beribu-ribu telah hangus ditipu dan juga telah dipukau melalui makanan dan menurut kata bomoh yang jahat yang meminta wang sebanyak empat ribu untuk menjalankan rawatan.

Setelah Maghrib rawatan dilakukan kepada keluarga tersebut. Mula-mula pada anak-anaknya. rawatan dilakukan secara beramai-ramai dengan meminta mereka memegang antara satu sama lain. Dengan berdoa kepada Allah moga Allah membuang energi negatif pada tubuh anak-anak pesakitnya. Ada yang sakit di dada dan pingggang, kebas di tangan dan kaki, ada yang menangis teresak-esak semasa rawatan ini. Selepas itu dengan menggunakan salah seorang anak tadi, proses terawangan dilakukan. Mula-mula anak tersebut melihat 3 buah kubur. Alhamdulillah dapat dibuang. Selepas itu nampak pula rambut di pusara kubur. Proses pembakaran dan pembuangan dilakukan dan berjaya. Setelah melihat tiada petunjuk lain, saya minta anak tadi melihat  di dalam rumahnya. Terdapat beberapa entiti dan barang dan semua tadi dapat dibuang. Kemudian melihat di luar rumah. terdapat  beberapa abu mayat dan rambut telah ditanam dan proses pembakaran dan pembuangan dilakukan di dua lokasi yang disyaki. Alhamdulillah dipermudahkan. Seterusnya saya meminta anak tersebut melihat lokasi gangguan pada ibunya. terdapat banyak gelombang aura berwarna hitam. Bilamana proses menarik dan membuang si ibu tadi mula kerasukan. proses pembuangan dilakukan dan gelombang aura hitam semakin berkurangan. Saya meminta si ibu tadi merendankan kakinya di dalam besen yang berisi air yang telah didoakan. Sekali lagi kerasukan. Makhluk itu mahu berbicara dan berbincang. Antaranya bernama Agus dan Merry yang merupakan ketua bagi makhluk di tubuh pesakit tadi dan juga ada yang bernama Amran, Robert,dan ramai lagi.  Alhamdulilah mereka mahu keluar dan ramai yang masuk Islam. Ada sesetengah yang dihantar ke Masjid Sri Petaling untuk mendalami ilmu agama. dan ada yang mahu  ke tempat lain yang selamat dari gangguan tukang sihir. Sambil keluar ada yang minta saya sampaikan salam dan pernyataan maaf kepada pesakit kerana telah menyakiti tubuh badan pesakit.

Saya berpesan supaya perbanyakkanlah zikir supaya rongga-rongga kosong yang ditinggalkan oleh makhluk tadi dapat diisi dengan nur zikir.