Rawatan di Hospital Putrajaya

Bismillahirrohmanirrohim…

TENAGA DALAM ILAHI  (TENDAI) – Hari sabtu lepas (7 Mei) saya dijemput oleh seorang ibu tunggal bagi mendoakan anaknya yang berumur tiga setengah bulan yang berada di wad ICU, Hospital Putrajaya kerana masalah darah beku di dalam otak. Ceritanya pengasuh bayi ini telah terjatuhkan bayi ini. Pada mula rawatan saya dapati banyak darah beku di kepalanya dan wayar-wayar berselirat di dada serta mesin-mesin sokongan. Nak masuk ke dalam pun dua orang sahaja dibenarkan.

Sesi rawatan dijalankan dan beberapa bahan diletakkan di tepi kepala bayi tersebut. Menurut ibunya sekiranya keadaan bertambah teruk pihak hospital akan melakukan pembedahan bagi mengeluarkan darah beku dari dalam kepala bayi itu.

Alhamdulillah hari Isnin lepas datang untuk rawatan susulan, wayar-wayar pun dah dicabut dan menurut kata ibunya darah yang beku di kepalanya telah hilang, doktor yang merawatnya pun hairan bagaimana darah beku tersebut hilang dan sekarang ini dalam proses untuk pemulihan kecederaan kepala bayi tersebut. Moga-moga dalam masa terdekat bayi ini dapat sembuh seperti sediakala dan dapat sihat seperti bayi-bayi yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s