Tag Archives: ruqyah

Diari Rawatan 22 April 2017

g k

Bismillahirrohmanirohim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)- Alhamdulillah kali ni saya nak cerita sedikit berkenaan pengalaman rawatan di Sabah pada bulan lepas.

Rawatan berkenaan setelah saya menerima panggilan untuk membantu seseorang memulihkan pejabatnya di suatu tempat yang dirahsiakan. Pejabatnya kerap diganggu seperti kelibat perempuan tua, ular mati di pintu, kaki selalu kebas apabila dia mula bertugas.

Bila sampai saya dah mula terasa gelombangnya. Saya pun mula proses pembersihan pejabat. Semasa proses ini saya ‘terlihat’ suatu kawasan air terjun dan dikelilingi beberapa puteri. Setelah selesai pembersihan beberapa botol air mineral diletakkan di empat penjuru pejabat.

Rawatan dilanjutkan untuk pembersihan dirumahnya. Saya nampak potensi orang ni boleh meraga sukma. Proses meraga sukma dimulakan. Orang ini nampak di rumahnya banyak kelibat pontianak, ular, tangan-tangan yang banyak, nenek kebayan, bungkusan kitab lama tanah kubur dan bermacam- macam lagi. Dipendekkan cerita semuanya di masukkan ke dalam botol dan ditutup,dipindahkan dan ditanam ke suatu tempat yang paling jauh.

Seterusnya saya guide untuk periksa gangguan ditubuhnya. Banyaklah benda kotor dan gangguan yang dikeluarkan dan seterusnya dibakar sampai jadi abu.
Akhir sekali saya minta periksa dan guide pergi ke pejabatnya. Kelihatan nenek kebayan, beberapa puteri, beberapa duyung dan semua ini Saya pindahkan ke suatu kawasan di Gunung Kinabalu. Akhir sekali Saya panggil “ketua” di situ dan berdialog kenapa selalu menganggu penduduk di situ. Setelah selesai sesi dialog ketua makhluk dan pengikutnya seramai lima ratus ribu bersetuju untuk berpindah di suatu kawasan di Gunung Kinabalu.

Alhamdulillah semoga sedikit ikhtiar dapat menyelesaikan masalah gangguan di pejabatnya.

Amin.

Rawatan,Pembersihan Rumah & Kedai Pada 28 Jun 2010

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah baru lega dari kesibukan sebagai AJK bagi program surau di tempat saya sempena majlis isra’ dan mikraj, Program Juara Rakyat  serta tugas-tugas seharian.

Untuk kali ini kisah rawatan adalah rentetan dari kisah rawatan yg dilakukan ke atas cikgu yang mengajar di Mukah tempohari.

Pda 28 Jun, suaminya  Encik G menelefon saya menyatakan masih ada gangguan di rumahnya walaupun pembersihan telah dijalankan. Jadi saya tanya pada dia rumah dia di mana dan dia kata rumahnya di Bagan Serai, Perak. Pagi tu saya dalam perjalanan ke Taiping bagi menjalankan kerja-kerja audit. Saya cakap dengan dia kita jumpa malam ni. Pada mulanya dia terkejut tapi saya maklumkan saya memang ada kerja pada hari tu di Taiping. Jadi pada malamnya rawatan dilakukan di rumah Encik G.

Mula-mula rawatan dilakukan pada emak Encik G yang mengalami sakit -sakit sendi yang dah lama. Rawatan dilakukan dan meminta ibunya mandia dengan minyak wangi dan garam selama 7 hari. Selepas itu pada isterinya  bertugas sebagai guru di Mukah yang masih bercuti. Rawatan dijalankan dan nampak ada perubahan pada isterinya dimana tiada sendawa lagi semasa sesi rawatan dijalankan. isterinya pun saya minta mandi dengan garam dan minyakl wangi selama 7 hari.

Lepas tu rawatan pada Encik G. Bila saya letak tangan saya pada dadanya terus dia merasakan ada benda bergerak-gerak dari lutut terus ke kawasan belakang badannya. Semasa bacaan ayat ruqyah  terasa dada dia kesakitan dan sukar untuk bernafas. Rawatan dijalankan sehingga bacaan ruqyah habis. Rawatan diakhiri dengan mandian garam dan minyak wangi.

Sesi pemagaran dimulakan bagi rumah dia dan kedai menggunakan medium air kolah masjid dan kain putih. dan dibiarkan selama 7 hari. Saya balik dan tidur di hotel jam 2 pagi.

2 hari lepas dia beritahu masih ada lagi gangguan di rumahnya walaupun pembersihan dan pemagaran telah dibuat seperti yang diterangkan pada malam tu. maka saya pun berdoa mohon pada Allah supaya dapat puncanya. Saya pun minta dia jangan menyembunyikan apa-apa dengan saya tentang amalan atau perkara-perkara lain. Pada mulanya dia tak mengaku jadi saya pun cakap kalau tak mengaku tak selesailah masalah.

Malam tadi dia telefon balik dulu dia sekeluarga ada saka dan banyak barang seperti keris, parang yg digunakan pada 13 Mei dan beberapa barang yang lain telah dimusnahkan dan mereka sekeluarga telah menjalani rawatan untuk buang saka. saya cakap pada Encik G masih ada lagi barang yang belum dibersihkan lagi dalam rumah Encik G. Dia pun geledah lagi dan jumpa barang seperti selendang merah, tombak dan beberapa barang lain yang disyaki. Saya minta dia rendam dengan air garam yang telah di doakan selama semalaman. Sebenarnya masih ada lagi barang-barang yang ditanam di bawah rumahnya tetapi telah disimen dibuat lantai. Saya cakap padanya supaya selesaikan masalah barang-barang pusaka dia dulu dan kita tengok macamana.

Sekarang ni masih menunggu respon dari Encik G. Mudah-mudahan selesailah masalah dia.

 

Rawatan Islam pada 16 Jun 2010

Bismillahirahmanirahim

TENAGA DALAM ILAHI – Seseorang telah menelefon saya menyatakan masalah isterinya yang bekerja sebagai guru di Mukah, Sarawak dimana mengalami gangguan ketika hendak solat atau membaca alquran atau berzikir akan sendawa sehingga mengganggu untuk beribadat. Saya bertanya di mana sekarang ini? dia kata cuti sekolah isteri dia balik ke semenanjung. Saya merancang untuk melakukan rawatan pada malan tersebut.

Sampai di rumah yang dimaksudkan di Presint 11, saya berborak dulu bagi mendiagnosis pesakit. Isteri dia (guru) beritahu rawatan telah dilakukan oleh seorang imam di Mukah namun gangguan masih ada lagi.

Setelah meminta izin kepada suaminya untuk memegang kepala isterinya, Saya pun memulakan rawatan jam 10. 45 malam dengan memegang kepalanya serta membacakan doa pembuka amalan, 7 kun, doa nurun nubuwah dan ayat-ayat ruqyah dan juga berdoa supaya Allah mengalirkan energi penyembuhan kepada pesakit tersebut selama lebih kurang 15 minit dan meminta suaminya menggantikan tempat yang saya telah pegang selama 20 minit. Selama tempoh ini pesakit banyak sendawa. Rawatan berakhir pada jam 11. 20 malam. Pesakit dibekalkan dengan air yang telah didoakan untuk minum 3 kali sehari dan minyak wangi untuk mandian selama 7 hari berturut-turut.

Suaminya juga mengalami masalah sakit-sakit di anggota tubuhnya. Dia juga dibekalkan dengan air untuk minuman dan minyak wangi untuk mandian.

Saya juga ada memberikan sedikit nasihat supaya apa yang kita usahakan seperti bacaan ruqyah, mandian adalah medium sahaja. yang penting adalah meletakkan keyakinan kita kepada Allah untuk penyembuhan.

Habis melakukan rawatan, saya mengajak dua orang rakan saya yang nak tengok saya buat rawatan minum di Restoran Dapur Mas di Presint 9 dan sampai rumah jam dua pagi…

 Semalam suami guru tadi telefon dan menyatakan gangguan tersebut telah hilang….dan sakit telinga suami guru pun telah hilang. Alhamdulillah kerana Allah telah menyembuhkan dan menghilangkan masalah suami dan guru tersebut.