Tag Archives: asma sunge raja

Catatan Rawatan 20 Mei 2017

Bismillahirrohmanirrohim.

Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) – Malam ni dah beberapa orang menunggu setelah seminggu saya di luar kawasan. Saya ada urusan di Johor Bahru.

Malam ini didatangi oleh seorang peguam muda yang ada firma sendiri. Hampir lima bulan mengalami kemurungan akibat disihir oleh seseorang yang telah kalah kes di mahkamah. Tiada semangat dan kerap sakit di pejabat. Susah nak tidur, fikiran berserabut dan kerap mimpi jatuh tempat tinggi dan macam macam masalah mistik lain.

Semasa sesi terapi pesakit nampak patung yang digantung dan bergerak gerak seperti tergantung. Dada sakit. Sesi pembersihan dilakukan dan pesakit merasa ringan. Pesakit diminta membuat pembersihan di tubuh, rumah, kereta dan pejabatnya.

Pesakit kedua ada masalah santau. Pesakit menceritakan dah beribu habis berubat sejak setahun lepas. Di rumahnya nasi selalu cepat basi. Saya minta bawa 3 biji kelapa. Terapi dimulakan dan pesakit terus sendawa serta muntah. Ada nampak darah keluar sekali.

Pesakit maklumkan tubuhnya ringan berbanding sebelum datang. Juga dibekalkan untuk pembersihan rumah, pagar rumah dan mandian bagi menutup laluan yang boleh masuk ke tubuhnya.

Advertisements

Diari Rawatan 22 April 2017

g k

Bismillahirrohmanirohim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)- Alhamdulillah kali ni saya nak cerita sedikit berkenaan pengalaman rawatan di Sabah pada bulan lepas.

Rawatan berkenaan setelah saya menerima panggilan untuk membantu seseorang memulihkan pejabatnya di suatu tempat yang dirahsiakan. Pejabatnya kerap diganggu seperti kelibat perempuan tua, ular mati di pintu, kaki selalu kebas apabila dia mula bertugas.

Bila sampai saya dah mula terasa gelombangnya. Saya pun mula proses pembersihan pejabat. Semasa proses ini saya ‘terlihat’ suatu kawasan air terjun dan dikelilingi beberapa puteri. Setelah selesai pembersihan beberapa botol air mineral diletakkan di empat penjuru pejabat.

Rawatan dilanjutkan untuk pembersihan dirumahnya. Saya nampak potensi orang ni boleh meraga sukma. Proses meraga sukma dimulakan. Orang ini nampak di rumahnya banyak kelibat pontianak, ular, tangan-tangan yang banyak, nenek kebayan, bungkusan kitab lama tanah kubur dan bermacam- macam lagi. Dipendekkan cerita semuanya di masukkan ke dalam botol dan ditutup,dipindahkan dan ditanam ke suatu tempat yang paling jauh.

Seterusnya saya guide untuk periksa gangguan ditubuhnya. Banyaklah benda kotor dan gangguan yang dikeluarkan dan seterusnya dibakar sampai jadi abu.
Akhir sekali saya minta periksa dan guide pergi ke pejabatnya. Kelihatan nenek kebayan, beberapa puteri, beberapa duyung dan semua ini Saya pindahkan ke suatu kawasan di Gunung Kinabalu. Akhir sekali Saya panggil “ketua” di situ dan berdialog kenapa selalu menganggu penduduk di situ. Setelah selesai sesi dialog ketua makhluk dan pengikutnya seramai lima ratus ribu bersetuju untuk berpindah di suatu kawasan di Gunung Kinabalu.

Alhamdulillah semoga sedikit ikhtiar dapat menyelesaikan masalah gangguan di pejabatnya.

Amin.

Rawatan Percuma 1-3 Ogos 2016 – Bakti Sosial

InsyaAllah khidmat rawatan @ terapi percuma selama 3 hari berturut-turut akan diadakan dari 1-3 Ogos 2016 bermula jam 8 malam-12 malam dengan temujanji terlebih dahulu bagi mnegelakkan menunggu terlalu lama. yang berminat  Sesiapa yang berminat bolehlah hadir ke premis saya di Putrajaya dengan membawa air mineral sebotol dan garam sebungkus. Untuk semua bangsa dan agama.
Rawatan adalah percuma  dan hendaklah dengan temujanji. Rawatan adalah untuk penyakit medik dan non medik. Doakan supaya saya dapat melapangkan masa pada waktu tersebut. Semoga bakti sosial yang kecil ini dapat membantu bagi yang memerlukan.

Diari Rawatan 8 Julai 2016 (Raya Aidilfitri Hari ke tiga)- Sihir Patung

patung

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)- Masih lagi dalam ‘mode’ raya Aidilfitri hari raya ketiga saya bergegas pulang berikutan seseorang telah menelefon dari Kuantan meminta bantuan merawat isterinya yang mengalami gangguan bermula pada maghrib malam 1 Syawal. Dia telah menelefon beberapa pusat rawatan dan semuanya menolak kerana hendak meraikan hari raya puasa.

Raya pertama dan kedua yang lalu saya telah beraya di Kota Tinggi, Johor manakala pada malamnya beraya di sebelah isteri di Segamat, Johor sehingga raya ketiga Asar dan terus bergegas kembali ke Putrajaya kerana telah berjanji untuk rawatan pada jam 9.30 malam. Sempatlah juga merasai jammed di Muar, Pedas- Linggi dan sampai dirumah jam 9.45 malam.

Sampai sahaja di rumah pesakit telah menunggu dirumah. Setelah dipersilakan masuk dan duduk dalam lima minit pesakit terus kerasukan dan energi yang berada ditubuhnya tidak mahu keluar. Saya mencuba kaedah meraga sukma menggunakan tubuh pesakit untuk membatalkan sihir yang menganggunya selama 3 tahun lebih.

Bila tabir pintu alam ghaib dibuka pesakit nampak sebuah pondok usang dan didalamnya ada seorang tua sedang mengikat tali dan mencucuk jarum pada patung. Kelihatan terlalu banyak patung di dalam pondok tersebut. Tiba-tiba kelihatan dua ekor hantu raya sebagai penjaga menjerkah. Pesakit membesarkan tubuhnya dan hantu raya tersebut dipijak-pijak sehingga mati. Kemudian saya minta pesakit untuk bakar pondok tersebut sehingga hangus.

Seterusnya pesakit minta periksa tubuhnya. Kelihatan banyak tali yang mengikat ditubuhnya dan diputuskan sehingga tiada lagi tali yang mengikat. Pesakit juga dapat melihat energi negatif yang mendiami tubuhnya dan pesakit telah bunhuh dan cincang sehingga hancur.

Saya minta pesakit periksa rumahnya pula dan pesakit memaklumkan terdapat bangkai katak kering yang digantungkan di sudut rumahnya dan bangkai katak itu dibakar sehingga hangus.

Sewaktu proses ‘memagar’ rumah pesakit kelihatan di kawasan rumah pesakit terdapat pengamal-pengamal ilmu hitam. Bila saya tanya dimana rumahnya dan oesakit memmaklumkan rumahnya adalah tempat yang keras di sekitar Kuantan.

Alhamdulillah respond pesakit setelah beberapa hari menunjukkan perkembangan positif dan semoga sembuh total dari gangguan sihir tersebut. Amin.

Diari Rawatan 21 Mei 2016- Tasbih terputus

tasbih

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim..

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)- Saya dapat whathsaps dari seseorang meminta untuk memeriksa kedai makan di Putrajaya. Katanya pelanggan seolah-olah seperti ditutup tak nampak kedai. Sebelum ini di tempat yang sama pun adalah kedai makan juga dan terpaksa ditutup berikutan masalah tiada pelanggan datang ke kedai itu.Saya periksa kedainya dan mendapati 3 sudut kedai tersebut ada yang tak kena. Malamnya saya datang dan buat zikir di kedai. Semasa zikir tiba-tiba seutas tasbih jatuh sedangkan penyangkutnya tidak jatuh sekali.

Selepas membuat beberapa amalan alhamdulillah kedainya telah clear. Mudah-mudahan ramailah pelanggan ke kedai tersebut.

Diari Rawatan 2 Mac 2016- Sihir Pemisah

pemisah

 

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyanyang)

Tenaga dalam Ilahi (TENDAI)- Rentetan dari kes cincin warisan yang ada dikatakan ber”saka” dan telah sembuh dengan Izin Allah, makcik tersebut telah mencadangkan seorang rakannya yang saya sebut Kak A dari Puncak Jalil berhubung dengan saya untuk konsultasi masalah anak dan menantunya yang baru sebulan berkahwin dan mahu bercerai.

Kak A menceritakan kepada saya berkenaan anaknya yang telah berubah sikap yang serius setelah berkahwin dan bercakap yang bukan-bukan dan mahu menceraikan isterinya. Juga diceritakan sewaktu sebelum majlis nikahnya dua ekor katak hijau telah mati di atas pelamin. Dikhabarkan juga bekas kekasih lama mahu kembali kepada anaknya tak kira walau apa  pun terjadi.

Setelah janji temu dibuat, semua ahli keluarga meminta mendeteksi  sama ada ada gangguan atau tidak pada diri mereka. Apabila sesi terapi dilakukan kepada anaknya , anaknya menggigil tiba-tiba dan tidak dapat dikawal dan kaki dan tangan sejuk seperti ais. Saya minta pembersihan rumah dilakukan selama tujuh hari dan mandian kepada anak Kak A dibuat. Hari ketujuh macam-macam petunjuk dapat pada keluarga tersebut. Saya mengatakan tak perlu risau dan ‘buat bodoh jer’ kata orang muda-muda. yang penting hasilnya gangguan dapat diselesaikan. Pemagaran dibuat setelah pembersihan dilakukan.

Alhamdulillah, Kak A memaklumkan anaknya telah sembuh dan hubungan mereka suami isteri telah ok semula dan anaknya telah mendapat pekerjaan di Qatar.

Diari Rawatan 13 Februari 2016- Kaki & Tangan Hitam

Bismillahirrohamnirrohim…

Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) – Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Kali ini nak cerita sedikit berkenaan pengalaman rawatan yang telah dilakukan pada 13 ebruari 2016. Saya dapat whatshaps dari seoarang makcik menceritakan berkenaan anaknya yang terpaksa menangguhkan pengajian Master di United Kingdom disebabkan oleh penyakit tangan dan kaki mengalami sindrom kehitam dan semakin hitam dari sehari ke sehari.

Makcik tadi datang dengan keluarganya pada malam itu juga dan terapi dilakukan. Sewaktu hampir nak merasuk secara tiba-tiba salah satu dari kaki meja telah patah tanpa sebab diikuti oleh rasukan dan sewaktu meneutralkan energi negatif keluarga pesakit yang duduk dikerusi merasai kerusi pula bergegar. Selepas pesakit sedar semula keadaan menjadi normal. Pesakit dibekalkan dengan beberapa medium untuk mandian dan pembersihan diri dan rumah.

Setelah selesai pembersihan diri dan rumah pesakit memaklumkan masalah penyakit tangan dan kaki yang kehitaman telah tiada. Gambar dibawah merupakan gambar cincin pusaka yang dipercayai ada energi yang tidak elok dan juga telah dineutralkan melalui rendaman  selama seminggu.

Sekian.

cincin pusaka