Perbezaan Antara Abdullah dan Khalifah

Bismillahirrohamnirrohim

Baru-baru ni saya menziarahi guru saya dan pesannya supaya belajar menjadi hamba sebelum menjadi khalifah. Cari punya cari terjumpa satu artikel. sama-sama kita renung dan hayati artikel tersebut.

Dalam satu ayat, Allah memberitahu kepada kita, “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.” Tetapi pada ayat yang lain, Allah menegaskan bahawa manusia ini adalah khalifah, sepertimana firmanNya: “Sesungguhnya Aku ingin jadikan khalifah di muka bumi.” Sekali pandang, seperti ada dua penyataan yang berbeza. Satu, Allah mahukan manusia menjadi hambaNya yang tidak lain hanya beribadah kepadaNya. Kemudian, Allah sebut manusia ini adalah khalifah. Apa itu khalifah? Khalifah itu adalah pengganti. Bermaksud, manusia ini adalah pengganti Tuhan di muka bumi. Atau dalam ertikata lain, khalifah ini adalah wakil Tuhan yang mentadbir makhluk, harta benda dan khazanah bumi Tuhan.

Sebenarnya tidak ada apa-apa perbezaan pada segi tuntutan dalam dua ayat ini. Tinggal lagi ia berangkai dan kait-mengait. Dua ayat tersebut sebenarnya lazim melazimi atau lengkap-melengkapi. Pertama, Allah mahu manusia menguatkan hubungan denganNya. Menjadi hamba yang dekat denganNya dan sentiasa dalam keadaan beribadah. Itu tuntutan pertama. Tuntutan kedua itu pula adalah sebagai khalifah. Tuntutan kedua tidak boleh dilaksanakan jika tidak selesai tuntutan pertama. Tuntutan kedua tidak boleh dimulakan tanpa dimulai dengan tuntutan pertama.

Sebagai khalifah, manusia ini adalah wakil Tuhan. Wakil Tuhan kena benar-benar kenal dan cinta Tuhan. Kena benar-benar menghayati zat, sifat dan peranan Tuhan. Tanpa ini semua, mana mungkin manusia dapat menjadi wakil Tuhan. Mana mungkin manusia dapat tadbir manusia lain, juga harta benda dan khazanah bumi. Kalaulah diibaratkan kita ini duta atau wakil kepada seseorang, hubungan kita dengan orang itu kena mesra dan kuat. Kita kena selalu contact. Malah kena faham sifat dan tugas orang yang kita wakili sebelum kita benar-benar boleh berperanan sebagai wakil orang tersebut. Begitulah juga kita dengan Tuhan. Tidak mungkin kita boleh selesaikan tugas sebagai khalifah selagi kita tidak selesaikan tugas sebagai hamba Tuhan.

Oleh itu, tidak semudah yang disangka untuk menjadi khalifah. Malah, khalifah kenalah benar-benar berperanan sebagai hamba Tuhan. Barulah khalifah itu layak menjadi khalifah. Kalaulah perkara ini difahami semua, tak ramailah orang yang mahu berebut menjadi pemimpin. Mereka takut nak memimpin sebab merasa diri tidak layak. Mereka merasakan hubungan mereka sebagai hamba Tuhan belum selesai dan tidak sempurna. Mereka merasakan mereka belum benar-benar memahami Tuhan untuk jadi wakil Tuhan mentadbir kepunyaan Tuhan di muka bumi.

3 responses to “Perbezaan Antara Abdullah dan Khalifah

  1. Saya pun sedang mencari2 maksud hamba dan khalifah…
    Terima kasih

  2. alhamdulillah.. ilmu baru yang sangt bermanfaat,walaupum selalu mendengar ayat2 quraan ini namun satu kefahaman ditambah lagi dengan membaca artikel ini.. jazakallah

  3. tenagadalamilahi

    alhamdulillah…Allah yang bagi faham….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s