Tag Archives: mistik

Diari Rawatan 22 April 2017

g k

Bismillahirrohmanirohim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)- Alhamdulillah kali ni saya nak cerita sedikit berkenaan pengalaman rawatan di Sabah pada bulan lepas.

Rawatan berkenaan setelah saya menerima panggilan untuk membantu seseorang memulihkan pejabatnya di suatu tempat yang dirahsiakan. Pejabatnya kerap diganggu seperti kelibat perempuan tua, ular mati di pintu, kaki selalu kebas apabila dia mula bertugas.

Bila sampai saya dah mula terasa gelombangnya. Saya pun mula proses pembersihan pejabat. Semasa proses ini saya ‘terlihat’ suatu kawasan air terjun dan dikelilingi beberapa puteri. Setelah selesai pembersihan beberapa botol air mineral diletakkan di empat penjuru pejabat.

Rawatan dilanjutkan untuk pembersihan dirumahnya. Saya nampak potensi orang ni boleh meraga sukma. Proses meraga sukma dimulakan. Orang ini nampak di rumahnya banyak kelibat pontianak, ular, tangan-tangan yang banyak, nenek kebayan, bungkusan kitab lama tanah kubur dan bermacam- macam lagi. Dipendekkan cerita semuanya di masukkan ke dalam botol dan ditutup,dipindahkan dan ditanam ke suatu tempat yang paling jauh.

Seterusnya saya guide untuk periksa gangguan ditubuhnya. Banyaklah benda kotor dan gangguan yang dikeluarkan dan seterusnya dibakar sampai jadi abu.
Akhir sekali saya minta periksa dan guide pergi ke pejabatnya. Kelihatan nenek kebayan, beberapa puteri, beberapa duyung dan semua ini Saya pindahkan ke suatu kawasan di Gunung Kinabalu. Akhir sekali Saya panggil “ketua” di situ dan berdialog kenapa selalu menganggu penduduk di situ. Setelah selesai sesi dialog ketua makhluk dan pengikutnya seramai lima ratus ribu bersetuju untuk berpindah di suatu kawasan di Gunung Kinabalu.

Alhamdulillah semoga sedikit ikhtiar dapat menyelesaikan masalah gangguan di pejabatnya.

Amin.

Advertisements

RAHSIA AIR TERJUN UNTUK MASALAH MISTIK

 

 
 
TENAGA DALAM ILAHI – Air terjun ini ada rahsia yang susah nak dirungkai, Ilham ini diperolehi daripada ziarah rijalul ghaib ke rumah saya minggu lepas dan hasil komunikasi dengannya. Kaedahnya kenakan tubuh selama dua jam di bawah air terjun  sambil zikirlah tasbih nabi yunus. Insya Allah  ia amat berkesan untuk mematahkan sihir…ia akan menjadi senjata yang kuat apabila di adun dengan surah tertentu dalam al-quran…


وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

dan Katakanlah: “telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap”.