Diari Rawatan – Santau 21 Julai 2011

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim…

TENAGA DALAM ILAHI – Alhamdulillah segala puji dan syukur  ke hadrat Allah kerana dengan izin dan KudratNya segalanya berlaku. Petang semalam dapat panggilan dari satu keluarga di Presint 5, Putrajaya yang mengalami simpton batuk-batuk, sakit dada dan sesak nafas yang berpanjangan lebih kurang 2 minggu. Kata kepada pakcik yang menelefon kemungkinan mereka sekeluarga telah terkena santau. Saya minta mereka menyediakan beberapa bahan untuk rawatan pada malamnya.

Sampai dirumah pakcik A lebih kurang jam 10.30 malam. Rawatan dimulakan dengan mendiagnos penyakit. Hasilnya dua orang anaknya telah terkena santau dan pakcik A cuma mengalami gangguan sedikit. Rawatan dijalankan  bagi seluruh keluarga pakcik A dan 2 orang anaknya yang telah terkena santau diminta meminum air kelapa yang telah disumpah dengan sumpahan bisa santau. Lepas minumjer terus muntah balik dan didapati ada benda-benda tajam dalam mangkuk yang disediakan. Pesakit mengatakan batuk dan sakit dadanya terus hilang. Saya meminta pesakit meneruskan rawatan dirumahnya selama 3 hari.

Moga Allah membantu keluarga tersebut dan menyembuhkan penyakitnya. Amin.

3 responses to “Diari Rawatan – Santau 21 Julai 2011

  1. zawawi b md hanafi

    ni sapa punya blog ni?

  2. tenagadalamilahi

    tuan bilal…
    saya punya blog, halmy

  3. Amin, amin semoga Allah memberikan ridho untuk menolong sesama muslim sholeh, amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s