Diari Rawatan 17 Disember 2013 – Botol Minyak Wangi Pecah Secara Misteri

Istighfar Kabir

Aku pohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Hidup lagi Mentadbir langit dan bumi, Maha Pengampun segala dosa, Empunya sifat Kehebatan dan Kemuliaan, Aku bertaubat kepadaNya dari semua maksiat seluruhnya dan segala dosa dan kesalahan, Dan dari setiap dosa yang telah aku lakukan, dengan sengaja dan tersalah pada zahir dan batin, perkataan dan perbuatan, pada seluruh gerak geriku, diamku, lintasan fikiranku dan nafasku seluruhnya sentiasa berkekalan, Dari dosa yang aku ketahui dan dari dosa yang aku tidak ketahui.
Sebilangan apa yang diliputi dengannya ilmu Allah dan yang dicatit oleh kitab dan yang digariskan oleh kalam dan sebilangan apa yang diadakannya oleh kekuasaan Allah dan yang ditentukannya oleh kehendak Allah, Dan sebanyak dakwat kalimat Allah seperti mana yang sayugia bagi sifat Jalal Zat Tuhan kami dan JamalNya dan kesempurnaanNya, Dan sebagaimana yang dikasihi oleh Tuhan kami dan Dia redhai.
Image
Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) –  Ada seorang bekas pesakit meminta datang memeriksa anak lelakinya katanya ada masalah gangguan. Pada mulanya untuk periksa tetapi bila di selidik barulah dapat tahu anak bekas pesakit tersebut sudah empat bulan tidak dapat ‘bersama’ dengan isterinya. Bila nak bersama maka burung punainya tidak dapat berdiri, layu selayu-layunya sehinggakan isterinya minta diceraikan. Ditambah lagi baru setahun melangsungkan perkahwinan.
Prosidur seperti biasa untuk rawatan. Pesakit dibekalkan dengan minyak wangi dan garam untuk mandian pada tengah malam. Bila saya balik ke rumah dan pesakit hendak memulakan mandian secara tiba-tiba botol minyak wangi telah pecah secara misteri di dalam mangkuk yang berisi garam (seperti gambar). Mandian ditangguhkan pada malam keesokannya. Malam keduanya adiknya pula terkena gangguan apabila berada di dalam bilik pesakit tadi. sambil berkata mahu mati berulang-ulang kali. Alhamdulillah rawatan dilakukan pada jam 1 pagi dan disudahi dengan mandian dan gangguan pun hilang. Masih menunggu maklumbalas dari pesakit dan akan di update kemudian….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s