Diari Rawatan 20 September 2012 -Cincin Pusaka

(gambar hiasan)

Bismillahhirrohmanirrohim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Tenaga Dalam Ilahi  (TENDAI)-  Malam Jumaat lepas Isyak, dapat panggilan dari Putrajaya ada kes kerasukan. Maka dengan tawakal saya pergilah ke alamat rumah yang diberikan. Sampai saja di rumahnya suaminya memberikan sedikit penerangan. Rupanya sejak jam 6.30 petang dah mula kerasukan. Dengan  doa kepada Allah rawatan dimulakan. Yang pertama keluar bernama Hasnah. Alhamdulillah dia keluar. Kemudian keluar yang lain pula dapat diislamkan dan dihantar ke Mekah untuk belajar agama. Keluar pula jin Hindu. Katanya jin ini dia masuk semasa pesakit ini melalui satu kuil di Kajang. Alhamdulillah dipindahkan ke kuil di Tibet. Lepas tu muncul pula jin sihir, dengan sedikit diplomasi mereka ini sanggup berpindah ke gunung dengan membawa sihir yang di tanam di rumah ini. Akhir sekali ketua pula berkata dia adalah pewaris cincin yang diberikan oleh neneknya. Alhamdulillah dapat dikeluarkan dan dihantar ke gunung. Saya meminta cincin yang disyaki untuk rendaman menggunakan cuka, daun kelor, air basuh beras dan garam. Selepas itu pesakit diminta untuk buat tafakur/meditasi dengan kedah tertentu dan pesakit muntah dan batuk-batuk. Alhamdulillah pada malam itu pesakit sudah merasa selesa.

Malam keesokannya saya datang untuk memagar rumah tersebut. Pesakit mengatakan selepas berubat dengan saya dia dah boleh nampak macam-macam. Dia dapat melihat di bahu adiknya kelihatan dua ekor mahkluk duduk di bahunya. Kemudian Pesakit memberitahu di rahim adik iparnya terdapat 11 entiti yang mana memakan benih dan sperma suaminya bertujuan supaya tidak dapat mengandung.

Pesakit juga melihat satu pakcik tua berlegar-legar keliling rumahnya. Pakcik tu dipanggil dan sesi dialog dilakukan dan dihantar ke Masjid Besi. Malam ketiga pesakit kerasukan lagi dan dikhabarkan energi yang datang adalah dari Kelantan. Pasangan kepada cincin yang direndam pada malam pertama. Katanya mahu menuntut bela kerana banyak membunuh saudara maranya. Kaedah diplomasi dilakukan tetapi tidak berjaya dan diakhiri dengan mandian khas. Alhamdulillah keluar jua akhirnya. Pesakit sekarang ini dalam proses mandian dan melakukan tafakur zikir.

2 responses to “Diari Rawatan 20 September 2012 -Cincin Pusaka

  1. Salam cam mann nnk hubungi tuan ye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s