Category Archives: Soalan-Soalan Lazim

Soalan-Soalan Lazim

1- Apakah makna ilmu ini ada kaitan dengan ilmu hitam atau perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah?

TENDAI adalah singkatan daripada Tenaga Dalam Ilahi. Ini bermakna tenaga dalam yang kita jana dan bangkitkan bersumber dari kekuatan yang Allah kurniakan. Tiada sebarang amalan yang pelik atau sebarang zikir yang berat dan amalan yang berat. Ia hanyalah pembangkitan tenaga dalam melalui Transfer Energi Pembuka atau Pembangkit dari TENDAI MASTER kepada murid. Maka murid menerima pembukaan ilmu dan dibangkitkan tenaganya yang terpendam selama ini. 

2- Adakah latihannya berat kerana kebiasaannya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih dan tidak dapat meluangkan masa..?

Latihan TENDAI adalah yang termudah dalam ilmu tenaga dalam. Ia adalah himpunan dan ringkasan daripada ilmu-ilmu metafizik yang bertebaran di seluruh pelusuk nusantara, termasuk juga dari negara barat. Latihannya hanyalah 15 minit sahaja sekali latihan. Latihannya hanya melibatkan olahan pernafasan. Tarik nafas, tahan nafas dan hembus nafas. Tiada sebarang ayat yang terpaksa dihafal panjang-panjang atau susah.

3- Adakah selepas pengisian ilmu ini terus boleh digunakan? Adakah kesannya dapat dirasakan bahawa energi telah ditransferkan?

Selepas pengisian dalam 20 minit, ilmu ini terus boleh digunakan. Kaedah penggunaannya akan dijelas di dalam diklat panduan Aplikasi TENDAI yang akan disertakan untuk ahli baru. Setelah pengisian anda akan dapat merasakan samada terasa haba di telapak tangan, terasa semut-semut, kebas-kebas atau terasa mencucuk di telapak tangan dan dihujung jari. Namun kesan ini berlainan pada setiap orang.

4- Adakah Ilmu ini kekal sampai bila-bila? Adakah ia boleh hilang sekiranya melakukan sesuatu yang menyalahi agama, seperti meninggalkan solat dan sebagainya?

Keilmuan yang telah diisi tidak akan hilang sampai bila-bila. Sepanjang hayat. Tiada sebarang pantang-larang yang tidak boleh dilakukan. Sekiranya anda meninggalkan solat atau melakukan dosa, itu adalah tanggungan anda sendiri, dan ia adalah urusan anda dengan Tuhan. Namun demikian sekirannya ingin mendapat keberhasilan Ilmu ini dengan lebih baik, meninggalkan segala perkara yang dilarang agama adalah yang terbaik.

5- Adakah Ilmu boleh dikuasai oleh semua orang? Atau hanya orang yang sudah mempunyai hati yang bersih sahaja?

Sekali lagi diingatkan di sini bahawa sesiapa saja boleh menguasai ilmu ini dan memperolehi hasilnya seperti yang inginkan. Tidak mengira jenis apa sekalipun orang itu. Boleh dikuasai oleh semua bangsa dan agama.

6- Bolehkah saya belajar ilmu lain atau bolehkah ia serasi dengan ilmu yang pernah saya tuntut?

Boleh belajar ilmu lain dan tiada sebarang efek negatif dengan mana ilmu yang telah dipelajari. Malah menguatkan lagi segala ilmu yang pernah dikuasai. Mana-mana ilmu yang pernah dipelajari dan tidak berjaya, InsyaAllah boleh dibangkitkan semula dengan jaya. Namun segala ilmu hitam atau ilmu yang berunsur negatif akan tertolak atau dikeluarkan secara automatik, tanpa meninggalkan sebarang kesan buruk.

7- Apakah Ilmu ini boleh untuk apa jua hajat?

Ya, ilmu ini boleh digunakan untuk apajua hajat anda. Penggunaannya tidak terhad. Cara penggunaannya amatlah mudah. Cuma niatkan di dalam hati, maksudnya doa dalam hati minta apa yang kita inginkan. Kemudian tenangkan diri, rasakan getaran, semut-semut atau haba pada telapak tangan. Selepas itu selesai. Itu sahaja. Ilmu ini tidak mendatangkan sebarang mudarat atau kesan negative mahupun kesan yang buruk kepada penuntutnya. InsyaAllah.

8- Perlukah latihan untuk ilmu ini? Sampai bila perlu berlatih?

Latihan diperlukan untuk menstabilkan energi atau tenaga dalam badan yang telah diisi. Ia diperlukan kerana anda telah menerima sesuatu yang baru di dalam badan anda. Jadi ia perlu diserasikan dan diselaraskan mengikut kapasiti yang perlu anda tampung. Sekiranya tiada latihan tersebut energi tidak dapat serasi dengan anda. Namun ia tetap ada dan boleh digunakan tetapi anda akan terasa badan anda kurang enak dan kurang selesa. Latihannya memerlukan 3 minggu untuk peringkat dasar. Ataupun bersamaan dengan 21 hari. Ia bukanlah wajib dilakukan berturut-turut setiap hari.Apa yang penting ialah habiskan latihan selama 21 hari.

9- Adakah sukar untuk menggunakannya, bagaimana sekirannya saya ada sebarang masalah?

Selepas pengisian selama 20 minit olahan Pernafasan. Anda terus boleh menggunakan ilmu ini untuk apa saja..Segala jenis kegunaan dan panduan akan dijelaskan dengan terperinci dan mudah difahami akan disertakan. Sebarang masalah anda boleh terus menghubungi saya melalui talian telefon, surat, atau email. Untuk surat pastikan sertakan sampul surat sendiri dan bersetem 30 sen.

10- Bilakah saya boleh mempelajari peringkat GURU?

 Anda boleh membayar mahar peringkat GURU terus iaitu RM/ BRUNEI/ SINGAPURA 550. Namun begitu anda perlu melalui latihan peringkat dasar juga selama 21 hari. Selepas tamat terus hubungi PENGIJAZAH. Bagi peringkat DASAR mahar RM /BRUNEI/ SINGAPURA 165 , selepas membuat latihan 21 hari anda perlu menghubungi saya dan membuat Bayaran untuk peringkat GURU RM/ BRUNEI/SINGAPURA 550. Anda akan diijazahkan dengan peringkat GURU. Dalam peringkat GURU anda akan dibuat pengisian lain. Anda akan menguasai pelbagai ilmu kesaktian dari seluruh pelusuk nusantara, terutamanya dari tanah Jawa dan Tanah Melayu. Ilmu-ilmu warisan dari para kiyai serta sesepuh Tanah Jawa dan Melayu.

Advertisements