Diari Rawatan 14 Oktober 2011- Sihir Kunci Kemaluan

Bismillahirrohmanirrohim…

TENAGA DALAM ILAHI – Alhamdulillah bersyukur lagi dengan nikmat Allah diberinya kita ruang dan peluang untuk bernafas dan seterusnya meneruskan sisa kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Pada Jumaat lepas ada seorang wanita menelefon meminta bantuan bagi pembersihan rumahnya di Nilai, Negeri Sembilan. Saya ketika itu berada di Melaka kerana ada tugasan yang perlu dilakukan. Semasa dalam perbualan tersebut gelombang gangguan turut dirasai oleh saya dan semasa wanita tersebut menceritakan masalahnya terdapat gangguan suara yang tidak difahami selama lebih kurang 15 saat dan talian telefon terputus. Selepas itu wanita tersebut menelefon kembali sambil menangis teresak-esak. Dia memaklumkan ada suara kasar yang memarahinya semasa dalam perbualan tersebut. Setelah ditenangkan wanita itu mengatakan di rumahnya dia selalu nampak kelibat 2 orang  dan anaknya yang berumur 4 tahun turut diganggu.

Sampai di rumahnya jam 9 malam. Mula-mula bersihkan rumahnya  tapi bila dilihat wanita tersebut saya nampak seperti ada makhluk yang bertanduk dua dan berbulu di dalam tubuhnya. Saya dengan rendah diri cuba mendiagnosis wanita tersebut. Rupa-rupanya ada gangguan. Pertama dia selalu mimpi di cekik, selalu ‘bersama’ dengan makhluk hitam dan telah beberapa kali ke hospital pakar berkenaan masalah perutnya yang kadang-kadang membesar dan kadang-kadang mengecil. wanita ini juga memberitahu rasa sakit di pusatnya sejak menelefon saya petang tadi.

Sesi terapi dimulakan. Mula-mula wanita tersebut rasa panas di kedua-dua telinganya. seterusnya belikatnya sakit di kedua-dua belah dan rasa ngilu di ***nya. Wanita tersebut menjerit kesakitan yang amat sangat dan minta sesi terapi dihentikan. Bapanya memujuk supaya bersabar sedikit. Alhamdulillah sempat juga buat terapi selama 30 minit. Setelah sesi terapi tamat barulah macam-macam cerita keluar. Wanita tersebut memberitahu bahawa ada orang telah mengunci ***nya supaya dia tak boleh berkahwin lagi. Adeh tak larat nak dengar macam macam. Saya nak bekejar balik ke Putrajaya semula kerana ada temujanji jam 11 malam. Hari ini wanita tersebut memaklumkan tidurnya lebih tenang berbanding sebelum ini. Sesi pembersihan rumah dan mandian masih berjalan dan mudah-mudahan Sembuhlah penyakitnya dengan izin Allah. Amen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s