Category Archives: tendai

Diari Rawatan 17 Januari 2016-Enam Tahun Tidak Boleh Makan Nasi

Bismillahirrohmanirrohim…

nasi

Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)- Alhamdulillah berkesempatan menulis sedikit pengalaman rawatan selepas kembali dari urusan rasmi pada waktu siang sambil memberikan perkhidmatan di sebelah malamnya di Pulau Pinang dan  Kuantan. Insya Allah minggu ini dalam 11&12 Februari  akan berada di Kota kinabalu, Sabah.

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman rawatan dengan pembaca blog ini berkenaan pengalaman rawatan untuk satu kes seorang kanak-kanak yang tidak boleh bau apatah lagi makan nasi. Kanak-kanak ini akan termuntah apabila bau nasi ditanak dan makan nasi. Perkara ini berlarutan sehingga kanak-kanak ini berusia 9 tahun. Jadinya pada 10 Januari lepas bapanya menelefon untuk datang ke rumah setelah dicadangkan oleh seorang kenalannya. Ingatkan datang dalam 3-4 orang tetapi dalam 5 buah kereta. Terkejut saya dibuatnya dan yang lain-lain datang untuk tengok “drama” yang macam dalam rancangan berkaitan sihir. Tergelak saya dibuatnya.

Waktu tu saya baru nak demam. Perjumpaan diadakan lepas isyak. Jadi lepas maghrib saya ambil kesempatan untuk tidur sekejap bagi kumpul tenaga. Lepas isyak mereka datang ramai-ramai seperti rombongan meminang. Setelah mendengar sedikit sebanyak latarbelakang permasalahan, saya pun cuba menyentuh pangkal hidungnya. Tak semena-mena seorang makciknya tiba-tiba kerasukan dan meminta tolong untuk saya buang ‘saka’ yang duduk di hidung kanak-kanak tersebut. Alhamdulillah berjaya dibuang bersama ‘bisanya’ sekali. Setelah itu energi yang berada di tubuh makciknya dibuang dan dihantar ke Mekah.

Setelah pembersihan dilakukan dirumah kanak-kanak, bapanya memaklumkan kanak-kanak itu dah boleh menelan bubur nasi. Syukur Alhamdulillah dengan ilmu yang sedikit ini dapat membantu yang memerlukan.

Sekian

 

Advertisements

Rawatan Percuma bagi Bulan Februari 2016

Bismillahirrohmanirrohim

Sepertimana yang telah dijanjikan sebelum ini, rawatan bagi bulan Februari yang sepatutnya diadakan pada Ahad (7 Februari 2016) tetapi disebabkan saya ada urusan lain dianjakkan hari pada esok (Isnin) 8 Februari 2016 dan  adalah percuma bagi setiap ahad awal bulan. Telefon dulu untuk temujanji bagi mengelakkan menunggu terlalu lama.

Sekian

Manifestasi Alam: GEMA

terompet

Bismillahirrohmanirrohim

Tenaga Dalam Ilahi  – Dalam perbincangan ringkas dengan salah seorang guruku, beliau mengungkap sedikit rahsia minda  bawah sedar, beliau memberikan sebuah ilustrasi bahawa alam semesta ini seperti sebuah ruang resonans besar yang memantulkan apa-jua suara  yang kita suarakan dan pantulan itu biasanya menggema lebih besar dan berulang ulang.
Jika kita berteriak ” AKU SIAL ” maka seketika berkumandang gema yang berbalik kepada kita artinya kita sedang menarik banyak kesialan kedalam diri kita .
Kenapa kita tak memilih meneriak” AKU BERUNTUNG ” bukankah lebih mengasyikan jika kita menarik keberuntungan yang lebih besar ke dalam diri kita.

Testimoni Pelatih Daya Sejati Insani

Assalamualaikum Tuan Halmy maaf sy lambat menghantar testimoni.     “Saya dari Kuantan Pahang. Saya mengambil ijazah ini dengan Tuan Halmy peringkat asas. Saya amat gumbira mendapat ijazah ini dan patuh kepada arahannya. Semasa membuat latihan hari yang ke sebelas kalau tidak silap, tiap kali membuat latihan muka jadi merah dan badan panas tapi badan cergas dan biji biji semacam jerawat yang tumbuh banyak di dada saya hilang bersih dan licin. Selepas saya beritahu Tuan Halmy muka dan badan tidak menjadi panas lagi.  Saya amat amat bersyukur kepada Allah dan yakin pemberian Allah ini. Saya berterima kasih juga kepada Tuan Halmy…Amin

Alhamdulillah, testimoni salah seorang pengamal DSI. Dekat 30 tahun ada masalah biji-biji semacam jerawat di tubuhnya. merata juga berubat. Dengan izin Allah buat latihan DSI, gangguan masalah tersebut terus hilang.

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

 

Image

Berikut adalah salah satu perkara yang diajar oleh tenaga pengajar semasa kursus biosinergi sewaktu dahulu….

Antara asas-asas untuk menengalpasti penyakit melalui  jari sahaja….

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda…Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..

jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah…

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Rawatan 30 September 2010

 

Petang semalam dalam jam 6.40 petang, saya dapat SMS minta datang ke rumahnya di Cheras. Kalau nak ikutkan malam ini saya ada program mingguan bacaan zikir di Shah Alam. Tapi melihat permintaan supaya datang segera menyebabkan saya ” ponteng “program tersebut. Saya pergi bersama dengan seorang sahabat saya. Beberapa bahan perlu disediakan untuk rawatan tesebut dan proses mencari bahan dilakukan di sekitar kawasan Dengkil dan seri Kembangan seperti air kolah masjid, kain kafan dan beberapa bahan lain. Kami sampai ke rumah pesakit (Encik J) jam 10.20 malam. Pesakit dan isteri meluahkan perasaan berkenaan masalah yang dihadapi.  Sudah 8 tahun pesakit menderitai penyakitnya.

Tepat jam 11.00 malam sesi rawatan dilakukan. Sesi scanning dilakukan ke atas pesakit. Terdapat simptom seperti sakit mata seperti dicucuk dan air mata keluar, sakit di tengkuk, sakit di rusuk kiri, di lutut dan pergelangan kaki. Sesi rawatan dimulakan selepas sesi scanning. Dalam sesi ini, pesakit nampak cahaya terang di depannya. Saya minta dia masuk ke dalam cahaya tersebut.

Bila dia masuk ke dalam cahaya tersebut dia terkejut  dan nampak ada seorang tua yang bongkok, kepala botak dan tidak mempunyai kedua-dua mata. Saya minta pesakit tengok keadaan dirinya. dia nampak ada 7 ikatan di tengkuknya, 7 ikatan di badannya dan 3 ikatan di pergelangan kaki.  Sesi pemotongan ikatan dilakukan dan ikatan dibuang ke laut. Pesakit juga nampak ada seorang tua yang berbongkok hampir dengannya dan hendak bertukar kepada harimau. saya lihat pesakit hendak kerasukan dan saya minta dia supaya jangan layan bisikan tersebut. Selepas rawatan pesakit merasakan  badannya ringan sedikit.

Isteri pesakit meminta saya scan dia dan dua orang anaknya. Bila saya scan anaknya yang perempuan, anaknya merasai kebas di kedua-dua belah kaki. Manakala anaknya selaku sakit di belakang badan. Saya minta mereka semua mandi minyak wangi dan garam selepas asar selama 7 hari berturut. Banyak cerita dari merawat sebenarnya. Balik dan sampai di rumah jam dua pagi.

Pembersihan ke atas rumah dilakukan selama  tujuh hari bermula petang hari Jumaat. Mudah-mudahan Allah memberikan kesembuhan pada keluarga ini.

 

(UPDATED) Program Train For Trainer 2010 TendaiMaster di Pulau Pangkor, Perak

TENAGA DALAM ILAHI- Setakat ini seramai 7 orang sudah mendaftar bagi program ini.

1 dari Johor

1 dari Kelantan

 5 dari Lembah Klang

Lokasi telah dtukarkan sama ada Port Dickson atau Pantai Remis Kuala Selangor.

Tarikh program sama ada minggu pertama atau minggu ke tiga bulan Jun.

Sesiapa yang mahu mendaftar silah emelkan kpd saya bagi penyenaraian terkini. Sebarang uptade akan dimaklumkan kemudian