Diari Rawatan 14 Jun 2013 – Ribut

Image

Bismillahirahmanirrahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah selama ini. Segala puji-pujian, kekuasaan, kehebatan, keagungan hanya untuk Allah, Raja sekalian Raja, Pemerintah sekalian Pemerintah, ditanganNYA segala
kekuasaan.  Wahai Allah sesengguh kami hamba Mu yang dhaif, lemah, tidak ada apa-apa ya Allah. Ya Allah, Selamatkanlah kami dari segala sifat takabur dan riak.

Malam tersebut saya dapat panggilan seseorang dari Seri Kembangan nak berjumpa pada malam tu juga. Dalam 30 minit seorang lelaki datang ke rumah dalam keadaan gelisah. Katanya dah 3 minggu dia rasa sakit di jantung, pinggang, kaki bahu dan kepala. Telah berjumpa beberapa pakar di hospital swasta namun penyakit yang dihidapi tak kunjung kebah. Khabarnya tahun ini dia dan isteri akan menunaikan haji. Bila mula berjinak-jinak dengan amalan penuyakitnya semakin kronik.

Rawatan di mulakan dengan doa permohonan moga Allah membantu dalam setiap urusan hambanya. Bila memegang belikat lelaki ini, terus lelaki ini kerasukan dan muntah muntah. Kesakitan semakin terasa di seluruh tubuhnya seperti api yang membakar. Lebih kurang 30 minit penyakitnya mula berkurangan. pesakit dibekalkan air untuk minuman dan mandian serta zikir.

Petang esoknya dalam jam 4 petang dapat panggilan dari isterinya memberitahu suaminya sedang kerasukan di rumah. Saya bergegas pergi ke rumahnya. Pesakit berbahasa Siam dan cina. maksud percakapan memang tidak difahami. Semasa terapi pesakit sekejap sedar sekejap kerasukan. Saya meminta menyediakan air untuk mandian. Bila memandikan lelaki ini..dia menggigil kesejukan yang teramat sangat seperti terkena ais. Selepas itu dia merasakan satu angin kuat datang kepadanya sampai rumah pun hampir roboh dan pokok-pokok tercabut. Bila dia tanya saya saya bagi tau takda apa-apa yang berlaku.

Alhamdulillah lelaki ini semakin pulih dari gangguan yang di hidapi. Mudah-mudahan Allah bantu untuk sembuhkan gangguan secara total. Amin.

2 responses to “Diari Rawatan 14 Jun 2013 – Ribut

  1. salam malam en..en ada ijazah ilmu penggerun tak?..mahar berapa en?..

    Tenaga Dal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s