Belasungkawa : Syeikh Hassan Bangkok ( 10.10.2013)

ImageBismillahirrohmanirrohim…

Dapat SMS dari teman memberitahu Syeikh Hassan Bangkok telah kembali kerahmatullah magrib tadi (malam Jumaat). Alhamdulillah berkesempatan menziarahi kali pertama pada 6 Disember 2012 ketika almarhum masih sihat. Rajin berbual dan becerita kenangan masa mudanya.

Kemudian pada 4 Oktober 2013 perasaan ingin menzirahi almarhum begitu kuat dan saya memaksakan diri saya pergi ke Gurun, Kedah pada 5 Oktober bersama seorang teman yang mahu mengikuti menziarahi beliau. Ketika di rumahnya beliau kelihatan begitu tenat. Walaupun begitu almarhum sentiasa sibuk berzikir.

Dan menjelang maghrib 10 Oktober 2013 bersamaan 5 Zulhijah 1434, beliau telah kembali kerahmatullah  dan akan dikebumikan selepas solat jumaat hari ini. Berusia 139 tahun. Belajar pondok selama 20 tahun. Merupakan mursyid tarikat Syaziliah. Almarhum juga merupakan qadhi di Bangkok Thailand.

Semoga Allah ampunkan dosanya, terima amal ibadahnya, ditinggikan darjatnya dan ditempatkan ruhnya di tempat yang terbaik disisiNya

Alfatihah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s