Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432

 

Bismilahirrohmanirrohim

Tenaga Dalam Ilahi – Masa bergerak pantas tanpa mempedulikan kita dan apa yang berlaku di sekeliling kita. Dalam tidak sedar kita telah pun menjengah tahun baru Awal Muharram 1432H dan meninggalkan tahun 1431H. Alhamdulillah dengan usia yang dipanjangkanNya kita bersua lagi di tahun baru ini. Kami berharap anda semua tidak terlepas membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Semoga Allah mengurniakan kita nikmat dan kesejahteraan di tahun baru 1432H ini.

Sedikit info mengenai Maal Hijrah

Maal Hijrah merupakan permulaan tahun baru Taqwim Islam. Bermula demi memperingati peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi dan mengingatkan kita tentang perubahan. Perubahan dari perkara negatif kepada perkara positif atau dari kurang baik kepada yang lebih baik dan sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaranIslam itu sendiri.

Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang.

Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut. Jadikan motto hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya …inilah yang dituntut oleh Islam!!!.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Disini disertakan juga amalan membaca doa akhir dan awal tahun yang dianjurkan oleh ulama-ulama kita. Semoga kita dapat melapangkan masa untuk membacanya…Jom ke masjid dan ke surau petang ini bagi meraikan majlis sambutan maal hijrah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s