Diari Rawatan 5 Nov 2013 – Amukan Serigala & Ular

Image(Sekadar Gambar Hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

Tenaga Dalam Ilahi – Alhamdulillah, bersyukur masih dikurniakan lagi nikmat kesihatan dan masa untuk berada di dunia sementara menunggu perjalanan seterusnya. Kali ini nak cerita berkenaan kisah rawatan yang berlaku pada hari rawatan.  Sampai dirumah pesakit jam 11.30 malam di Sri Kembangan selepas selesai rutin rawatan di rumah saya. Pesakit dikhabarkan telah mengalami gangguan misteri selama 9 bulan dan telah merata berubat sehinggakan pernah berjumpa dengan seorang perawat dan meminta dia minum minyak tanah. Melihat keadaan pesakit yang kerap kerasukan sehingga ada masa memmegang pisau untuk membunuh diri. Pesakit juga mengalami masalah jantung di mana satu dari tiga lubang dijantungnya telah tersumbat. Apabila malam tiba pesakit tidak boleh tidur dan berlarutan selama sembilan bulan.

Setelah mendapat sedikit gambaran, rawatan dimulakan dan terus pesakit melolong seperti serigala.  Pemutusan energi dilakukan dan pesakit tidak sedarkan diri. Kemudian pesakit melenggok seperti ular. Kaedah makrifat digunakan dengan mengelar perut ulat dan mencabut tulang ular dan pesakit terus lumpuh tidak dapat bergerak. Pesakit memaklumkan berada di tepi pantai yang sangat indah tetapi dia melihat terlalu banyak serigala dan makhluk-makhluk yang menyeramkan nak serang pesakit dan dia ternampak seorang wanita sedang memegang patung dan mencucuk jarum di dada dan sendi. Dia kata dia tak berani nak mendekati wanita tersebut kerana perlu menempuh serigala dan makhluk yang banyak. Sambil berdoa memohonnbantuan dari Allah pesakit bagitau telah ada di belakngnya berpuluh-puluh tentera berjubah putih siap dengan pedang arab dan panglima yang saya telah lupa namanya.

Peperangan dimulakan dan alhamdulillah pihak yang disana telah tewas. Meneruskan perjalanan dengan mengambil patung tadi dan membakar sehingga jadi abu dan buang di laut yang paling jauh sekali. Selepas itu satu rumah telah bau wangian gaharu. saya bertanya ada sesiapa yang pakai atau bakar kayu gaharu. Tiada yang membakar. Barulah ada satu suara dari badan pesakit yang berinteraksi dengan saya. Adalah beberapa perkara yang dimaklumkan yang saya tak boleh bagitau. Selesai terapi pesakit merasakan tubuhnya yang semakin ringan dan mengantuk yang amat sangat. Pembersihan rumah juga dilakukan selama tujuh hari. Sehari selepas selesai pembersihan rumah, Saya dimaklumkan oleh jirannya, pesakit telah meninggal dunia pada maghrib malam jumaat. Moga-moga arwah berada dikalangan orang yang beriman….Alfatihah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s