Diari Rawatan 5 Julai 2013 – Adeh, nenek dah sakit 34 tahun…

Image(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim….

TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI) – Rawatan adalah kali ketiga dalam tempoh seminggu. Menantunya merupakan seorang jurutera di sebuah jabatan kerajaan. Dah dua tahun sakit perut yang tak tahu puncanya. Ke hospital pakar pun pergi namun punca yang tidak diketahui. Seorang bekas pesakit telah memberikan no telefon saya kepadanya pada Jumaat malam minta datang dengan segera sementara saya ada urusan lain yang tak dapat dielakkan. Saya bagitau akan datang pada pagi Ahad ( 1 Julai -Rawatan kali pertama). Bila sampai ke rumahnya dia pun terkejut  sakit perutnya tiba-tiba hilang. Sebelum itu pada paginya seorang ustaz telah dipanggil untuk menghilang masalahnya namun gagal. Saya dah agak gangguan ni nak ajak  ‘bermain-main’ dengan saya. Pemeriksaan pada tubuhnya menampakkan tiada langsung gangguan. Nampaknya ganguan bersifat on-off. Pesakit saya minta buat mandian7 hari dan zikir untuk mantapkan kekuatan tubuh. 2 hari tiada gangguan. Hari ketiga sebelum pergi kepajabat pesakit telah mengalami sakit perut lagi. Allah bagi ilham untuk dia buat sesuatu dalam masa 10 minit sakitnya terus hilang (pada kebiasaanya memakan masa 5-6 jam). Alhamdulillah.

Seterusnya kali ketiga  pesakit diijazahkan dengan amalan silam untuk sumpahan bagi bisa dan besi dan diamalknn pada bulan puasa ini.

Rawatan seterusnya pada isterinya yang sakit di belakang lutut dan kaki. Kelihatan beberapa jarum telah di cucuk di belakang lutut isterinya dan tali diikat pada ibu jari. Selepas di buang terus sakitnya hilang..alhamdulillah.

Mertuanya meminta untuk memeriksa sakitnya pula. dah lama sakitnya dalam 34 tahun dan dahsampai ke siam untuk berubat. Pesakit di minta berzikir dan kelihatan sungai dan rumah yang menyihir. Pembersihan dilakukan dan saya meminta pesakit melihat di sekitar tubuhnya. terdapat seorang ‘lelaki’ di sebelah kanannya. Saya minta pesakit berkomunikasi dengannya dan dia bersetuju untuk membuka semua ikatan-ikatan di tubuh makcik tadi dan menarik semua bisa-bisa dalam tubuhnya. Makcik tersebut terasa lebih ringan. Saya mengingatkan supaya walaupun telah sihat zikir yang diajar jangan dilupakan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s