Category Archives: Kursus Tenaga Dalam

Diari Rawatan 2 Mac 2016- Sihir Pemisah

pemisah

 

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyanyang)

Tenaga dalam Ilahi (TENDAI)- Rentetan dari kes cincin warisan yang ada dikatakan ber”saka” dan telah sembuh dengan Izin Allah, makcik tersebut telah mencadangkan seorang rakannya yang saya sebut Kak A dari Puncak Jalil berhubung dengan saya untuk konsultasi masalah anak dan menantunya yang baru sebulan berkahwin dan mahu bercerai.

Kak A menceritakan kepada saya berkenaan anaknya yang telah berubah sikap yang serius setelah berkahwin dan bercakap yang bukan-bukan dan mahu menceraikan isterinya. Juga diceritakan sewaktu sebelum majlis nikahnya dua ekor katak hijau telah mati di atas pelamin. Dikhabarkan juga bekas kekasih lama mahu kembali kepada anaknya tak kira walau apa  pun terjadi.

Setelah janji temu dibuat, semua ahli keluarga meminta mendeteksi  sama ada ada gangguan atau tidak pada diri mereka. Apabila sesi terapi dilakukan kepada anaknya , anaknya menggigil tiba-tiba dan tidak dapat dikawal dan kaki dan tangan sejuk seperti ais. Saya minta pembersihan rumah dilakukan selama tujuh hari dan mandian kepada anak Kak A dibuat. Hari ketujuh macam-macam petunjuk dapat pada keluarga tersebut. Saya mengatakan tak perlu risau dan ‘buat bodoh jer’ kata orang muda-muda. yang penting hasilnya gangguan dapat diselesaikan. Pemagaran dibuat setelah pembersihan dilakukan.

Alhamdulillah, Kak A memaklumkan anaknya telah sembuh dan hubungan mereka suami isteri telah ok semula dan anaknya telah mendapat pekerjaan di Qatar.

Advertisements

Manifestasi Alam: GEMA

terompet

Bismillahirrohmanirrohim

Tenaga Dalam Ilahi  – Dalam perbincangan ringkas dengan salah seorang guruku, beliau mengungkap sedikit rahsia minda  bawah sedar, beliau memberikan sebuah ilustrasi bahawa alam semesta ini seperti sebuah ruang resonans besar yang memantulkan apa-jua suara  yang kita suarakan dan pantulan itu biasanya menggema lebih besar dan berulang ulang.
Jika kita berteriak ” AKU SIAL ” maka seketika berkumandang gema yang berbalik kepada kita artinya kita sedang menarik banyak kesialan kedalam diri kita .
Kenapa kita tak memilih meneriak” AKU BERUNTUNG ” bukankah lebih mengasyikan jika kita menarik keberuntungan yang lebih besar ke dalam diri kita.

Perlatihan Medical Hynotherapy Dan Magnetisme

hipnoterapi

Program julung kali diadakan bagi melengkapkan diri anda sebagai ahli penyembuhan alternatif dan sangat sesuai di ikuti oleh sesiapa sahaja yang telah berkecimpung di dalam dunia rawatan alternatif. Di antara manfaat yang akan anda kuasai ialah:

Program Hipnosis dan Medical  Hynotherapy

Manfaat  :

1. ANALGESIA menghilangkan rasa sakit / nyeri dengan waktu yang relatif singkat 2-3 menit.

2. REGRESI INSTAN untuk mencari akar masalah klien di masa lalu kemudian menyelesaikannya hanya dalam waktu kurang dari 3 menit

3. FASCINATION membawa klien ke kondisi “coma state” dalam hitungan detik

4. MAGNETISE HYPNOSIS  Hanya dengan menatap saja ke titik tertentu dalam diri klien, mampu membuat klien lemas, mengantuk, dan trance magnetic!!

5. LONG DISTANCE MAGNETISM HEALING Memagnetis untuk penyembuhan jarak jauh, bahkan bisa lintas negara & benua

6. KEPEKAAN LUAR BIASA TERHADAP ENERGI  Mampu merasakan energi dengan tubuh fisik Anda secara NYATA, senyata menggunakan helmet di kepala Anda

7.  HIPER MOMENT Teknik mengakses. download dan menprogram berbagai2 energi bagi berbagai2 tujuan dan applikasi dengan menguna teknik Occutisme.

 — KESELURUHAN PROGRAM DAPAT DI IKUTI OLEH SESIAPA SAHAJA TANPA MENGIRA BANGSA ATAU AGAMA–

Fasiliti:

    • Modul Pelatihan Dalam Bentuk Cetak

    • DVD Contoh Praktek Hipnotis

    • Sertifikat & Frame Sertifikat

    • Meeting Kit, Alat Tulis.

    • Makan Siang

    • Makanan Ringan, Air Mineral, Teh dan Kopi 2 Kali.

    • Konsultasi Gratis Dengan Pelatih Untuk Seumur Hidup

    • Dan fasilitas lain sesuai jenis pelatihan.

Bayaran : RM1800.00

*** 10 Peserta Terawal RM1600 ***

Lokasi:

30hb-31hb May 2015

Seaview Resort – Pantai Remis, Pekan Kapar,Klang

019 – 2260790– Halmy Bin Sirat

Kursus Program Master Quantum Ilahi

Image

Revolusi Program Master Quantum Ilahi, program khusus bisnis Rawatan Alternatif atau yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar rawatan Alternatif.

Kini kami buka ruang kepada semua tanpa mengira bangsa,agama dan umur untuk mengikuti program kami yang sangat mudah di pelajari…tanpa banyak tiori,tanpa perlu ritual, tanpa latihan yang lama…sehinggakan budak berumur 6tahun mampu menguasai kesemua latihan yang akan di berikan.

Potensi pendapatan yang dapat anda jana selepas latihan :

1. Rata-rata kos rawatan -+RM50.00..kalau hanya seorang pasien setiap hari..anda mampu menjana RM350 Seminggu

2. Sebagai pengajar anda akan di bayar RM40sejam…kalau setiap minggu anda ada 10 pelajar…anda mampu menjana RM1600-RM15K seminggu.

**************SEMUA TEKNIK2 DI ATAS AKAN SAYA DEDAHKAN BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA SELAMA HAMPIR 12TAHUN SEBAGAI PENGASAS TENDAI MASTER PROGRAM**************

Sylibus Latihan:

1.Teknik Rawatan Stroke,Saraf Tersepit,Kanser stage 4,Kanser darah,Jantung Tersumbat dan lain-lain dengan lebih cepat dan mudah.
2.Teknik Tercepat Merawat masalah tulang patah atau tulang Belakang bengkok
3.Teknik Merawat Penyakit Mata, rabun dekat,rabun jauh dan sebagainya
4. Teknik mengatasi masalah Kanak-Kanak seperti anak yang hyper aktif, kurang bijak dan sebagainya
5.Teknik Mengatasi Masalah Trauma – Benci,Dendam,Takut Pada an Sesuatu seperti katak,ular,rama2 dan sebagainya
6.Teknik Membuka Lawang Rezeki Dalam Masa 24Jam dengan bantuan KAPSUL 7 KEKAYAAN
7.Teknik Cula Musuh – Ilmu Melayu Kuno memandamkan dendam musuh walaupun sudah bertahun-tahun lamanya
8.Teknik Tercepat dan Mudah meningkat IQ – utk persedian peperiksaan – banyak telah di buktikan oleh pelajar-pelajar Universiti
9.5 Rahsia Demo Tenaga Dalam Tingkat Tinggi Yang Sangat Di Rahsia dan tidak di dedahkan di mana2 buku ilmu tenaga dalam
10.Lain-lain lagi yang di fikirkan perlu

Tarikh :
28hb Sept 2013

Masa :
9:00 – 4.00pm

Yuran:
RM750

Yuran sebelum 15hb Sept 2013
RM550

*********Program Private RM5000**********
Bonus
Hampir 1GB informasi tentang tenaga dalam,reiki,NLP,prana dan lain rawatan alternatifi dalam bentul softcpy..sila bawa Portable HD

Berminat..?

Hubungi

Helmi – 0192260790

Wakil2 Program di perlukan di seluruh Asia

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

 

Image

Berikut adalah salah satu perkara yang diajar oleh tenaga pengajar semasa kursus biosinergi sewaktu dahulu….

Antara asas-asas untuk menengalpasti penyakit melalui  jari sahaja….

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda…Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..

jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah…

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

PROGRAM REVOLUSI QUANTUM SPIRITUAL (Penyembuhan Quantum Ilahi Terpadu) pada 5- 6 Mac 2011

Dengan kerendahan hati,  saya mengumumkan bahawa kursus Quantum Bersepadu akan diadakan pada 5-6 Mac 2011. Sila daftarkan diri anda bagi program ini

Module :

– Hubungan antara kesadaran dan alam semesta

– Teknik mengamati dalam pikiran

– Feeling dan WowFeeling

– The Observe Technique

-Teknik mengembangkan kesadaran

-Healing with – Wow Feeling

-Distant Healing

-Emotional Healing

Lokasi :

Pantai Remis, Kapar,Klang

Tarikh :

5hb Mac 2011 (12.30 Tengah Hari Hingga 4:30pm)
6hb Mac 2011 (10:30Pagi Hingga 12:30 Tengah Hari)

Yuran :

RM1250.00

Sistem Biomagnetik Pada Tubuh Manusia

Bismilahirahmanirrahim…

TENAGA DALAM ILAHI – Salam di akhir bulan Sya’ban dan lebih kurang lagi 8 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan yang mana bulan Ramadan adalah bulan yang diawalnya adalah pengampunan dipertengahannya adalah rahmat dan diakhirnya adalah pelepasan dari api neraka. semoga para pembaca sentiasa ceria dan bahagia dalam melayari kehidupan seharian. Ada yang bersedih? Kenapa agaknya kita  bersedih? Sebenarnya perasaan yang kita alami hanyalah merupakan cetusan dan terbitan yang kita cipta (daya cipta). Seperti kita melihat sebuah peta, sebenarnya sebuah peta tidaklah mewakili sempadan sesebuah negeri. Ia hanya menunjukkan situasi dan keluasan kawasan tersebut tanpa sebarang ikatan sah kepada kawasan asal.
Begitu juga dengan perasaan kita, kita bersedih bukanlah kerana kita seorang penyedih tetapi kita berada dalam situasi atau kawasan kesedihan. Kita sebenarnya mampu keluar daripada kawasan tersebut jika kita memasuki kawasan kegembiraan. Tak faham? tak mengapa, nanti suatu hari saya akan menulis post tentang perkara ini. Minggu ini saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca tentang medan elektromagnetik badan kita atau lebih dikenali sebagai aura kerana apa yang diajarkan oleh Tenaga dalam Ilahi adalah senam pernafasan biomagnetik.

Bila sebut medan elektromagnetik ramai yang tertanya-tanya apakah bendanya itu, tetapi bila diringkaskan kepada aura, ramai yang tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala kerana sudah faham . Pada suatu ketika dahulu ramai yang bercerita tentang aura dan ramai yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan aura. Apa agaknya aura itu dan bagaimana ianya terjadi?

Tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya.

Mungkin ada pembaca yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.

Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura.  Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.

Kita kerap mendengar orang berkata, orang-orang hebat memiliki aura yang hebat. Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang dan hebat.

Contoh gambar aura yang diambil mengguna ‘Kirlin Photograph’.

Baiklah di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mendapatkan aura atau lingkaran tenaga elektromagnetik yang hebat. Medan tenaga ini bermula daripada kelenjar pineal atau ubun-ubun di bahagian atas kepala dan bercantum semula di hujung tulang sulbi. Tips yang pertama yang perlu pembaca ambil perhatian adalah menjaga kekuatan kelenjar pineal dan tulang sulbi. Mari kita lihat fungsi kelenjar pineal dan tulang sulbi pada manusia.

Kelenjar pineal menjaga kekuatan semangat dan kekuatan keyakinan kepada manusia. Apabila kelenjar pineal ini lemah maka seseorang manusia itu akan menjadi lesu, tiada mood. Bayangkan apa akan terjadi pada individu yang lesu, lemah dan sentiasa tiada mood. Pastinya prestasi kerjanya akan terganggu dan dia tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan potensi dirinya.

Ok, sekarang kita lihat pula fungsi tulang sulbi. Tulang sulbi menjaga darah, otot, tulang, saraf, usus. Jika tenaga tulang sulbi ini lemah seseorang manusia itu akan mudah diserang penyakit yang berkaitan dengan darah, seperti darah tinggi, leukimia, kebas, cirit-birit, buasir, sembelit, kekejangan, hilang deria sentuh. Bila dilihat pada penyakit yang terhasil daripada kelemahan struktur tulang sulbi, secara automatik kita boleh mentafsirkan bahawa mereka ini adalah orang yang pastinya tergolong adlam kumpulan yang tidak produktif.

Jadi secara umumnya untuk seseorang itu berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya tumpuan yang serius haruslah diberi kepada kekuatan tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi. Itulah juga sebab mengapa kini terdapat banyak produk aura atau tenaga di pasaran. Produk-produk ini secara tidak langsung membantu individu meningkatkan aura atau tenaga lingkaran elektromagnetik badan. Selain itu, menjaga pemakanan adalah amat penting dalam mempastikan tahap tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi kuat.

Lingkaran tenaga elektromagnetik atau energy fluks amat sensitif. Ia boleh berubah-ubah mengikut daya pemikiran seseorang dan getaran denyutan jantung. Ini bermakna, apabila seseorang itu, tidak tenteram atau kerisauan, atau ketakutan, maka lingkaran tenaga atau fluksnya akan terganggu. Itulah sebab utama mengapa kekuatan organ-organ yang terlibat harus di ambil berat.

Apabila seseorang individu itu memiliki tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi yang kuat, percayalah dia mampu berada di tahap kegemilangan yang diimpikan oleh semua manusia. Begitulah sebenarnya bagaimana seorang manusia itu berbeza dengan seorang manusia yang lain. Sebenarnya perbezaan itu tidak perlu terjadi bila semua manusia tahu dan mengambil berat menjaga kekuatan lingkaran tenaga atau energy fluks mereka.

Bagi pelatih yang ingin belajar senam pernafasan biomagnetik Tenaga Dalam Ilahi, konsepnya kami telah permudahkan dengan menggunakan kaedah ‘jumper’ iaitu konsep seperti bila ada kereta yang tak boleh start, kita akan jumperkan bateri kereta kita kepada bateri kereta yang tak hidup tu. Bila dia start maka enjin kereta dia pun boleh hidup sekali. Bagi pelatihan senaman pernafasan biomagnetik Tenaga Dalam Ilahi, pemberi ijazah akan mengalirkan energinya kepada medium air atau garam dan air atau garam tadi diminum bagi membangkitkan tenaga dalaman pelatih. Latihan 21 hari diperlukan bagi menyelaraskan energi biomagnetik pada tubuh pelatih.