Category Archives: Daya Sejati Insani

Testimoni Pelajar Tenaga Dalam Ilahi (Tendai)

 

dsi.png

Bismillahirrohmanirrohim.

 

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI) – Sedikit testimoni salah seorang murid yang mengambil keilmuan Daya Sejati Insani baru baru ini. Alhamdulillah banyak juga masalahnya telah selesai dengan amalan selama 21 hari Daya Sejati Insani.

Semuanya ini atas izin DariNya juga. Sesiapa yang berminat untuk mengambil keilmuan ini boleh hubungi atau whatshap saya di 019 2260790

Diari Rawatan 2 Mac 2016- Sihir Pemisah

pemisah

 

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyanyang)

Tenaga dalam Ilahi (TENDAI)- Rentetan dari kes cincin warisan yang ada dikatakan ber”saka” dan telah sembuh dengan Izin Allah, makcik tersebut telah mencadangkan seorang rakannya yang saya sebut Kak A dari Puncak Jalil berhubung dengan saya untuk konsultasi masalah anak dan menantunya yang baru sebulan berkahwin dan mahu bercerai.

Kak A menceritakan kepada saya berkenaan anaknya yang telah berubah sikap yang serius setelah berkahwin dan bercakap yang bukan-bukan dan mahu menceraikan isterinya. Juga diceritakan sewaktu sebelum majlis nikahnya dua ekor katak hijau telah mati di atas pelamin. Dikhabarkan juga bekas kekasih lama mahu kembali kepada anaknya tak kira walau apa  pun terjadi.

Setelah janji temu dibuat, semua ahli keluarga meminta mendeteksi  sama ada ada gangguan atau tidak pada diri mereka. Apabila sesi terapi dilakukan kepada anaknya , anaknya menggigil tiba-tiba dan tidak dapat dikawal dan kaki dan tangan sejuk seperti ais. Saya minta pembersihan rumah dilakukan selama tujuh hari dan mandian kepada anak Kak A dibuat. Hari ketujuh macam-macam petunjuk dapat pada keluarga tersebut. Saya mengatakan tak perlu risau dan ‘buat bodoh jer’ kata orang muda-muda. yang penting hasilnya gangguan dapat diselesaikan. Pemagaran dibuat setelah pembersihan dilakukan.

Alhamdulillah, Kak A memaklumkan anaknya telah sembuh dan hubungan mereka suami isteri telah ok semula dan anaknya telah mendapat pekerjaan di Qatar.

Rawatan Percuma bagi Bulan Februari 2016

Bismillahirrohmanirrohim

Sepertimana yang telah dijanjikan sebelum ini, rawatan bagi bulan Februari yang sepatutnya diadakan pada Ahad (7 Februari 2016) tetapi disebabkan saya ada urusan lain dianjakkan hari pada esok (Isnin) 8 Februari 2016 dan  adalah percuma bagi setiap ahad awal bulan. Telefon dulu untuk temujanji bagi mengelakkan menunggu terlalu lama.

Sekian

Manifestasi Alam: GEMA

terompet

Bismillahirrohmanirrohim

Tenaga Dalam Ilahi  – Dalam perbincangan ringkas dengan salah seorang guruku, beliau mengungkap sedikit rahsia minda  bawah sedar, beliau memberikan sebuah ilustrasi bahawa alam semesta ini seperti sebuah ruang resonans besar yang memantulkan apa-jua suara  yang kita suarakan dan pantulan itu biasanya menggema lebih besar dan berulang ulang.
Jika kita berteriak ” AKU SIAL ” maka seketika berkumandang gema yang berbalik kepada kita artinya kita sedang menarik banyak kesialan kedalam diri kita .
Kenapa kita tak memilih meneriak” AKU BERUNTUNG ” bukankah lebih mengasyikan jika kita menarik keberuntungan yang lebih besar ke dalam diri kita.

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

 

Image

Berikut adalah salah satu perkara yang diajar oleh tenaga pengajar semasa kursus biosinergi sewaktu dahulu….

Antara asas-asas untuk menengalpasti penyakit melalui  jari sahaja….

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda…Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..

jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah…

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Hakikat Latihan Gemblengan Daya Sejati Insani.

Logo-TENDAI

Bismillahirrohmanirrohim…

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI) – Insya Allah dikesempatan ini, saya   akan cuba memberi sedikit panduan Keilmuan Tendai yang lebih di kenali sebaga Gemblengan Daya Sejati
Insani sepertimana yang telah diterangkan oleh pengasas TENDAI. Di mana Gemblengan itu sendiri bermaksud latihan, lakukan, buat atau apa sahaja yang membawa maksud kita mesti melakukan sesuatu sekiranya kita inginkan sesuatu, seterusnya ia menjadi moto tendai iaitu ‘LAKUKAN APA SAHAJA” or ‘JUST DO IT”..

DAYA pula membawa maksud kekuatan empat kerat yang ada di dalam diri kita, maksudnya keilmuan/kelebihan yang akan kita dapat hasil daripada latihan kita nanti bergantung kepada kemampuan diri kita sendiri. Kerana ramai itu di antara ahli-ahli tendai tahap DSI
menpunyai keilmuan yang berbeza-beza, ada yang menpunyai kemampuan di dalam segi mencari peluang ekonomi, ada yang mahir dalam bidang perobatan, pertanian dan sebagainya. Pengalaman2 ini banyak di alami oleh ahli-ahli tendai di bawah pengawasan saya.

SEJATI pula bermaksud kemampuan murni tanpa perlu bantuan ENERGI dari luar seperti AZIMAT, KHODAM, JIN dan Sebagainya. INSANI pula adalah kemampuan seseorang. Maknanya setiap orang menpunyai kemampuan/bakat dan hala tuju masing-masing yang telah di tetapkan oleh Allah Swt sewaktu kita di dalam kandungan ibu lagi.

Cth: semua orang boleh menyanyi, menpunyai suara yang sedap, rupa yang cantik tetapi berapa ramai yang boleh jadi artis..?,

Cth 2:
Semua orang boleh berniaga tetapi berapa ramai yang berjaya. Kesimpulannya DSI adalah proses penyelarasan energi universal (Kosmo) dan Energi Manusia (Kosmic)supaya menjadi bersatu dan kita tidak lagi menentang arus pengaliran energi universal, kerana Energi Universal bersifat kekal, sedangkan energi manusia bersifat berubah-ubah.

Faktor2 di ataslah penyebab kenapa Manusia itu menjadi miskin, gila, stress, hilang pendoman dan sebagainya…

Rawatan 30 September 2010

 

Petang semalam dalam jam 6.40 petang, saya dapat SMS minta datang ke rumahnya di Cheras. Kalau nak ikutkan malam ini saya ada program mingguan bacaan zikir di Shah Alam. Tapi melihat permintaan supaya datang segera menyebabkan saya ” ponteng “program tersebut. Saya pergi bersama dengan seorang sahabat saya. Beberapa bahan perlu disediakan untuk rawatan tesebut dan proses mencari bahan dilakukan di sekitar kawasan Dengkil dan seri Kembangan seperti air kolah masjid, kain kafan dan beberapa bahan lain. Kami sampai ke rumah pesakit (Encik J) jam 10.20 malam. Pesakit dan isteri meluahkan perasaan berkenaan masalah yang dihadapi.  Sudah 8 tahun pesakit menderitai penyakitnya.

Tepat jam 11.00 malam sesi rawatan dilakukan. Sesi scanning dilakukan ke atas pesakit. Terdapat simptom seperti sakit mata seperti dicucuk dan air mata keluar, sakit di tengkuk, sakit di rusuk kiri, di lutut dan pergelangan kaki. Sesi rawatan dimulakan selepas sesi scanning. Dalam sesi ini, pesakit nampak cahaya terang di depannya. Saya minta dia masuk ke dalam cahaya tersebut.

Bila dia masuk ke dalam cahaya tersebut dia terkejut  dan nampak ada seorang tua yang bongkok, kepala botak dan tidak mempunyai kedua-dua mata. Saya minta pesakit tengok keadaan dirinya. dia nampak ada 7 ikatan di tengkuknya, 7 ikatan di badannya dan 3 ikatan di pergelangan kaki.  Sesi pemotongan ikatan dilakukan dan ikatan dibuang ke laut. Pesakit juga nampak ada seorang tua yang berbongkok hampir dengannya dan hendak bertukar kepada harimau. saya lihat pesakit hendak kerasukan dan saya minta dia supaya jangan layan bisikan tersebut. Selepas rawatan pesakit merasakan  badannya ringan sedikit.

Isteri pesakit meminta saya scan dia dan dua orang anaknya. Bila saya scan anaknya yang perempuan, anaknya merasai kebas di kedua-dua belah kaki. Manakala anaknya selaku sakit di belakang badan. Saya minta mereka semua mandi minyak wangi dan garam selepas asar selama 7 hari berturut. Banyak cerita dari merawat sebenarnya. Balik dan sampai di rumah jam dua pagi.

Pembersihan ke atas rumah dilakukan selama  tujuh hari bermula petang hari Jumaat. Mudah-mudahan Allah memberikan kesembuhan pada keluarga ini.