Diari Rawatan Syawal – Sawan Tangis

Alhamdulillah dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan ruang dan peluang untuk meningkatkan iman dan amal di dunia yang fana ini. Sekejap saja waktu berlalu dan hari ini dah masuk 30 syawal 1432 H. Bulan Syawal memang meriah sehingga setiap hujung minggu dalam sehari enam, tujuh rumah mengadakan jamuan raya. Walaupun dah di penghujung Syawal masih terdapat sambutan raya di mana-mana bahkan lepas bulan Syawal pun masih terdapat lagi jamuan rumah terbuka.

Sekadar mengisi masa menulis diari rawatan pada kali ini adalah berkenaan kisah gangguan pada bayi. Dalam seminggu dua ini tiga  panggilan meminta untuk membantu menyelesaikan masalah bayi anaknya yang tiap-tiap malam menangis bila menjelang maghrib hingga jam tiga pagi.

Kes pertama di Puchong, seseorang menelefon meminta anak kecilnya dirawat. Anaknya telah dirujuk dihospital pakar dan doktor menyatakan tiada masalah kesihatan. Pembantu rumahnya telah nampak imbasan lembaga hitam datang untuk mengambil anak kecil tersebut. Rawatan  dan pembersihan rumah dilakukan. Seminggu sahaja anak kecilnya ok, cuma menangis minta susu dan tukar lampin. Lepas seminggu anak kecil tersebut menangis kembali. Bila ditekan pada point-point tertentu anak kecil tersebut menggeliat kesakitan. Urutan dilakukan bagi memperbetulkan urat-urat yang tersimpul. Alhamdulillah selepas itu anak kecil itu telah tidur dengan lena.

Kes kedua pula di Puchong juga. Anak kecil menangis sambil matanya memandang ke siling dan beberapa tempat di rumah. Bila diperiksa berkemungkinan ada gangguan yang berminat dengan anaknya. Sesi pembersihan rumah dilakukan dan rumah tersebut dipagar. Alhamdulillah anak kecil tersebut telah normal seperti biasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s