Rawatan Susulan di Cheras

Bismilahirrahmanirrahim

Alhamdulillah lega rasanya setelah 2 minggu outstation ke Sarawak dan Langkawi dan ini menyebabkan blog ini sepi tanpa sebarang update cerita…

Sebenarnya pada 23 Oktober lalu Abang J menelefon saya meminta melakukan rawatan susulan setelah mandian menggunakan minyak wangi dan tanah dan badannya terasa semakin ringan. Saya membekalkan beras sebagai saranan yang telah didoakan dengan sumpahan bisa dan santau untuk amalan 41 hari.  Bila rawatan dilakukan nampaknya gangguan telah banyak berkurangan dan kaedah menarik energi negatif menggunakan telur yang lepas gagal kerana  adalah masalah misunderstanding berlaku dan kaedah ini diulang pada kali kedua. Masuk hari ke 2 air telah bertukar warna merah dan hari ke 3 bertukar kepada warna karat tetapi malangnya isteri abang J telah tukar air tersebut dan sepatutnya tunggu sehingga 7 hari dan hasilnya masih gagal. Tak tahulah nak cakap macamana, isteri abang J siap tulis di buku buat catatan lagi tapi bila yang sebenarnya dibuat lain. Penat betul untuk buat dua tiga kerja yang sama yang sepatutnya dah boleh selesai pada kali pertama. Jadinya saya masih menunggu respons dari abang J bagi rawatan susulan kerana anaknya juga ada mengalami gangguan. Mungkin rawatan pada musin cuti sekolah.

Ada satu iktibar dari rawatan ini bila saya buat soalan perangkap dan dia mengaku masih sayang pada isteri keduanya dan kadang-kadang dia berpura-pura sakit seperti disihir bagi mengelakkan isteri pertama minta cerai dengannya. Mereka bertengkar dekat 2 jam. Akhirnya bila dah pukul 1 pagi baru rawatan dimulakan. Meraka ini mengalami masalah gangguan dan juga psikologi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s