Diari Rawatan 15 Disember 2013 – Kisah Poligami dan Putri Tujuh

SELAWAT JAUHARATUL KAMAL

اَللَّهُمَّ وَسَلِّمْ صَلِّ عَلَى عَيْنِ الرَّحْمَةِ الرَّبَّانِيَّةِ وَالْياَقُوْتَةِ الْمُتَحَقِّقَةِ
 بِمَرْكَزِ الْفُهُومِ وَالْمَعَانِي وَنُوْر ِاْلأَكْوَانِ الْمُتَكَوَّنَةِ اْلأدَمِيِّ
صَاحِبِ اْلحَقِّ اْلرَّبَّانِى اَلْبَرْقِ اْلأَسْطَعِ بِمُزُونِ اْلأَرْبَاحِ الْمَالِئَةِ لِكُلِّ مُتَعَرِّضٍ
مِنَ اْلبُحُوْرِ وَاْلأَوَانِى وَنُوْرِكَ اللاَّمِعِ الَّذِيْ مَلأْتَ بِه
كَوْنَكَ اْلحَائِطَ بِأَمْكِنَةِ اْلْمَكاَنِىّ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَيْنِ اْلحَقِّ الَّتِى تَتَجَلَّى مِنْهَا عُرُوْشُ اْلحَقَائِقِ عَيْنِ الْمَعَارِفِ اْلأَقْوَمِ صِرَاطِكَ التَّآمِّ الأَسْقَمِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى طَلْعَةِ اْلحَقِّ بِا الْحَقِّ اْلكَنْزِ اْلأَعْظَمِ
إِفَاضَتِكَ مِنْكَ إِلَيْكَ إِحَاطَةِ النُّوْرِ الْمُطَلْسَمِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ صَلاَة ًتُعَرِّفُنَا بِهَا إِيَّاهُ

Terjemahannya        

Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas hakikat rahmat rabbaniyya.Iaitu ilmu permata yang meliputi keseluruhan hakikat. Yang menjadi pusat segala kefahaman dan ma’na. Dan cahaya ciptaan segala kejadian yang tercipta (yang dibangsakan kepada anak Adam)(humanity) Dan cahaya ciptaan segala kejadian yang tercipta (yang dibangsakan kepada anak Adam)(humanity). Ia adalah tuan empunya bagi haq (kerja-kerja) rabbani (divinity). Ia bagaikan kilat yang terpancar seperti turunnya hujan yang mengalir memenuhi   setiap ruang yang menghadapnya. Sehingga memenuhi segala lautan ruang dan masa. Nur Engkau yang bersinar terang terpancar meliputi seluruh makhluk dan memenuhi segenap tempat. Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas punca bagi hakikat dan haq, yang mana terpancar daripadanya kemuncak hakikat-hakikat arasy iaitu zat makrifat yang paling kukuh (refer Al-Isra’ – 9). Iaitu Sirat Engkau yang paling sempurna dan paling istiqamah. YaAllah limpahkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang  merupakan mazhar (tempat zahir) haq dengan haq yang merupakan sumber gedung haqiqat yang agung. Tempat datangnya limpahan nur kasih yang meliputi gedung rahsia daripada Engkau kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas Nabi dan ahli keluarganya yang mana dengan    Selawat itu kami dapat mengenal dengannya akan Nabi SAW.

Image

(sekadar gambar hiasan)

Tenaga dalam Ilahi (TENDAI) – Bismillahirrohmanirrohim….

Saya mendapat panggilan telefon dari seorang wanita dari Sarawak ingin membuat temujanji untuk rawatan bagi rakannya berkenaan masalh poligami  dan persetujuan dibuat pada sebelah malam pada jam 10 malam. Sampai di rumah saya jam 11.30 malam kerana tak berjumpa rumah. Rawatan dilakukan pada rakannya dan beberapa barang perlu dibawa untuk sesi berikutnya, akan tetapi wanita yang menelefon saya memaklumkan tangannya menggeletar sejak masuk kerumah saya dan meminta memeriksa punca penyakitnya. Bila terapi dilakukan pesakit mula mendengus dan bertukar watak seperti panglima. Sesi pujuk selesai dan entiti bersetuju untuk tidak menganggu lagi. Selepas itu muncul pula putri tujuh dan dipujuk untuk keluar dan tidak menganggu lagi dan putri tersebut bersetuju untuk keluar.

Rawatan dihentikan melihat wanita tersebut dah tak larat nak meneruskan proses pengeluaran energi negatif dari tubuhnya..berkemungkinan lapar dan belum makan malam. Mengikut cerita dari wanita ini dia dahulunya ada belajar ilmu perubtan semasa di Sarawak akan tetapi menggunakan khidmat jin. Wanita ini mengaku berupaya menarik keris dan batu boleh keluar dari mulutnya sehinggakan semasa belajar di Pondok Pasir Tumbuh 10 orang sami menegelilinginya dan meminta wanita ini menarik harta yang ada di pondok tersebut. Sami tersebut mendakwa mereka menjumpai ‘kunci’ untuk menarik harta.

Mengikut diagnosis saya, wanita ini dijangka akan melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya tidak lama lagi tetapi ramai yang meminatinya, maka berkemungkinan  ada pihak-pihak yang cuba untuk mengaggalkan perkahwinan mereka.Wanita ini juga mengalami masalah tidak dapat tidur malam.  Ini ditambahkan bila berjauhan tiada masalah dan bila berjumpa rasa menyampah dan benci pada bakal suaminya itu. Alhamdulillah wanita tersebut semakin pulih dan semakin ceria.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s