Diari rawatan 15 Oktober 2016- Gangguan Rumah- Jembalang Tanah

Bismillahirrohmanirrohim…

 

jembalang-tanah                                         (sekadar gambar hiasan)

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)- Alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang mentadbir seluruh Alam. Lama juga tak tulis apa-apa kat blog ni.

Jadi tengahari Jumaat ini, ada kesempatan sikit untuk menceritakan satu kisah salah seorang ahli surau qariah saya yang mengalami gangguan isteri dan anak-anaknya. Telah beberapa kali ke pusat rawatan untuk berubat tetapi gangguan tetap ada dan semakin bertambah. Ahli Qariah tu tanya kepada Imam qariah mana tau ada tempat berubat gangguan yang sedang dialami olehnya.

Setelah berjumpa malamnya sesi terapi dimulakan. Kebelakangan ini mana-mana yang ada potensi meraga sukma saya layankan untuk explore apakah potensi yang ada dengan meraga sukma. Mula-mula pesakit lihat di dapur penuh dengan kaki-kaki sahaja dan berbau hamis,sesi pembersihan dibuat. Seterusnya di ruang tamu rumah kelihatan ada entiti yang negatif, pembersihan dilakukan , bilik tidur belakang rumah pesakit lihat ada jembalang tanah semuanya berjaya dilakukan.

Ada sekali pesakit bertanyakan bunyi cakaran di dinding rumahnya. Bila pesakit meninjau rupanya ada makhluk yang beragama Islam seperti beri isyarat kepada pesakit supaya jangan tengok TV dengan suara kuat kerana menganggunya untuk beribadat ditengah malam.

Sesi kedua adalah sesi pembalasan yang menghantar dan mengupah…Hehehe alhamdulillah berjaya dilakukan.

Akhirnya masalah gangguan telah berjaya diselesaikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s