Diari rawatan 6 September 2012- Santau Angin

(sekadar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim…..

Tenaga Dalam Ilahi- Semalan dalam jam 10 pagi, semasa sedang bercuti di  rumah tiba-tiba pintu rumah telah diketuk oleh seseorang.  Seorang lelaki berusia 40 an bersama seorang isteri dan anaknya tercegat di luar. Lelaki itu memperkenalkan diri, tinggal di Presint 5 dan memberitahu telah seminggu berada di Hospital Putrajaya kerana disyaki serangan jantung. Selepas keluar wad terus datang ke rumah saya. Dia menceritakan dadanya sakit terutama di jantung dan ulu hati, rasa seperti ada seseorang menjerutnya dengan tali dan bahu sakit. Bila diperiksa rupanya bukan penyakit medik. terdapat unsur penyakit non medik. Bila rawatan dimulakan pesakit terus bangkit dan keluar rumah seperti hendak muntah. Dia menceritakan nampak beberapa ekor ular, rumah usang dan tanah. setelah keadaan reda rawatan diteruskan dengan bacaan ayat quran dan doa. Pesakit memberitahu nampak seperti seorang lelaki memakai pakaian hitan sedang menghunuskan keris ke arahnya. Saya minta dia meneruskan zikirnya selama30 minit. Penarikan unsur energi negatif dilakukan menggunakan telur ayam dan bila dipecahkan kelihatan kuning telur telah masak dan putih telur tiada.

 Pesakit dibekalkan dengan air kelapa dan limau untuk mandian dan minuman selama 7 hari. mudah-mudahan sembuhlah dengan kehendak Allah Yang Maha Kuasa. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s