Diari Rawatan 22 Disember 2011 – Gangguan Sekeluarga

(gambar hiasan)

Bismillahirrohamnirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

Tenaga Dalam Ilahi – Seorang rakan menelefon saya sehari sebelum rawatan meminta memeriksa ayahnya yang mengalami lumpuh hampir sepuluh tahun sama ada ada gangguan atau tidak. Lazimnya pada malam Jumaat rawatan tidak dibuat dan dikhususkan untuk beramal teteapi memandangkann saya akan balik kampung di Kota Tinggi, Johor keesokan petangnya maka rawatan dibuat pada malam tersebut. Keluarga tersebut datang dari Kuala Terengganu bercuti di rumah kakaknya di Puchong, Selangor.

Sampai di rumahnya sekitar 10 malam. Pertama saya mediagnosis ayahnya. Kelihatan tiada gangguan hanya penyakit fizikal. Kemudian bila keluar dari bilik tersebut saya merasakan seperti ada sesuatu energi yang cuba menyenrang saya dari belakang. Makcik yang datang dari Terengganu pula merasakan sakit-sakit di lengan. Mula-mula rawatan dilakukan kepada anak perempuannya. Bila rawatan dimulakan tiba-tiba dua orang adiknya tumbang mengelupur kesakitan. Air yang telah didoakan diberikan kepada kedua orang tersebut. Selepas meminum terus muntah dengan banyaknya. Adik lelakinya  pula bila minum air terus bertukar kelakuannya seperti ular dengan lidahnya terjelir-jelir, matanya meliar, dan badnnya melenggok-lenggok seperti ular. Terapi dibuat kepada adik lelaki dan kesemuanya mandi pada malam tersebut juga.  Semasa mandi juga mereka merasakan bilik air tersebut panas seperti haba dan adik lelaki pula ternampak dan merasakan  ada lembaga hitam keluar dari dari tubuhnya. Proses pembersihan rumah juga dibuat dirumah makcik di Puchong dan Kuala Terengganu selama tujuh hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s