Diari Rawatan 25 Januari 2012 – Rawatan Sihir Kunci Nafsu

Bismillahirrohmanirrohim….

Tenaga Dalam Ilahi – Baru-baru ini ada seorang wanita dari selatan tanah air mengubungi saya bagi meminta pandangan berkenaan masalahnya yang telah dimadukan suaminya tanpa pengetahuan dan yang paling mengejutkan madunya adalah merupakan kakak angkatnya yang amat rapat semasa di asrama sehinggalah kerap bermalam di rumahnya.

Wanita ini saya gelarkan Puan A. Sampai di rumah saya lepas maghrib dan dia menceritakan masalahnya dan yang sedihnya sudah empat bulan tidak dapat bersama dengan suaminya. Bila sang suami  hendak bersama isteri pertamanya  keris yang telah terhunus tiba-tiba terus layu. Telah banyak kali mencuba akan tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Bila kembali ke rumah isteri kedua tak timbul pula masalah senjata sang suami ini, dapat berfungsi dengan baik. maka Puan A datang minta nasihat dan untuk buat rawatan. Pada mulanya ingatkan gangguan biasa, bilamana diterapi dan didiagnos pesakit merasakan sejuk di kaki kanannya dan tangan kirinya manakala sakit di dada seperti dicucuk.  Selang lima minit terapi puan A terus muntah seperti ada sesuatu yang keluar dari perutnya.

Rawatan dihentikan dan saya minta Puan A buat rawatan di rumah selama tujuh hari berturut. Malam pertama Puan A membuat amalan di rumah Puan A muntah darah yang banyak. Malam ketiga pula dia bermimpi banyak benda-benda kotor di tubuhnya dibersihkan oleh seseorang. Dalam tempoh tujuh hari ini ( semalam), Puan A menelefon saya memberitahu  sang suami memberi amaran kepada isteri pertama (Puan A) untuk menyelesaikan masalahnya dan sekiranya tidak selesai maka sang suami akan “melepaskan” Puan A. Insya Allah pada malam ini akan dilakukan beberapa rawatan secara jarak jauh menggunakan energi hipermetafizik.

Moga-moga segalanya dapat diselesaikan dengan izin Allah. Amin.

7 responses to “Diari Rawatan 25 Januari 2012 – Rawatan Sihir Kunci Nafsu

  1. gmbr tuh mcm ikatan pengakap je…hehehe….>>>si madu sihir si isteri pertama ke?…

  2. kalau terkena sihir ni nk berubat macam mana? mohon pencerahan

  3. Saya ingin berubat mohon bg alamat

  4. Saya pun ada masalah tidak rasa apa apa bila bersama suami. Boleh bagi alamat atau no telefon yang boleh saya hubungi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s