Tag Archives: paranormal

Testimoni Pelajar Tenaga Dalam Ilahi (Tendai)

 

dsi.png

Bismillahirrohmanirrohim.

 

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI) – Sedikit testimoni salah seorang murid yang mengambil keilmuan Daya Sejati Insani baru baru ini. Alhamdulillah banyak juga masalahnya telah selesai dengan amalan selama 21 hari Daya Sejati Insani.

Semuanya ini atas izin DariNya juga. Sesiapa yang berminat untuk mengambil keilmuan ini boleh hubungi atau whatshap saya di 019 2260790

Advertisements

Diari Rawatan 22 April 2017

g k

Bismillahirrohmanirohim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)- Alhamdulillah kali ni saya nak cerita sedikit berkenaan pengalaman rawatan di Sabah pada bulan lepas.

Rawatan berkenaan setelah saya menerima panggilan untuk membantu seseorang memulihkan pejabatnya di suatu tempat yang dirahsiakan. Pejabatnya kerap diganggu seperti kelibat perempuan tua, ular mati di pintu, kaki selalu kebas apabila dia mula bertugas.

Bila sampai saya dah mula terasa gelombangnya. Saya pun mula proses pembersihan pejabat. Semasa proses ini saya ‘terlihat’ suatu kawasan air terjun dan dikelilingi beberapa puteri. Setelah selesai pembersihan beberapa botol air mineral diletakkan di empat penjuru pejabat.

Rawatan dilanjutkan untuk pembersihan dirumahnya. Saya nampak potensi orang ni boleh meraga sukma. Proses meraga sukma dimulakan. Orang ini nampak di rumahnya banyak kelibat pontianak, ular, tangan-tangan yang banyak, nenek kebayan, bungkusan kitab lama tanah kubur dan bermacam- macam lagi. Dipendekkan cerita semuanya di masukkan ke dalam botol dan ditutup,dipindahkan dan ditanam ke suatu tempat yang paling jauh.

Seterusnya saya guide untuk periksa gangguan ditubuhnya. Banyaklah benda kotor dan gangguan yang dikeluarkan dan seterusnya dibakar sampai jadi abu.
Akhir sekali saya minta periksa dan guide pergi ke pejabatnya. Kelihatan nenek kebayan, beberapa puteri, beberapa duyung dan semua ini Saya pindahkan ke suatu kawasan di Gunung Kinabalu. Akhir sekali Saya panggil “ketua” di situ dan berdialog kenapa selalu menganggu penduduk di situ. Setelah selesai sesi dialog ketua makhluk dan pengikutnya seramai lima ratus ribu bersetuju untuk berpindah di suatu kawasan di Gunung Kinabalu.

Alhamdulillah semoga sedikit ikhtiar dapat menyelesaikan masalah gangguan di pejabatnya.

Amin.

Rawatan Percuma 1-3 Ogos 2016 – Bakti Sosial

InsyaAllah khidmat rawatan @ terapi percuma selama 3 hari berturut-turut akan diadakan dari 1-3 Ogos 2016 bermula jam 8 malam-12 malam dengan temujanji terlebih dahulu bagi mnegelakkan menunggu terlalu lama. yang berminat  Sesiapa yang berminat bolehlah hadir ke premis saya di Putrajaya dengan membawa air mineral sebotol dan garam sebungkus. Untuk semua bangsa dan agama.
Rawatan adalah percuma  dan hendaklah dengan temujanji. Rawatan adalah untuk penyakit medik dan non medik. Doakan supaya saya dapat melapangkan masa pada waktu tersebut. Semoga bakti sosial yang kecil ini dapat membantu bagi yang memerlukan.

Diari Rawatan 26 Julai 2016 – Masalah Sakit Lutut & Muka Herot

herot

 

Bismillahirrohmanirrohim…
Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) – Bekas bos lama telefon saya meminta bantuan untuk ikhtiarkan suaminya ( saya panggil abang M) yang telah dimasukkan wad di Nilai Medical Centre kerana mengalami muka terherot dan masalah sakit lutut setelah melakukan kerja-kerja menebas rumah barunya akan dijangka akan diduduki pada bulan September ini.Abang M juga mengalami masalah lutut setelah mengalami kemalangan pada tahun 2010. Sejak itu dia mengalami sakit lutut yang teruk terutamanya sewaktu solat dan ketika apabila duduk terlalu lama.
Tujuan panggil atas nasihat dari beberapa orang rakannya untuk memeriksa sekiranya ada gangguan ghaib pada dirinya. Katanya dua-dua aspek perlu diperiksa sama ada masalah medik atau non medik. saya sampai di NMC jam 9.30 malam dan naik ke aras 3 dan bertemu dengan  abang M. Kelihatan mukanya terherot disebabkan tumbuh bisul yang agak besar di bibirnya seterusnya menyebabkan bengkak dan mukanya terherot.
Setelah didoakan pada air, garam dan minyak wangi, terapi dilakukan dan saya minta abang M buat madian selama 3 hari. Memandangkan tiada baldi di hospital, satu idea muncul bila terlihat jag air yang besar. saya minta selepas habis mandian biasa abang M isi jag dengan air dan masukkan garam dan jirus ke seluruh tubuh. Kena ulang sebanyak 7 kali jirus guna jag.
Alhamdulillah petang tadi berjumpa dengan bekas bos dia maklumkan pada malamnya abang M mendengar dan terasa di lutut kirinya bunyi meletup-letup dan masalah sakit lutut terus hilang.

Diari Rawatan 21 Mei 2016- Tasbih terputus

tasbih

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim..

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)- Saya dapat whathsaps dari seseorang meminta untuk memeriksa kedai makan di Putrajaya. Katanya pelanggan seolah-olah seperti ditutup tak nampak kedai. Sebelum ini di tempat yang sama pun adalah kedai makan juga dan terpaksa ditutup berikutan masalah tiada pelanggan datang ke kedai itu.Saya periksa kedainya dan mendapati 3 sudut kedai tersebut ada yang tak kena. Malamnya saya datang dan buat zikir di kedai. Semasa zikir tiba-tiba seutas tasbih jatuh sedangkan penyangkutnya tidak jatuh sekali.

Selepas membuat beberapa amalan alhamdulillah kedainya telah clear. Mudah-mudahan ramailah pelanggan ke kedai tersebut.

Bakti Sosial- Terapi Percuma Ahad Pertama Setiap Bulan Bermula Pada Tahun 2016

Bismillahirrohmanirrohim…

rawatn percuma

Tenaga Dalam Ilahi – InsyaAllah azam saya pada tahun 2016 adalah untuk memberikan khidmat rawatan @ terapi percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat pada ahad pertama setiap bulan. Sesiapa yang berminat bolehlah hadir ke premis saya di Putrajaya dengan membawa air mineral sebotol dan garam sebungkus. Untuk semua bangsa dan agama.

Rawatan adalah percuma pada hari tersebut sahaja dan hendaklah dengan temujanji. Rawatan adalah untuk penyakit medik dan non medik. Doakan supaya saya dapat melapangkan masa pada waktu tersebut. Semoga bakti sosial yang kecil ini dapat membantu bagi yang memerlukan.

 

 

Maksud Paranormal & Parapsikologi

Paranormal

Paranormal berasal dari bahasa Yunani. ‘Para’ ertinya ‘di luar’ atau ‘melampaui’, dan normal. Jadi dari asal katanya, paranormal bererti sesuatu di luar normal atau melampaui hal-hal normal. Secara definisi, paranormal adalah istilah yang digunakan untuk segala jenis fenomena psikis, pengalaman atau kejadian yang terlihat memiliki hubungan dengan jiwa (psiko) atau pikiran (mind),dan yang tidak dapat diterangkan dengan prinsip-prinsip fizik. Ada juga yang mengatakan, Paranormal adalah suatu kegiatan yang melibatkan indera khusus dalam berhubungan dengan alam ghaib. Dalam menjalani kemampuannya seorang paranormal memerlukan penggunaan indera dengan indera khusus di luar panca inderanya atau sering disebut dengan sixth sense. Hal ini disebabkan objek yang ingin dihubungi bersifat ghaib yang tidak dapat diraih oleh manusia biasa, tidak dapat dilihat dengan kasat mata dan memerlukan indera khusus untuk berkomunikasi dengan mereka. Hubungan paranormal dengan ESP Di dalam ESP mempelajari penginderaan khusus bagi manusia-manusia tertentu. ESP dapat diertikan sebagai sensor maklumat yang diterima oleh individu melebihi lima panca inderanya iaitu mencium, melihat, merasa, mendengar, dan meraba. Kemampuan ini dapat menyediakan informasi dalam bentuk waktu saat ini, masa lalu dan masa depan. Oleh karena itu paranormal dan ESP erat kaitannya. Dalam penggunaan kemampuan paranormal, individu tersebut memerlukan ESP dalam menjalaninya. Sehingga keperluan akan ESP sangat penting bagi seorang paranormal.

Parapsikologi

Istilah parapsikologi itu pada akhir abad ke-19 mula-mula digunakan oleh M. Dessoir. Awalan “para”, yang juga digunakan dalam ilmu kesehatan seperti istilah paramedik, para-typhus, bererti “di samping”. Oleh karena itu gejala-gejala paranormal adalah gejala-gejala yang terjadi di samping gejala-gejala yang normal menurut tinjauan pikiran lumrah (common sense experience) (Kartoatmodjo, 1985). Dengan demikian maka parapsikologi menghendaki agar gejala-gejala yang “ghaib” pada manusia tersebut diteliti secara “ilmiah”. Jadi, parapsikologi adalah penelitian yang mempelajari fakta-fakta tentang fenomena paranormal (Kartoatmodjo, 1985). Kebanyakan ilmuwan mencuba untuk mengamati fenomena yang tidak dapat dijelaskan. Semua ilmuwan yang lainnya membawa kita menjauh dari tahyul dan pemikiran ghaib, dimana parapsikologi cuba untuk menemukan dasar ilmiah untuk hal-hal seperti kemampuan meramal dan perantara atau medium (Carrol, 2001). Secara ringkasnya…. Parapsikologi adalah kajian ilmiah tentang fenomena psi. Dalam parapsikologi, fenomena psi betul-betul dipelajari dalam prosedur penelitian ilmiah yang ketat dan terukur. Berbagai pusat penelitian tentang psi ada di berbagai universiti di dunia, misalnya di Duke University, Amerika Syarikat (pada tahun 1930-an berdiri makmal parasikologi pertama di dunia di universiti ini. Jb Rhine, pengasas, kemudian dikenal sebagai bapa parapsikologi moden), dan di Edinburg Universiti, Scotland. Bahkan universiti dunia, sekelas universiti Harvard dan Stanford, di Amerika Syarikat, menawarkan juga kajian tentang psi. Kelompok kajian tentang psi yang pertama kali berdiri adalah Society for Psychical Research, pada tahun 1882 di London, Inggris. Menyusul dua tahun kemudian berdiri kelompok kajian serupa di Boston, Amerika Syarikat. Sejak saat itu pula sampai hari ini, penelitian tentang psi masih belum meyakinkan  orang ramai tentang keberadaannya. Bahkan sebagian ilmuwan jelas-jelas menolak bahawa psi itu ada. Namun meskipun masih kontroversi di kalangan ilmuwan, rakyat kebanyakan umumnya mempercayainya. Meskipun, seperti kita ketahui ada banyak fenomena psi. Para ahli parapsikologi biasanya hanya berkonsentrasi mempelajari empat macam yang utama saja, yakni telepati, clairvoyance, prekognisi dan psikokinesis. Fenomena psi yang lain belum mendapatkan perhatian yang memadai. Bahkan meskipun diketahui bahwa fenomena psi ditemukan hampir disemua budaya. Boleh dibilang tidak ada budaya yang tidak mengenal psi. Di masyarakat, berkembang juga berbagai macam ilmu tentang astrologi, sihir, dan silap mata. Namun, hal-hal tersebut bukan kajian ilmiah sehingga harus dibezakan dengan parapsikologi.