Cop Mohor

Bismillahirohmanirrohim..

Nak melalut sikit dari rutin biasa. Alhamdulillah minggu lepas saya  berkesemaptan untuk menguruskan pembuatan cop mohor bagi Dr Abd Khalib, Dr. M. Keegan, Hadzrin dan saya selepas beberapa kali berbincang berkenaan dengan rekabentuk cop mohor dan hasilnya adalah seperti gambar dia atas. Tujuan supaya dapat menghidupkan tradisi budaya bangsa.

Mohor atau dikenali juga sebagai meterai, tera dan cap merupakan perkara penting di dalam sesuatu warkah. Ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dilihat pada warkah baginda s.a.w kepada Maharaja Rom, Farsi, dan Mesir.

Sejak Tanah Melayu menerima agama Islam kira – kira abad ke- 13/14 Masihi, pengaruh Tulisan Jawi banyak mewarnai kehidupan 0rang Melayu. Pengaruh dan peranan Tulisan Jawi terdapat dalam pelbagai aspek kehidupan, antaranya hubungan sosial seperti surat – menyurat antara raja dengan raja yang sebangsa dan seagama dan sebagainya. Tulisan Jawi juga bagi tujuan seni disamping untuk mendapat berkat. Potongan – potongan ayat suci Al Quran ditulis indah, begitu juga duit pitis, cap mohor, barangan tembaga, tembikar dan lain – lain

Inilah hadiah kepada bangsa tercinta. Telah lebih seribu tahun menjadi tradisi, kini muncul kembali dengan gaya dan wajah baru. Cap mohor ini diangkat kembali oleh Yayasan Restu, menjadi budaya agung yang mekar mewangi. Bersama harapan dan doa agar tradisi bangsa akan terus berkesinambungan.

Spesifikasi Istimewa:

  • Menggunakan bahantara moden
  • Penggunaan tulisan jawi dengan pelbagai gaya seni khat
  • Bentuk – bentuk nama yang menarik dan unik
  • Penerapan seni zukhruf berasaskan motif – motif tempatan
  • Sijil perakuan ketulinan dan pemilikan
  • Setiap set disertakan nombor siri
Inilah sunnah Rasul junjungan, pesuruh Allah terakhir. Inilah warisan di-Raja segenap bangsa zaman-berzaman. Menghias warkah titah khalifah dan sultan. Simbol kepada kuasa, wibawa dan amanah. Lambang jati diri dan budaya bangsa.

Budaya agung bersulam seni khat dan seni zukhruf ini terus mekar, tidak luput ditelan zaman. Alunan huruf yang indah, gerak berirama bagaikan tarian. Berukir megah hiasan warisan. Bersatu membentuk personaliti, menyubur warisan seni bangsa bestari.

2 responses to “Cop Mohor

  1. Salam…

    Abg halmy, saya pon nak juge cop mohor mcm tu. boleh ke?
    cam ne nak buat tu? kos?
    =D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s