Rawatan 18 Mac 2011

Bismillahirrohmanirrohim

TENAGA DALAM ILAHI-Malam tadi ada 3 orang wanita datang ke rumah untuk mendapatkan rawatan berkenaan gangguan di rumahnya. Mereka dapat no telefon dari salah seorang sahabatnya yang telah mendapatkan rawatan dan alhamdulillah sembuh dengan izin Allah.

Mereka sampai di rumah saya  jam 10 malam setelah beberapa kali tersesat. Pesakit pertama saya gelar Puan D. Sessi scan dilakukan dan penyaluran energi dilakukan. Reaksi pesakit badannya berasa panas. Pesakit ke dua pula saya panggil Puan J. Sessi scan dilakukan dan dapat mengesan ada gangguan. Kemudian penyaluran energi dialirkan kepada Puan J. Bila dialirkan energi kepalanya rasa seperti dicucuk dengan pisau yang amat tajam sedangkan saya hanya meletakkan tangan di kepalanya. Semasa bacaan ayat suci dialunkan pesakit merasa diawang-awangan dan saya minta dia layan ke mana yang dia hendak pergi. Semasa terawangan pesakit nampak imej tengkorak dan bemacam-macam lagi. Puan J sampai di rumah arwah neneknya di Melaka dan terus ternampak tiang seri utama rumah yang dililit dengan kain kuning dan merah dan di bawahnya ada keris hitam yang terapung. Saya berdoa untuk meleburkan kain kuning dan merah dan keris itu. Bila dia tengok sekali lagi keris dan kain kuning telah tiada. Selepas itu dia masuk ke rumah neneknya dan mendapati satu bayangan hitam menyerupai arwah neneknya. Semasa berada di dalam bilik arwah neneknya dia ternampak ada sanggul rambut yg diberikan oleh arwah nenek kepadanya.

Lepas jumpa puncanya saya terus membuang seluruh energi negatif  yang ada ditubuh Puan J. kelihatan wajahnya sebelum datang kusam dan bila rawatan dilakukan wajahnya mula berseri. Pesakit ketiga pula Puan N bila saya letak tapak tangan dikepalanya terus dia terlentuk lena. Sakit dikakinya hilang setelah rawatan dilakukan.

Pesakit telah dibekalkan dengan air mineral untuk minuman, minyak wangi dan garam untuk mandian selama 3 hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s