Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)

 

 logo-tendai4 

Pusat Rawatan Alternatif ini terletak di Putrajaya. Pihak kami  menjalankan kursus-kursus bagi mengaktifkan tenaga dalam serta membuka jalur tenaga dalam yang ada pada diri seseorang yang boleh digunakan di dalam  pelbagai urusan seharian. Himpunan ilmu pelbagai perguruan kebatinan yang telah dipermudahkan…

Kaedah mengolah Tenaga Dalam juga yang telah dipermudahkan. Tanpa perlu bertapa di gua dan sebagainya. Kami bekalkan kepada anda chip hyper metafizik bagi mempercepatkan pengolahan tenaga dalam dan anda  boleh merasainya selepas diselaraskan.

TIADA Unsur Syirik.

TIDAK bercanggah dengan Islam. 

Selain itu pihak kami ada melakukan rawatan bagi penyakit medik atau non medik, gangguan makhlus halus dan lain-lain. Contohnya seperti pembersihan rumah,pembersihan kedai, pemagaran rumah, pemagaran kedai, rawatan santau, sihir, saka, rawatan tulang patah (sangkal putong), gangguan dan lain-lain. Rawatan bagi berbekam juga ada dilakukan.

Hubungi SGM Halmy untuk pertanyaan lanjut :-

019 2260790

halmy_ex@hotmail.com

 Wakil Dewan Guru Utama

Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)

 

41 responses to “Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)

  1. Assalamualaikum,
    Tuan, saya telah mempelajari Tenaga dalam Daya Sejati Insani, dan telah membuat latihan mengikut waktu masa yang telah di tetapkan selama 21 hari. Dengan Grand Master Tuan Ismail
    Mohammad.

    Pertanyaan : Selepas tammat tempoh latihan 21 hari. Saya tidak lagi mengerjakan latihan. adakah…? ilmu yang di pelajari ini akan hilang atau perlu latihan.

    Terima kasih.

    • Ilmu tu tidak hilang cuma akan berkurangan. Sekiranya anda masih lagi di bawah perguruan TENDAI yang ASLI, Pengasas dan ahli TENDAI seluruh dunia akan melakukan senaman pernafasan pada setiap khamis malam Jumaat jam 10.30-11.00 malam bagi penyelarasan energi masing-masing

  2. assalamualaikum….cuma ingin bertanya…adakah penulis blog ini masih lagi master Aslam?

    • tenagadalamilahi

      wa,alaikumsalam…penulis blog ni adalah Master Halmy. Terima kasiih kerana sudi berkunjung ke laman web saya

  3. saya agus salim dari sabah..nak tanya sedikit soalan,bolehkah kursus tendai ini dilakukan secara jarak jauh….

  4. askum,adakah semasa pengisian TDI akan dpt rasa.sy pernah belajar ilmu hikmah dr internet tp masa pengisian tak rasa apapun..sy sampai skrangpun masih blum dpt rasa energi apatah lg terawangan,meraga sukma dll..adakah TDI dpt membantu

    • tenagadalamilahi

      wa’alaikumsalam saudara azwan,

      Kepekaan rasa pada diri seseorang tidak sama, akan tetapi sewaktu latihan gemblengan selama 21 hari nanti tu saudara akan merasainya dan kalau nak betul faham konsepnya kena mengadap saya…ada kaedah khusus untuk meraga sukma dan terawangan…

  5. assalamualaikum…
    saya berminat ingin menuntut ilmu ini….bagaimana cara saya untuk mendapat pengijazahan ilmu ini..saya sekarang tinggal di pulau pinang…

  6. Aslmkm.sy berminat mempelajari ilmu kalachakra ini.blh x dilakukan dr jarakjauh dan berapa lama yg perlu diambil.ilmu kalachakra ini berasal dr mana ye

    • tenagadalamilahi

      Aji Rajah Kalacakra (ARK) ini boleh dijazahkan secara jarak jauh. Ilmu ini boleh digunakan selepas sahaja dijazahkan dan perlu di top up seperti kita menyimpan wang di bank. Bila banyak guna cepatlah habis jadi latihan 20 minit dioperlukan untuk kita simpan energi di bank kita.

  7. Assalamualaikum.
    Akhirnya terjumpa juga website Pak Ustad. jom ambik SSGM!!

  8. tenagadalamilahi

    gaban : boleh nak ambil…tunggu emas naik giler2

  9. Assalamualaikum…

    Maaf nak bertanya ,

    1) Adakah pengamalan TENDAI ini sudah disahkan bersih dari segala unsur jin ?

    2) Kalau sudah disahkan , Siapakah yg telah mengesahkannya ?

    3) Siapakah rujukan utama amalan2 tersebut ?
    – siapakah yg memulakan/menyusun kaedah2 tesebut .

    4) Apakah dalil sahih mengenai ilmu ini ?
    – Pernahkah dilakukan pada zaman Nabi atau zaman selepasnya.

    5) Apakah yg diisi semasa 20 minit pertama , adakah ia ilmu atau selainnya ?
    – Adakah dalil / sunnah dalam perkara ini.

    6) Siapakah tokoh2 ulama silam yg mengamalkan amalan ini ?

    Salam
    Terimakasih

    • tenagadalamilahi

      Wa’alaikum salam,
      Jawapan
      1. Ya tiada penglibatan jin. Sebelum memulai latihan yang sudah disesuaikan dengan islam selalu dimulai dengan berta awudz (berlindung pada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk), sebagaimana yang dilakukan ketika membaca Al-Qur’an.

      2. Kehadiran jin – jin itu bukan karena seseorang melakukan tenaga dalam ilahi, tai chi,kundalini atau apapun jenisnya , sebab seorang “pelaku” yang mengamalkan wirid Al-Qur’an / Asma’ul husna saja boleh kerasukan jin. Di tempat saya pernah terjadi kebalikannya yaitu seorang tukang Ruqyah (yang biasa mengamalkan wirid Al-Quran) kerasukan jin dan malah yang mengobati seorang Pengamal tenaga dalam. Saya juga seorang muslim yang sangat menghormati dan menjunjung tinggi Al-Qur’an , tetapi menurut saya ,baik pengamal wirid Al-Qur’an, pengamal tenaga dalam , master reiki, kundalini dll boleh kemasukan jin atau bahkan iblis sekalipun tergantung tingkat kebersihan hatinya. Buktinya jika seorang pengamal wirid Al-Quran “merasa” dirinya lebih baik dari seorang pengamal tenaga dalam itu merupakan suatu bukti yang tak terbantahkan apapun alasannya ,bahawa dia sudah kemasukan syetan ( Maaf dalam hal ini saya neutral tidak membela siapa siapa kerana saya mengamalkan kedua-duanya ) Bahkan menurut hemat saya, mengamalkan wirid Al-Quran atau wirid apapun kalau niatnya cuma untuk kesaktian atau tercampur niat untuk kesitu apakah itu bukan suatu kesyirikan (walau syirik Khofi/ samar) masih menurut saya, lebih baik amal dunia untuk kepentingan akhirat daripada amal akhirat untuk kepentingan dunia.

      3. Al quran dan hadith.

      4. Dimensi@ bekas diri yang diijazahkan dibesarkan bagi menampung lebih banyak energi. Tergantung pada yang menerima sama ada mahu mengisi atau tidak.
      Teknik pengolahan nafas adalah ilmu duniawi sama seperti ketrampilan silat, karate, main tenis atau bola. Tentu saja tidak ada tuntunannya dari Rasulullah. Ilmu duniawi terus menerus berkembang bersifat dinamik dan terus berubah . Allah memerintahkan kita berzikir ketika berdiri , duduk dan berbaring. Bagaimana cara berdiri, duduk atau berbaring tidak ada tuntunannya dari Rasulullah.Silakan cari bagaimana cara berdiri, duduk dan berbaring yang tepat dan benar , kemudian diisi dengan kalimat dzikir.
      Allah hanya memerintahkan dalam Qur’an agar berdzikir sebanyak banyaknya (tidak terhitung) pada waktu berdiri, duduk dan berbaring, didalam hati baik waktu pagi petang maupun malam hari ( Al Ahzab 41-43, Ali Imran 191, Al A’raaf 205) . Cara detailnya tidak diatur silahkan cari dan kembangkan sendiri.
      Masalah utama dalam duduk berdzikir adalah mengantuk, bosan dan kaki kram, sehingga kita hanya kuat berdzikir paling lama hanya setengah jam. Dengan teknik olah napas kita boleh berdzikir sampai 2 jam tanpa merasa lelah, ngantuk maupun bosan.

  10. ASSALAMUALAIKUM,SAYA ADA BEBERAPA SOALAN NI?
    1.BERAPAKAH BAYARAN BAGI RAWATAN JARAK JAUH?
    2.PELUKAH SAYA BERJUMPA DGN MASTER ATAU MELALUI TELAPON SAJA?

  11. ASSSALAMUALAIKUM.
    1.BERAPAKAH BAYARAN RAWATAN JARAK JAUH?

  12. ASSALAMUALAIKUM,SAYA ADA BEBERAPA SOALAN NI?
    1.BERAPAKAH BAYARAN BAGI RAWATAN JARAK JAUH?
    2.PELUKAH SAYA BERJUMPA DGN MASTER ATAU MELALUI TELAPON SAJA?
    3.ADAKAH RAWATAN DIBERIKAN PADA BANGSA CINA?

    • tenagadalamilahi

      wa alaikum salam.
      jawapan
      1. Bayaran adalah mengikut penyakit. Puan boleh boleh beritahu apakah penyakitnya dengan menelefon atau sms saya di talian 019 2260 790
      2. seelok-eloknya pada pertama kali rawatan adalah bertemu muka.
      3. Rawatan diberikan adalah untuk semua bangsa dan agama

  13. assalam, orang tua saya punya masalah ada yang mengatakan ada saka dan sebagainya. masalahnye tiap kali pergi berubat merata tempat tiada membuahkan hasil. dan mengikut kata orang tua saya tiada apa2 perubahan. dan wangnya habis digunakan untuk berubat semata2.

  14. Salam,saya nk dptkn pengijazahan tendai grangmaster..bpe maharnya??

  15. Salam,saya nk dptkn pengijazahan tendai thp grandmaster..bpe maharnya??

  16. azhar dwi permaisuri

    guru halmy,ketiga hari pertama saya buat latihan penafasan,saya x rasa apa pun.tp keesokannya,kepala saya rasa pening mcm nk meletup,ada kah itu tanda enery sedang membersihkan enery kotor dlm badan saya,tp hari kedua saya dpt mimpi.org ramai dtg kedai saya,tp bukan utk mkn,sbaliknya minta diajarkan tendai…apa agaknya alamatnya tu…

  17. tenagadalamilahi

    Azhar
    Alhamdulillah….
    Bagus, perkembangan baik…
    Kunci rezeki ada hubung kait bantu orang…tapi kedai makan jangan ditinggalkan.
    Kerapkan minum air mineral dan mandi

  18. Salam, saya dah ambik kursus Tendai tahap Master (Guru). Macam mana caranya saya nak dapatkan Diploma dalam TENDAI HEALING?

  19. Salam 1M, sy bert dri sabah..sy telah terjumpa website ini dan website master2 yg lain yg mengajarkan teknik pernafasan..bila sy lakukan pernafasan selama 10min, dan berhenti… selepas beberapa jam kepala rasa pening saja.. dari siang sampi kemlm masi lg pening..apa ka sebbnya..bole tuan jelaskan..

  20. Saya dan belajar dan terima ilmu tendai ni dari seorang Ustaz.Saya nak bertanya adakah boleh saya merawat diri sendiri ,saya tak begitu pasti masalah hidup saya ni berpunca dari gangguan sihir ataupun saka. Saya dah pernah buat rawatan santau dan sihir duit syillng , terasa ok sikit tetapi saya merasakan masih ada penghalang dalam kehidupan saya ni iaitu tidak boleh bekerja, meskipun dah lam berhenti kerja office .Sekarang saya buat bisnes sendiri tapi sangatlah sukarnya untuk bergerak bebaas, terasa macam nak buat itu tak boleh ,nak buat ni tak boleh ,saya sangat merasainya ,gangguan ini sangatlah kuat , kini saya seperti sedar dari mimpi yang pangjang , saya nak bangun menjadi diri saya yang sebenar , seorang wanita yang berani , bijak , matang dewasa , berjaya , bertuah dan bahagia ! Dengan amalan olahan pewrnafasan yang saya pelajari dalam ilmu tendai beserta doa dan zikir 2 tertentu saya semakin dapat mnerasakan saya masih belum sembuh samada dari gangguan sihir ataupun SAKA. Saya bertekad untuk bangkit dan bangun dan mulakan kehidupan baru yang bahagia. Saya dah puas berubat dengan ramai perawat dan ustaz .Kini saya rasa sudah tiba masanya say sendiri akan bertarung dengan JIN SAKA yang menjadi punca kemerosotan hidup saya ni , nak telefon mak sendiri pun tak boleh ,macam berat dan takut ,tapi setiap saat saya rindukan mak dan kalau boleh saya nak bercakap dan bertanya khabar mak setiap hari , seakan ada satu halangan yang sangat kuat , tak tau nak terangkan bagaimana ia berlaku cuma dapat saya katakan ada pergelutan dalam jiwa dan hati saya ada dua iaitu satu halangan dan satu lagi suruhan dan keinginan,yang menang itu adalah halangan itu .Soalan saya boleh dan mampukah saya merawat diri serndiri menggunakan kaedah ilmu tendai yang pernah saya pelajari ini ?

  21. Hai sy bert yg dekat atas 2..sy belum lgi pernah ambi apa2 ijazah..

  22. salam, saya nak tanya..adakah dengan mempelajari tendai ini dapat merawat penyakit sendiri seperti darah tinggi? tq..

  23. pak..saya pengen ikut belajar,apa boleh pak?dan bagaimana syarat2 yang di tentukan?

  24. asalam ,,,,saya telah mengikuti dsi,,dari beberapa guru ,,secara basic…dan saya hendak belajar tahap master…blh kah..

  25. dermansaigudin

    assalamualaikum…
    saya berminat ingin menuntut ilmu ini….bagaimana cara saya untuk mendapat pengijazahan ilmu ini..saya sekarang tinggal di sipitang sabah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s