Diari Rawatan 18 September 2013 – Kubur Berlubang

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang maha pemurah lagi Maha Penyanyang)

Tenaga Dalam Ilahi  – Alhamdulillah segala puji hanya untuk Allah , tuhan pentadbir sekalian alam.

Dapat panggilan telefon dari seorang wanita meminta datang ke rumahnya bagi merawat ayahnya yang telah terlantar tanpa sakit selama lima tahun. Katanya dah merata berubat belum bertemu “rasi”. Kelihatan si ayah kurus kering hanya kulit dan tulang yang tinggal.

Dengan bertawakal kepada Allah rawatan dimulakan dengan pembersihan rumah selama 7 hari. Sekiranya tidak berjaya rawatan susulan akan dijalankan. Pada malam 20 september jam 2 pagi dapat panggilan si ayah telah kembali kerahmatullah. Ingatkan dah selesai. Waris menelefon semula menceritakan keadaan si ayah yang meninggal dunia dengan mata terbeliak. Bila dimandikan juga masih terbeliak. Ingatkan habis di situ. Hari keempat waris menelefon lagi memberitahu kubur si ayah berlubang semasa dia menziarahi kubur. Dia pun menutup kembali lubang tu. Keesokan harinya bila si waris menziarahi kubur masih lagi berlubang. dia cuba seluk dengan tangan sehingga ke ketiak masih dalam lagi lubangnya. Warisnya pun timbus kembali lubang tersebut dan menelefon saya menceritakan situasi ini.

Masih teringat pesanan sang guru satu ketika dahulu mempelajari ilmu perubatan ” keadaan kubur berlubang adalah disebabkan si arwah dikebumikan bersama-sama dengan “barang” di tubuhnya. Kubur berlubang disebabkan “barang” itu kembali ke asalnya. Kemungkinan ini akan berterusan selama 41 hari.”

Pesan saya banyakkan bacaan alquran,yassin dan tahlil dihadiahkan kepada arwah sehingga 41 hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s