Tag Archives: rawatan sihir

[DIARI RAWATAN 6 OGOS 2017 – BARU SEMINGGU KAHWIN DAH NAK BERCERAI]

 

Malam tadi dijemput untuk buat terapi bagi sepasang suami isteri yang baru seminggu melangsungkan perkahwinan. Si suami kerap mendengar bisikan dan kata hati untuk menceraikan isterinya sejurus lepas akad nikah. Pasangan ini tidak dapat tidur bersama kerana si suami akan diganggu.

Bila  sampai mereka tengah menonton game bolasepak antara Arsenal dan Chelsea. Saya pun tumpang sekaki tonton sehingga separuh masa pertama habis.
Lepas tu barulah terapi dimulakan dengan terapi si suami terlebih dahulu. Bila dimulakan degupan jantungnya berdegup kencang dan selepas dua puluh minit terapi keadaannya kembali normal.
Terapi diteruskan dengan isterinya pula. Bila saya sentuh kepalanya terus isterinya sakit di bahagian rahim berpindah ke kaki kanan pindah lagi ke kaki kiri , ke belakang, peha dan pinggang. Terapi diteruskan dengan rendaman kaki menggunakan Minyak AlKautsar.
Isteri memaklumkan bila rendaman dimulakan dia nampak banyak ukar sawa melalui kakinya keluar ke dalam besin rendaman. Dia juga ternampak seekor ular tedung yang sedang mengepakkan sayapnya seperti marah mahu mematuknya. Pemutusan perjanjian dilakukan dan isteri tersebut terus banyak sendawa.
Saya minta isteri tersebut buat mandian dan minum air yang telah didoakan melalui Minyak AlKautsar selama seminggu.

Advertisements

Rawatan Percuma 1-3 Ogos 2016 – Bakti Sosial

InsyaAllah khidmat rawatan @ terapi percuma selama 3 hari berturut-turut akan diadakan dari 1-3 Ogos 2016 bermula jam 8 malam-12 malam dengan temujanji terlebih dahulu bagi mnegelakkan menunggu terlalu lama. yang berminat  Sesiapa yang berminat bolehlah hadir ke premis saya di Putrajaya dengan membawa air mineral sebotol dan garam sebungkus. Untuk semua bangsa dan agama.
Rawatan adalah percuma  dan hendaklah dengan temujanji. Rawatan adalah untuk penyakit medik dan non medik. Doakan supaya saya dapat melapangkan masa pada waktu tersebut. Semoga bakti sosial yang kecil ini dapat membantu bagi yang memerlukan.

Diari Rawatan 26 Julai 2016 – Masalah Sakit Lutut & Muka Herot

herot

 

Bismillahirrohmanirrohim…
Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) – Bekas bos lama telefon saya meminta bantuan untuk ikhtiarkan suaminya ( saya panggil abang M) yang telah dimasukkan wad di Nilai Medical Centre kerana mengalami muka terherot dan masalah sakit lutut setelah melakukan kerja-kerja menebas rumah barunya akan dijangka akan diduduki pada bulan September ini.Abang M juga mengalami masalah lutut setelah mengalami kemalangan pada tahun 2010. Sejak itu dia mengalami sakit lutut yang teruk terutamanya sewaktu solat dan ketika apabila duduk terlalu lama.
Tujuan panggil atas nasihat dari beberapa orang rakannya untuk memeriksa sekiranya ada gangguan ghaib pada dirinya. Katanya dua-dua aspek perlu diperiksa sama ada masalah medik atau non medik. saya sampai di NMC jam 9.30 malam dan naik ke aras 3 dan bertemu dengan  abang M. Kelihatan mukanya terherot disebabkan tumbuh bisul yang agak besar di bibirnya seterusnya menyebabkan bengkak dan mukanya terherot.
Setelah didoakan pada air, garam dan minyak wangi, terapi dilakukan dan saya minta abang M buat madian selama 3 hari. Memandangkan tiada baldi di hospital, satu idea muncul bila terlihat jag air yang besar. saya minta selepas habis mandian biasa abang M isi jag dengan air dan masukkan garam dan jirus ke seluruh tubuh. Kena ulang sebanyak 7 kali jirus guna jag.
Alhamdulillah petang tadi berjumpa dengan bekas bos dia maklumkan pada malamnya abang M mendengar dan terasa di lutut kirinya bunyi meletup-letup dan masalah sakit lutut terus hilang.

Diari Rawatan 21 Mei 2016- Tasbih terputus

tasbih

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim..

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)- Saya dapat whathsaps dari seseorang meminta untuk memeriksa kedai makan di Putrajaya. Katanya pelanggan seolah-olah seperti ditutup tak nampak kedai. Sebelum ini di tempat yang sama pun adalah kedai makan juga dan terpaksa ditutup berikutan masalah tiada pelanggan datang ke kedai itu.Saya periksa kedainya dan mendapati 3 sudut kedai tersebut ada yang tak kena. Malamnya saya datang dan buat zikir di kedai. Semasa zikir tiba-tiba seutas tasbih jatuh sedangkan penyangkutnya tidak jatuh sekali.

Selepas membuat beberapa amalan alhamdulillah kedainya telah clear. Mudah-mudahan ramailah pelanggan ke kedai tersebut.

Diari Rawatan 2 Mac 2016- Sihir Pemisah

pemisah

 

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyanyang)

Tenaga dalam Ilahi (TENDAI)- Rentetan dari kes cincin warisan yang ada dikatakan ber”saka” dan telah sembuh dengan Izin Allah, makcik tersebut telah mencadangkan seorang rakannya yang saya sebut Kak A dari Puncak Jalil berhubung dengan saya untuk konsultasi masalah anak dan menantunya yang baru sebulan berkahwin dan mahu bercerai.

Kak A menceritakan kepada saya berkenaan anaknya yang telah berubah sikap yang serius setelah berkahwin dan bercakap yang bukan-bukan dan mahu menceraikan isterinya. Juga diceritakan sewaktu sebelum majlis nikahnya dua ekor katak hijau telah mati di atas pelamin. Dikhabarkan juga bekas kekasih lama mahu kembali kepada anaknya tak kira walau apa  pun terjadi.

Setelah janji temu dibuat, semua ahli keluarga meminta mendeteksi  sama ada ada gangguan atau tidak pada diri mereka. Apabila sesi terapi dilakukan kepada anaknya , anaknya menggigil tiba-tiba dan tidak dapat dikawal dan kaki dan tangan sejuk seperti ais. Saya minta pembersihan rumah dilakukan selama tujuh hari dan mandian kepada anak Kak A dibuat. Hari ketujuh macam-macam petunjuk dapat pada keluarga tersebut. Saya mengatakan tak perlu risau dan ‘buat bodoh jer’ kata orang muda-muda. yang penting hasilnya gangguan dapat diselesaikan. Pemagaran dibuat setelah pembersihan dilakukan.

Alhamdulillah, Kak A memaklumkan anaknya telah sembuh dan hubungan mereka suami isteri telah ok semula dan anaknya telah mendapat pekerjaan di Qatar.

Diari Rawatan 13 Februari 2016- Kaki & Tangan Hitam

Bismillahirrohamnirrohim…

Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) – Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Kali ini nak cerita sedikit berkenaan pengalaman rawatan yang telah dilakukan pada 13 ebruari 2016. Saya dapat whatshaps dari seoarang makcik menceritakan berkenaan anaknya yang terpaksa menangguhkan pengajian Master di United Kingdom disebabkan oleh penyakit tangan dan kaki mengalami sindrom kehitam dan semakin hitam dari sehari ke sehari.

Makcik tadi datang dengan keluarganya pada malam itu juga dan terapi dilakukan. Sewaktu hampir nak merasuk secara tiba-tiba salah satu dari kaki meja telah patah tanpa sebab diikuti oleh rasukan dan sewaktu meneutralkan energi negatif keluarga pesakit yang duduk dikerusi merasai kerusi pula bergegar. Selepas pesakit sedar semula keadaan menjadi normal. Pesakit dibekalkan dengan beberapa medium untuk mandian dan pembersihan diri dan rumah.

Setelah selesai pembersihan diri dan rumah pesakit memaklumkan masalah penyakit tangan dan kaki yang kehitaman telah tiada. Gambar dibawah merupakan gambar cincin pusaka yang dipercayai ada energi yang tidak elok dan juga telah dineutralkan melalui rendaman  selama seminggu.

Sekian.

cincin pusaka

Diari Rawatan 17 Januari 2016-Enam Tahun Tidak Boleh Makan Nasi

Bismillahirrohmanirrohim…

nasi

Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)- Alhamdulillah berkesempatan menulis sedikit pengalaman rawatan selepas kembali dari urusan rasmi pada waktu siang sambil memberikan perkhidmatan di sebelah malamnya di Pulau Pinang dan  Kuantan. Insya Allah minggu ini dalam 11&12 Februari  akan berada di Kota kinabalu, Sabah.

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman rawatan dengan pembaca blog ini berkenaan pengalaman rawatan untuk satu kes seorang kanak-kanak yang tidak boleh bau apatah lagi makan nasi. Kanak-kanak ini akan termuntah apabila bau nasi ditanak dan makan nasi. Perkara ini berlarutan sehingga kanak-kanak ini berusia 9 tahun. Jadinya pada 10 Januari lepas bapanya menelefon untuk datang ke rumah setelah dicadangkan oleh seorang kenalannya. Ingatkan datang dalam 3-4 orang tetapi dalam 5 buah kereta. Terkejut saya dibuatnya dan yang lain-lain datang untuk tengok “drama” yang macam dalam rancangan berkaitan sihir. Tergelak saya dibuatnya.

Waktu tu saya baru nak demam. Perjumpaan diadakan lepas isyak. Jadi lepas maghrib saya ambil kesempatan untuk tidur sekejap bagi kumpul tenaga. Lepas isyak mereka datang ramai-ramai seperti rombongan meminang. Setelah mendengar sedikit sebanyak latarbelakang permasalahan, saya pun cuba menyentuh pangkal hidungnya. Tak semena-mena seorang makciknya tiba-tiba kerasukan dan meminta tolong untuk saya buang ‘saka’ yang duduk di hidung kanak-kanak tersebut. Alhamdulillah berjaya dibuang bersama ‘bisanya’ sekali. Setelah itu energi yang berada di tubuh makciknya dibuang dan dihantar ke Mekah.

Setelah pembersihan dilakukan dirumah kanak-kanak, bapanya memaklumkan kanak-kanak itu dah boleh menelan bubur nasi. Syukur Alhamdulillah dengan ilmu yang sedikit ini dapat membantu yang memerlukan.

Sekian