HAKIKAT SYAHADAT

Sesungguhnya sahadat adalah merupakan rukun islam yang pertama dimana seseorang itu ingin menjadikan islam sebagai cara hidupnya haruslah terlebih dahulu mengucap dua kalimah sahadat i itu:-
اشهدان لاله …الال واشهدان محمدارسول ال
Jadi sesungguhnya selagi sesorang itu tidak melafazkan dua kalimah sahadat maka selama itulah dia tidak boleh di iktiraf sebagai seorang islam.
Dalam pengertian syariat,dua kalimah sahadat itu ialah “aku menaik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku menaik saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sesungguhnya ramai diantara kita hanya pandai melafazkan ucapan dua kalimah sahadat itu tetapi jarang benar dikalangan kita cuba mengkaji atau sekurang2nya menyoal diri sendiri tentang hakikat pengertian hujung jatuhnya sahadat itu sendiri,kita lihat ibu bapa kita melafazkan sahadat maka kita pun turut berbuat demikian,namun begitu tak pernah bertanya kenapa kita harus melafazkanya.??
اشهدان لاله الال واشهدان محمدارسول ال
Dan kenapa kita pula tidak boleh melafazkan satu bentuk penyaksian yang lain daripada dua kalimah sahadat.
Disamping itu tidak kurang pula dikalangan kita bertanya kenapa LA ILA HA ILLAALLAH itu boleh membawa pengertian “tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah” sedangkan di dalam kalimah tersebut tidak pernah terdapat perkataan tuhan (RABB) dan tidak pula terdapat perkataan sembah (PAK BUDUUHU) tetapi di dalam pentafsiran erti baik bahasa oleh para ulama syariat ada
perkataan “tuhan” dan “sembah” dan kenapa pula sahadat tersebut tidak boleh dikatakan begini……
لربي فاعبدوني ال ال
yang mungkin lebih sesuai untuk diberi erti “tiada tuhan yang disembah melainkan Allah” tetapi islam tetap mengunakan lafaz sahadat dengan.. لاله الال
yang membawa pengertian kepada tiada yang nyata hanya Allah.
ل اله ال
ال
TIADA NYATA HANYA ALLAH
Jadi boleh disimpulkan di sini bahawa pengertian yang dibuat oleh para alim ulama syariat adalah jauh,tidak menepti daripada matlamat sebenar yang hendak dinyatakan oleh sahadat itu sendiri disamping itu soalnya apakah perkataan Allah di dalam sahadat itu boleh di samakan kepada tuhan dan apakah sebenarnyabegitu..??
Begitu juga apabila kita melafazkan .. محمدارسول ال
itu apakah benar membawa satu pengertian kepada “Nabi Muhammad itu persuruh Allah” jika benar begitu kenapa Nabi Adam Alaihimusallam bapa sekalian manusia juga mengucap sahadatnya dengan mengkhabarkan sahadatnya itu dengan lafaz Muhammad Rasulullah dan seterusnya Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan rasul2,wali2 Allah sebelum zahir Nabi Muhammad saw mengucap dengan
ucapan yang sama atau dalam hal yang lain ada dikalangan kita akan berkata nabi2 sebelum zahirnya Nabi Muhammad mengucap dengan cara lain, jika benar begitu apakah mereka difahamkan bahawa islam itu hanya baru ujud pada zaman Muhammad saw dan benarkah islam tidak pernah ujud sebelumnya,dan jika benar ucapan Muhammad RasuluLlah itu fahaman kepada Nabi Muhammad,kenapa pula Nabi Muhammad juga mengucap seperti kita mengucap sekarang,dan kenapa pula RasuluLlah tidak mengucap begini…
واشهدن لربى فاعبدوني ال ال واشهدانا رسول ال
yang lebih sesuai membawa kepada pengerian “aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa akulah persuruh Allah” Pendek kata banyaklah lagi persoalan2 yang harus ditanya oleh kita apabila kita melangkah dan berusaha mencari dan menggali pengertian sahadat yang benar,justeru itu marilah kita membincangkan bersama2 akan hakikat sahadat mengikut pandangan hakikat dan makrifat dan marilah kita sama2 menggali makna hujung jatuh sahadat itu sendiri agar kita sama2 dapat memahaminya dengan mendalam dan dapat pula berpegang dengan pemahaman kita itu.
Adapun kalimah sahadat itu adalah:-
اشهدان لاله الال واشهدان محمدارسول ال dan sesungguhnya اشهدان لاله الال
adalah dinamakan sahadat tauhid dan..
واشهدان محمدارسول ال adalah pula sahadat rasul.
Sebab kalimah..LAILAHAILLALLAH.. dinamakan sahadat tauhid adalah didalamkalimah tersebut kita bersaksi dengan penuh rasa bahawa tiada yang lain hanyaAllah semata2 tiada bersekutu baginya dalam segala2 hal dan tiada sesuatu punyang bercampur aduk denganya kecuali DIA sendiri,oleh itu kita bersaksi dengan
diri kita sendiri tiada yang nyata pada kita hanya Allah semata2,kita nafi tubuh kita dan kita isbatkannya kepada Allah semata2 (diri batin kita)
Adapun kalimah واشهدان محمدارسول ال itu dinamakan sahadat rasul,sebab pada kalimah ini kita melafazkan bersaksi bahawa yang  menyampaikan dan menanggung diri rahsia Allah adalah Muhammad iaitu diri zahir kita,dan dengan melafazkan kalimah tersebut maka
berikrar dan bersaksilah kita dengan diri kita sendiri bahawa diri zahir kita tetap akan menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya buat selama2nya. Adapun hakikat ketuhanan itu adalah diri batin kita (ruhani), dan hakikat kerasulan itu adalah diri zahir kita (jasmani)
Diri batin adalah sebenar2 diri yang menyatakan rahsia tuhan dan untuk menyatakan diri rahsia Allah tersebut adalah diri zahir kita…jadi diri zahir kitalah yang menyatakan rahsia ketuhanan Allah Taala,oleh yang demikian diri zahir kitadigelar HAKIKAT RASUL.
APABILA KITA MELAFAZKAN:-
ل اله ال ال TIADA NYATA HANYA ALLAH
MAKNAYA: tiada nyata hanya Allah….dari sini jelaslah kalimah
LAILAHALILLAH itu sudah terang diri batin kita,bila saja kita melafazkan kalimah tersebut dengan jelas kita memperakui dengan sesungguhnya bahawasanya tiada nyata hanya DIAlah Allah yang dikandung oleh tubuh zahir kita.
ADAPUN KALIMAH: MUHAMMADRASUL ALLAH pula menyatakan diri kasar kita kerana hakikat bentuk manusia itu berhakikat dengan huruf M U H AM M A D ,
justeru itu menakala kita melafazkan kalimah.
اشهدان لاله الال واشهدان محمدارسول ال
Maka kalimah yang telah dilafazkan itu adalah meliputi pada menyatakan diri batin dan diri zahir kita (ruhani dan jasmani) iaitu kita menyaksikan bahawa yang dikandung oleh diri kasar ini adalah diri rahsia Allah Taala dan diri kasar inilah merupakan sarung, seperti firman Allah yang bermakna :MANUSIA ITU ADALAH RAHSIAKU DAN AKULAH RAHSIANYA”. Allah Taala telah mengurniakan manusia untuk memegang dan bertangungjawab terhadap rahsia yang ditanggung oleh manusia itulah Allah Taala memberi satu
penghormatan besar terhadap kejadian manusia…seperti firman-Nya….لقدخلقنا النسان في احسن تقويم
sesungguhnya Aku kurniakan akan manusia itu satu kejadian yang sebaik2nya.Kejadian manusia adalah satu2 kejadian yang paling rapi,elok tersusun pada zahir dan batin,duduknya kemuliaan manusia adalah kerana manusia sahajalah kejadian Allah yang sanggup memegang rahsianya,sedangkan sebelumnya Allah sendiri
pernah menawarkan rahsia ini kepada langit,bulan,bukit untuk menanggungnya tetapi semuanya makhluk kejadian tersebut tidak mempunyai kesanggupan untuk menanggungnya:- seperti firman Allah yang bermaksud:” sesungguhnya rahsia aku ini pernah aku taruhkan kepada langit,bumi,gunung-ganang tetapi mereka enggan
menerimanya kerana takut mengabaikannya,tetapi yang sanggup menerima adalah manusia”.
Dari itu apabila kita mengucap akan kalimah
اشهدان لاله الال واشهدان محمدارسول ال
maka bererti kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah semata2 dan tubuh zahir kita ini adalah tukang penyata rahsia Allah semata2.
Adapun solat itu adalah berdiri menyaksikan diri kita sendiri,kita menyaksikan bahawa diri kitalah yang membawa dan menanggung rahsia Allah Taala dan tiada sesuatu pada diri kita hanya rahsia Allah semata2,tiada satu jua pun yang kita punya kecuali hak Allah semata2,jika diibaratkan kita ini hanya sebagai sebuah kotak radio yang hidup dengan mengharapkan siaran dari station besar
semata2,dan perlu di ingat bahawa berfungsinya radio tersebut kerana dapat menerima gelombang siaran dari station besar,yang demikian jika habislah siaran atau rosaknya penerimaan siaran maka sudah tentu kotak radio tersebut akan dibuang menjadi sampah,maka begitulah kita. Kita akan berguna di sisi Allah jika kita dapat menanggung amanah rahsia itu serta dapat berfungsi dan bertindak mengenal diri kita sendiri,kerana apabila kita berjaya dapat mengenal diri kita,maka dengan itulah pula kita dapat mengenal diri Allah itu sendiri…firman Allah dalam hadis qudsi…..
من عرف نفسه فقد عرف ربه
ertinya,barangsiapa mengenal dirinya maka kenallah tuhannya.
Oleh itu jika kita tidak mengenal diri kita,maka kita adalah lebih hina daripada sampah di sisi Allah.
Adapun sembahyang/solat itu bukanlah sekali ertinya menyembah kerana apabila disebut sembah,maka sudah tentu membawa pengertian bahawa ada yang menyembah dan ada pula yang kena sembah dan tiap tiap yang disembah sudah pasti ada di hadapan yang menyembah. Justeru itu bagaimana halnya dengan Allah yang bersifat bersalahan dengan benda-benda itu ujud,ujud dihadapan untuk di sembah,dan jikalau Allah di hadapanya maka ertinya Allah bertempat,jika ini iktikad kita maka kafirlah kita jadinya.Lagi pun bagaimana boleh dikatakan sembahyang itu boleh disifatkan
menyembah sedangkan manusia itu sendiri pun adalah diri rahsia Allah seperti firman Allah dalam Hadis Qudsi; النسان سري وانا سره “ertinya : manusia itu adalah rahsiaKu dan diri Akulah rahsianya”.
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa sembahyang itu sebenarnya adalah satu istiadat menyaksikan diri sendiri dan sesungguhnya diri kita itu adalah kepunyaan Allah semata-mata.Dan sugia di ingatkan bahawa keadaan yang dinyatakan di atas bukanlah sekali kita boleh beriktikad bahawa Allah Subhanahuwatallah itu duduk di dalam diri kita,jika kita beranggapan bergitu maka kafirlah jadinya dan
keadaan yang diterangkan di atas juga bukan sekali-kali boleh beriktikad bahawa diri batin kita (ROH) itu tuhan dan bertuhankan diri,maka berbuat demikian kafir pula jadinya. Perlu di ingatkan bahawa kita adalah sebagai kotak radio yang menerima gelombang radio dan rahsia radio,maka untuk menyatakan rahsia radio tersebut
adalah station yang memancar siaranya ke kotak radio,maka berbunyilah radio seperti mana asalnya di station besar.Begitu dengan Allah,Dia memuji diriNya dengan diri rahsiaNya yang dikandung oleh manusia.Seperti firman Allah didalamHadis Qudsi yang bermaksud:
AKU SUKA MENGENAL DIRIKU SENDIRI,
LALU AKU JADIKAN MAKHLUK INI,
LALU AKU PERKENALKAN DIRI AKU,
KEPADA MEREKA DAN LALU MEREKA,
PUN MENGENAL AKU.
Bermula yang dimaksudkan dengan makhluk di dalam hadis qudsi di atas adalah manusia. Adapun yang dikatakan sembahyang itu berdiri menyaksikan diri kerana semasa
sembahyang kita wajib berkata :” اشهدان لاله الال واشهدان محمدارسول ال “. ertinya bersaksilah aku bahawa tiada yang nyata kecuali Allah (diri batin) dan bersaksilahaku bahawa Muhammad (diri zahir) itu adalah penyaksian Allah (diri batin). Di sini terang dan jelaslah bahawa kalimah penting itu di lafazkan oleh kita bagi tujuan supaya menilik diri kita dengan matahati kita,bahawa akulah yang membawa rahsia Allah,dan kita menilik dengan mata zahir dan batin kita bahawa
kita adalah Allah semata-mata tiada sesuatu pada kita hanya Allah semata-mata. Ucapan penyaksian ini bukanlah sahaja dilafazkan oleh lidah malahan dikatakan bersama oleh semua anggota zahir dan batin kita,masing-masing serentak berdirimenyaksikan diri ini adalah Allah semata-mata,( ( بالحق الال Maka di saat melafazkan sahadah tersebut maka gementarlah seluruh tubuh jiwa raga orang arifin billah,maka disaat itu terasalah oleh mereka satu kelazatan yang amat sangat,tiada bahasa yang boleh diterangkan di sini kecuali diketahuilah sendiri oleh mereka yang mengalami dan sampai pula ke martabatnya.
Untuk menegaskan hal di atas Allah Subhanahuwatallah telah  berfirman di dalam
Al-Quran : إنماالموءمنون الذين إذاذكرال وجلت قلوبهم وإذاتليت عليهم ابته زادتهم ايماناوعلى ربهم يتوكلون
: ertinya” sesungguhnya bagi mereka yang beriman apabila sahaja disebut Allah nescaya gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat-ayatNya bertambah iman mereka kepada Allah mereka bertawakal.
Adapun اشهدان لاله الال ertinya bersaksilah aku tiada yang nyata hanya Allah,iaitu bersaksilah aku dengan telingaku,mataku,otakku,kulitku,dagingku,kakiku, dan
seluruh tubuhku yang zahir dan batin aku,tiada yang nyata kecuali Allah jua.Aku melihat dan mendengar dengan penglihatan Allah dan pendengaran Allah,tiada aku merasa ,Allah lah merasa,tiada aku berkehendak,Allah lah yang berkehendak, tidak aku berkuasa,Allah lah yang berkuasa…tidak….tidak…tidakkkk…HANYA ALLAH SEMATA-MATA.
Seperti firman Allah; فاءينما تولوا فثم وجه ال …”Dimana sahaja kamu berhadap di situlah wajah Allah”.
Cara ini adalah dengan kita menafikan diri kita yang zahir ini dan mengisbatkan diri kita yang batin (Allah).
Adapun واشهدان محمدارسول ال ertinya “dan bersaksilah aku bahawa diriku yang zahir ini adalah menanggung diri rahsia Allah semata-mata.
Di dalam kalimah ini kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa diri kita jasmani inilah yang menanggung dan membawa rahsia Allah (diri batin) dan diri kita yang zahir inilah juga yang menjadi dalil awal akan ujudnya Allah Tuhan semesta alam.
Dengan yang demikian fahamlah kita bahawa kalimah sahadat itu adalah kalimah hakikat yang menyatakan penyambungan diantara badan jasmani dengan badan ruhani kita,ianya tidak boleh dipisahkan dan diceraikan diantara satu dengan lain. Oleh kerana kita faham dengan hujung jatuhnya kalimah sahadah itu adalah hakikat penyambungan diantara ruhani dengan jasmani,maka setengah ulama’ berpendapat bahawa tidak wajar bagi kita untuk melafazkan kalimah sahadah tersebut secara mewakafkan bacaan dimana-mana bahagian kalimah dua kalimah sahadah tersebut,adalah tidak kita mewakafkan di kalimah ALLAH seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang jahil di dalam hakikat dua kalimah sahadah,kerana pada hakikatnya kita telah mengetahui bahawa tubuh kalimah dua
sahadah tersebut adalah gabungan ruhani dan jasmani kita.
Adapun ucapan dua kalimah sahadah yang hanya disebut dilafazkan dimulut tanpa mengerti apakah sebenar hakikat sahadah tersebut adalah dinamakan sahadah tanda,hujung jatuh akan hakikat sahadah tanda ini adalah bertujuan supaya satu-satu masyarakat yang mengaku diri mereka islam,turut sama mengiktiraf bahawa manusia yang mengucap dua kalimah sahadah semacam tadi adalah berugama islam seperti mereka juga. tetapi sebenarnya sahadah sedemikian
itu adalah kosong dan tidak memberi erti apa-apa serta tidak bermaya, ertinya jika di ibaratkan besi maka besi seperti inilah besi tawar yang tidak pernah mengerti apa makna tajam,ia hanya bergelar besi tetapi tidak berguna untuk apa-apa jua pun kerana perlu di tegaskan bergunanya besi bagi sebilah pisau adalah kerana tajamnya.Tajam itulah sebenar benar tubuh pisau itu,oleh sebab itu bagi mereka yang hanya mengerti melafazkan dua kalimah sahadah tetapi jahil daripada mengerti hakikat sahadah maka manusia begini adalah manusia islam minannas dan ianya bukan sekali kali islam minallah,oleh itu untuk menjadi islam minallah maka seseorang itu haruslah mengerti dan mengetahui dan memahami serta dapat
duduk pada hakikat sahadah sebenarnya.
HURUF2 KALIMAT SAHADAT 24 HURUF MELAMBANGKAN 24 JAM SEHARI SEMALAM.
——————————————————————————————————–
لاله الال محمد رسول ال
ل ا ا ل ه ا ل ا ا ل ل ه م ح م د ر س و ل ا ل ل ه
Adapun kalimah sahadat ini hendaklah dijadikan darah daging kita pada siang malam selama 24 jam ertinya hidup kita,mati kita,bangkit kita dihari kiamat nanti adalah dengankalimah sahadat :
لاله الال محمد رسول ال
لاله نحي وعليها,وعليا نموت وعليها نبعث ان شاء ال كان من المنين
ertinya:hidupku didalam dunia ini,matiku dan bangkitku dihari akhir nanti didalam kalimah (sahadat) dan insallah aku menjadi orang yang amin. disamping itu diingatkan bahawa didalam kalimah tauhid jiga mengandungi 24 huruf semuanya bagi menandakan kehidupan manusia 24 jam dalam sehari semalam sebagaimana yang dinyatakan dalam bab yang lalu bahawa kalimah sahadat itu adalah
pada menyatakan perihal diri ruhani dan jasmani kita.Kalimah ini adalah tersangat penting didalam penghidupan kita untuk menuju kepada Allah Subhanahu wataala.
Oleh itu janganlah dipisahkan manusia sama sekali dua kalimah sahadat didalam kehidupan kita,jika ingin menjadi manusia yang diredhai di dunia dan diakhirat dan jangan sekali2 kita mati tanpa kalimah sahadat.
لاله الال محمد رسول ال
لاله الال محمد رسول ال
ل ا ا ل ه ا ل ا ا ل ل ه م ح م د ر س و ل ا ل ل ه
( 24 huruf)
(bagi mengisyaratkan kehidupan/penghidupan manusia 24 jam sehari semalam.) Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap. Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri.
“Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah” (Al-Qur-an) “Ke mana saja kamu memandang”, sama ada dengan deria atau akal atau khayalan, maka di situ ada Wajah Allah”. Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan
semuanya adalah “La ilaha illalLah” (Tiada Tuhan Melainkan Allah).
Dalam “La ilaha illalLah” semua wujud ada terkandung, iaitu Wujud Semesta Raya dan Wujud secara khusus; atau Wujud atau apa yang dianggap Wujud; atau wujud Hakiki dan Wujud makhluk.
Wujud makhluk tertakluk kepada kepada “La ilaha” yang bererti bahawa segala-galanya kecuali Allah adalah kosong(batil), iaitu dinafikan bukan diisbatkan. Wujud Hakiki termasuk dalam “illaLlah”. Oleh itu semua kejahatan tertakluk di bawah “La ilaha” dan
semua yang dipuji tertakluk di bawah “illaLlah”. Semua wujud terkandung dalam mengisbatkan Keesaan (La ilaha illaLlah) dan anda
mesti memasukkkannya juga dalam menamakan hamba yang paling mulia (dalam mengatakan Muhammadun RasuluLlah).
“Muhammadun RasuluLlah” ini mengandungi tiga alam.
Muhammad itu menunjukkan Alam Nyata(Alam Nasut); iaitu alam yang boleh dipandang dengan deria(senses).
Rasul itu menunjukkan Alam Perintah(Alam Malakut); iaitu Alam batin berkenaan rahsia-rahsia tanggapan yang mujarad; dan ini terletak antara yang muhaddas dengan Yang Qadim.
Nama Ilahi(Allah) itu menunjukkan Alam Pertuanan(Alam Jabarut). Lautan darinya terpancar pengertian dan tanggapan.
“Rasul” itu sebenarnya pengantara yang muhaddas dengan Yang Qadim; kerana tanpa dia tidak akan ada wujud, kerana jika yang muhaddas bertemu dengan yang Qadim, maka binasalah yang muhaddas dan tinggallah Yang Qadim.
Apabila Rasul diletakkan pada tempatnya yang wajar pada kedua itu, maka barulah alam ini diperintahkan, kerana pada zhohirnya ia adalah hanyalah seketul tanah liat, tetapi batinnya ia adalah khalifah Allah. Pendeknya, maksud mengisbatkan Tauhid itu tidaklah sempurna dan tidaklah meliputi tanpa diisbatkan Keesaan atau Tauhid Zat, Sifat dan Lakuan. Pengisbatan itu difahami dari “Muhammadun RasuluLlah”.
Apabila seorang ahli Makrifat berkata “La-ilaha illaLlah” maka ia ketahui pada hakikatnya bukan hanya pada majazi sahaja, iaitu tidak ada jalan lain melainkan Allah.
Oleh itu wahai saudaraku, janganlah hanya mengucapkan dengan mulut saja syahadah yang mulia ini, kerana dengan itu mulut sajalah yang akan mendapat manfaatnya. Dan ini bukanlah matlamat yang hendak dituju. Yang pentingnya ialah Mengenal Allah sebagaimana Ia sebenarnya.
“Allah itu dahulu seperti Ia sekarang jua tanpa sekutu, dan Ia sekarang seperti Ia dahulu jua”.
Fahamilah ini, dan anda tidak akan dibebankan lagi dengan penafian, dan tidak ada yang tinggal bagi anda lagi melainkan pengisbatan agar apabila anda berkata anda akan berkata; “Allah, Allah, Allah”. Tetapi kini hati anda dibebankan dan pandangannya lemah. Semenjak anda dijadikan anda hanya berkata; La-ilaha…….. tetapi bilakah
penafian itu akan berkesan?. Bahkan ia tidak berkesan kerana penafian itu hanya dengan lidah sahaja. Jika anda nafikan dengan Akal iaitu dengan Hati anda dan rahsia anda yang paling dalam, maka seluruh alam ini akan lenyap dari pandangan anda dan anda akan
lihat Allah sendiri, bukannya diri anda sendiri dan juga makhluk-makhluk lain. Kaum Sufi menafikan wujud yang lain kecuali Allah. Maka mereka mencapai kedamaian dan kerehatan dan terus memasuki KalamNya. Mereka tidak akan keluar lagi. Tetapi penafian
anda tidak ada langsung hujungnya…………
Ghirullah(selain Allah) tidak akan lenyap dengan hanya mengatakan “tidak” dengan lidah sahaja; dan belum sempurna juga lagi dengan mata keimanan dan keyakinan, tetapi akan lenyap dengan pandangan secara langsung dan berhadapan muka.
“Sesungguhnya Allah itulah matlamat anda yang terakhir” (Al-Qur’an). Dialah sumber segala-galanya. Maka anda tidak perlu lagi nafi dan tidak perlu isbat. Ini adalah kerana Yang Wajib itu telah memangnya isbat walaupun belum anda isbatkan, dan yang ghairullah itu sememangnya nafi walaupun sebelum anda nafikan. Tidakkah anda ingin menemui guru yang dapat mengajar anda bagaimana menafikan ghairullah dan membawa anda kepada kedamaian di mana anda dapati tidak ada yang lain kecuali Allah?. Maka barulah anda hidup dengan Allah dan dapat menjadi penghuni “Dalam tempat tinggal orang-orang yang ikhlas di Majlis Tuhan Yang Maha Agung”, dan ini adalah semuanya hasil daripada ingat anda dan makrifat anda bahawa “Tiada Tuhan selain Allah”.
Anda tahu kata-kata Syahadah itu sahaja dan yang paling dalam yang anda tahu ialah berkata; “Tidak ada yang patut disembah melainkan Allah”. Ini adalah pengetahuan orang-orang awam(biasa) tetapi apakah kaitannya dengan pengetahuan atau ilmu orangorang
Sufi?.
Pengetahuan anda yang sekarang itulah yang menghalang anda memahami pengetahuan orang-orang pilihan(Sufi). Masihkan anda menafikan pengetahuan yang didapati dari bimbingan guru menuju Hakikat, padahal mereka yang dipimpin itu memandang tidak
yang wujud kecuali Allah? Mereka bukan sahaja mengenal Allah dengan Iman dan keyakinan saja, tetapi mereka memandang dengan cara pandangan yang terus tanpa halangan. Omong kosong tidak sama dengan melihat, bertemu muka.
Rujuklah mereka yang arif billah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s