Diari Rawatan 27 Jun 2013 – Nasi Lemak Oh Nasi lemak

nasi lemak

Bismillahirrahmanirrahim…(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

Alhamdulillah…Syukur kepada Allah Tuhan semesta alam. Segala puji bagi-Nya yang mentadbir langit dan bumi. Bencana jerebu telah beransur pulih dan di boleh dikatakan sudah normal. Apakah pengajaran dari alam yang kita dapat dari fenomena jerebu ini…..

Jerebu kita nampak, kita rasai kesannya dan kita sakit kerananya…jerebu di dalam hati terlalu kelam sehingga kita sendiri tidak nampak namun sakitnya terasa apabila kita tidak merasai ketenangan sejati; menyebut nama Allah tidak rasa gentar, mengingati akhirat tidak terasa nyaman dan zikir tidak meredam kalbu dalam perasaan damai dan tenteram…

Ditakrifkan jerebu hati ialah bila mana hati seseorang itu terhalang drp mengambil tahu ilmu yg berkaitan tentang Allah dan Rasul saw.Tidak terlihat sebarang cenderung hati nya terhadap ilmu tersebut (yakni ilmu agama) Jarak penglihatan antara mata hati nya terhadap ilmu agama langsung tidak wujud. Lalu kita menunggu hujan turun buat mengusir kelam jerebu…maka apakah hujan untuk jerebu hati ini?

Maaflah melalut sikit dari tajuk…

Baru diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis sepatah dua kata dalam blog ini kerana kesibukan isu jerebu yang melanda negara.

Malam tersebut saya di hubungi oleh jiran belakang rumah seorang stokis produk Anugerah meminta saya membantu pelanggannya yang merupakan seorang pemilik dua buah kedai menjual nasi lemak di Putrajaya dan Serdang.Pemilik tersebut datang dan menceritakan mimpi aneh  semasa tidur, tidak boleh tidur malam dan macam-macam lagi. Sehinggakan tidak mahu pergi ke kedai untuk menjual nasi lemaknya.  saya juga kerap membeli nasi lemak dikedainya dan memang antara kedai yang ramai pelanggan. kedai belum buka pun dah ramai yang menunggu untuk mebeli nasi lemaknya.

Saya meminta pesakit tersebut duduk dihadapan saya dan buat zikir. Sambil zikir saya mohon pada Allah moga disembuhkan penyakitnya. Mula-mula pesakit tidak merasakan apa-apa. lima minit kemudian pesakit mula merasakan kepanasan di kepalanya. Saya pun rasa bahangnya  telapak tangan . Selepas itu pesakit terasa kebas di tangan kiri dan diikuti tangannya mula menggeletar tanpa dikawal. Lebih kurang 30 minit terapi, rawatan dihentikan dan meminta pesakit mandi untuk pembersihan selama 7 hari berturut dan minum. juga meminta pembersihan kedainya selama 3 petang.

Moga Allah beri kesembuhan kepada pesakit ini. Amin.

One response to “Diari Rawatan 27 Jun 2013 – Nasi Lemak Oh Nasi lemak

  1. Assalamualaikum tuan.. Alhamdulillah saya betemu laman tendai ni.. saya amat tertatrik dgn laman ni disebabkan diari rawatan tuan.. cerita yg dikongsi amat menarik.. saya doakan agar terus dgn usaha murni tuan membantu orang dijalan Allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s