Rawatan 1 Muharram 1432H ( 7 Disember 2010)

BISMILLAHIROHMANIRRAHIM (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

Tenaga Dalam Ilahi – Lepas Asar pada 7 Disember 2010 ada seseorang yang saya sebut sebagai Abg J dari Cheras menelefon meminta untuk dirawat. Dia mengatakan badannya bisa-bisa seluruh badan terutamanya selepas bangun tidur sehingga tengahari. Jadi selepas majlis Sambutan Maal Hijrah di surau, saya pun bertolak ke rumahnya sambil menjemput seorang rakan yang ingin mengikuti saya melakukan rawatan. Sampai di rumahnya jam 11.30 tengah malam.

Ketika berbual saya sambil mendiagnosis masalahnya. Rawatan dilakukan jam 12 malam. Ketika rawatan dilakukan berserta bacaan ayat-ayat suci Al Quran, Abg J merasakan ada getaran elektrik halus di lutut kiri kira-kira selama 5 minit dan bertukar ke lutut kanan juga selama 5 minit. Selepas itu dia merasakan getaran elektrik  di tapak kakinya. Sebelum rawatan berakhir dia merasakan getaran di tangan kanan dan kiri. Rawatan dilakukan dengan membakar energi negatif dan seterusnya membuang energi negatif , pengisian energi positif dan diakhiri dengan penguncian. Selepas rawatan berakhir sang isteri bertanyakan pendapat saya sama ada suaminya ini disihir atau tidak. Saya menyatakan bahawa Abg J ini mengalami simpton-simpton akan terkena gout.

Antara yang saya syorkan supaya dia melakukan bekam bagi membuang asid urik yang berlebihan di tubuhnya di samping banyakkan minum air kosong. Selain itu ada beberapa nasihat pemakanan yang perlu diamalkan oleh Abg J.

Antara tanda-tanda terkena gout adalah seperti berikut:

• Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki;
• Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit;
• Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman;
• Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan;
• Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat;
• Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan;
• Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari;

 

Untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh mantan Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan menonton bahan pornografi

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Kurangkan makanan bersantan

43. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8.Buah Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA

16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s