Tag Archives: meditasi

Diari Rawatan 22 April 2017

g k

Bismillahirrohmanirohim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)- Alhamdulillah kali ni saya nak cerita sedikit berkenaan pengalaman rawatan di Sabah pada bulan lepas.

Rawatan berkenaan setelah saya menerima panggilan untuk membantu seseorang memulihkan pejabatnya di suatu tempat yang dirahsiakan. Pejabatnya kerap diganggu seperti kelibat perempuan tua, ular mati di pintu, kaki selalu kebas apabila dia mula bertugas.

Bila sampai saya dah mula terasa gelombangnya. Saya pun mula proses pembersihan pejabat. Semasa proses ini saya ‘terlihat’ suatu kawasan air terjun dan dikelilingi beberapa puteri. Setelah selesai pembersihan beberapa botol air mineral diletakkan di empat penjuru pejabat.

Rawatan dilanjutkan untuk pembersihan dirumahnya. Saya nampak potensi orang ni boleh meraga sukma. Proses meraga sukma dimulakan. Orang ini nampak di rumahnya banyak kelibat pontianak, ular, tangan-tangan yang banyak, nenek kebayan, bungkusan kitab lama tanah kubur dan bermacam- macam lagi. Dipendekkan cerita semuanya di masukkan ke dalam botol dan ditutup,dipindahkan dan ditanam ke suatu tempat yang paling jauh.

Seterusnya saya guide untuk periksa gangguan ditubuhnya. Banyaklah benda kotor dan gangguan yang dikeluarkan dan seterusnya dibakar sampai jadi abu.
Akhir sekali saya minta periksa dan guide pergi ke pejabatnya. Kelihatan nenek kebayan, beberapa puteri, beberapa duyung dan semua ini Saya pindahkan ke suatu kawasan di Gunung Kinabalu. Akhir sekali Saya panggil “ketua” di situ dan berdialog kenapa selalu menganggu penduduk di situ. Setelah selesai sesi dialog ketua makhluk dan pengikutnya seramai lima ratus ribu bersetuju untuk berpindah di suatu kawasan di Gunung Kinabalu.

Alhamdulillah semoga sedikit ikhtiar dapat menyelesaikan masalah gangguan di pejabatnya.

Amin.

Advertisements

Nafas, Tanafas, Anfas, Nufus

Di dalam ajaran Islam jawa terdapat empat jenis nafas iaitu nafas, anfas, anfas dan nufus. Dalam bahasa Jawa diucapkan “napas, tanapas, anpas,nupus”

Napas merupakan tali tubuh dan berada di dalam hati suweda. Hati yang menghubungkan fikiran yang suci. kewujudannyaadalah udara yang keluar dari badan. Dalam istilah biologi, nafas yang ada dalam hati suweda ini menjadi udara yang mengandungiCO2. Udara ini secara normal keluar dari tubuh dengan sendirinya. Dengan keluarnya Co2 ini dari tubuh badan menjadikan fikiran bersih.

Tanapas merukan tali hati. Nafas yang mengikat hati sirri (rasa hati). Bersumberkan dari perasaan hati yang jernih. Kedudukan nafas ini ada di daerah pusat. Kewujudandari tanapas ini adalah udara segar yang masuk ke dalam tubuh.Jadi tujuan menarik nafas dalam-dalam kertika berolahraga bertujuan untuk memasukkan udara bersih atau oksigen bagi melakukan pembakaran di dalam tubuh kita sehingga daya dan tenaga baru dihasilkan.

Anpas merupakan tali ruh. Tali yang mengikat ruh dengan badan jasmani.Letak anpas adalah di jantung. Kewujudannya adalah udara yang ada di dalam tubuh. Apabila dilakukan secara berturutan pertama kali nafas dihembus keluar terlebih dahulu supaya zat kekotoran yang berupa udara tersingkir dari tubuh badan. Kemudian tarik nafas secara dalam-dalam dan ditahan sejenak didalam. baru kemudian dilepaskan secara perlahan-lahan. Jadi udara yang ditahan itu merupakan perwujudan dari anpas.

Nupus merupakan tali rasa dan berada di tengah-tengah jantung iaitu dibahagian jantung yang berwarna putih. ianya befungsi sebagai jembatan jantung yang menghubungkan rasa dengan atma. Kewujudannya adalah udara yang bergerak dari kiri ke kanan meliputi seluruh tubuh jasmani dan rohani. dalam bahasa biologi darah yang mengandungi oksigen ( dari udara bersih paru-paru) keluar dari ventrikel kiri jantung melalui pembuluh darah aorta dan beredar ke seluruh tubuh.