Selamat Hari Raya AidilFitri

Image

  • Sungai disusur sehari-hari,
    Dalam gelap menangkap ikan,
    Kami menyusun sepuluh jari,
    Salah dan silap harap maafkan.
  • Disisir diandam dengan cekap,
    Potong rambut pelbagai gaya,
    Puasa sebulan sudahlah lengkap,
    Kita menyambut Hari Raya.
  • Negara kita aman sentosa,
    Jangan dilupa orang terinyanya,
    Makan sudah baju bergaya,
    Orang fakir jangan dilupa.
  • Masak udang dan gulai ketam,
    Pembasuh mulut kuih keria,
    Berbunyi mercun berdetum detam,
    Riang gembira dihari raya.
  • Adik tersayang segak bergaya,
    Mengait kuih di atas para,
    Suasana riang di hari raya,
    Bermaaf-maafan riang gembira.
  • Menyeberang lautan melintas negeri,
    Terbang jauh dari Itali,
    Datuk nenek muka berseri,
    Anak cucu telah kembali.
  • Gua Niah pintunya lebar,
    Dayak dusun jadi penjaga,
    Datuk nenek tidak tersabar,
    Kuih tersusun di atas meja.
  • Memukul gendang pelbagai gaya,
    Amat meriah riang gembira,
    Ramai bertandang di hari raya,
    Tersenyum riang sanak saudara.
  • Puasa itu satu perintah,
    Oleh Allah yang maha perkasa,
    Perintah itu jangan dibantah,
    Wajibnya itu pada yang berkuasa.
  • Hari raya hari yang berkat,
    Bermaaf-maafan sesama saudara,
    Hai maknusia bulatkan tekad,
    Perintah Allah laksanakan segera.
  • Sehari sudah lesu berpuasa,
    Hidangan berbuka sudah tersedia,
    Jangan kamu membazir masa,
    Mulai beribadat semasa belia.
  • Dingin di perigi waktu pagi,
    Berkokok ayam ditengah laman,
    Aidil fitri menjelma lagi,
    Tamatlah ujian bagi yang beriman.
  • Sebulan genap kita berpuasa,
    Semoga digolongkan pada orang berjaya,
    Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
    Sesudah berpuasa kita beraya.
  • Lemah lembut tuan puteri,
    Berhias pandai cantik dipandang,
    Meriah menyambut Aidilfitri,
    Sahabat handai datang bertandang.
  • Udara dingin hening pagi,
    Tabuh bising mulakan hari,
    Aidilfitri menjelma lagi,
    Masing-masing pakai berseri.
  • Lemah lembut tuan puteri,
    Berkain cindai cantik dipandang,
    Meriah menyambut Aidilfitri,
    Sahabat handai datang bertandang
  • Tanpa mengira miskin kaya,
    Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
    Sama-sama menyambut raya,
    Maaf-maafan dihari bahagia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s