Rawatan 20 Jun 2011

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohamirrohim…

TENAGA DALAM ILAHI- Maaflah kepada pengunjung sebab lama sangat tak update blog. Bukan apa takder idea nak menulis walaupun ramai pesakit-pesakit yang datang.

Pada tarikh tu ada seorang bekas pesakit telefon saya meminta merawat bapa mertuanya yang datang dari Rembau. Menurut kata anak-anaknya ayahnya ini banyak mengamalkan ayat-ayat yang salah. Pesakit berumur 70 tahun dan banyak penyakit fizikal.

Setelah mendiagnos penyakit rawatan dimulakan. Bila mana sentuhan mula-mula dilakukan di dadanya pesakit terasa satu aliran haba panas menjalar ke tubuhnya. Pesakit beberapa kali mengadu kesakitan di dadanya selama tempoh rawatan. Selama tempoh rawatan pesakit terlihat rakan lamanya yang telah meninggal dunia tersenyum kepadanya. Bila rawatan selesai pesakit telah dibekalkan dengan garam dan daun kelor untuk mandian. Selepas rawatan selesai Saya dijamu dengan ikan masak lomak cili api oleh tuan rumah. Semasa sesi makan saya terasa banyak benda yang melintas di sebelah saya semasa makan. Selang 5 minit pesakit kembali merasa sakit di dadanya. Pada malam pertama mandian isteri pesakit telah bermimpi dia membasuh baju suami dan di dapati banyak jarum-jarum di poket baju suami dan dia membuangnya.

Sekarang ini proses pembersihan rumah sedang dilakukan selama tujuh hari menggunakan telur itik. Mudah-mudahan gangguan dan sakitnya akan selesai hendaknya dengan izin Allah. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s