RAWATAN PADA 28 OGOS 2010

Halmy Bin Sirat

Bismilahirahmanirahim…

 TENAGA DALAM ILAHI – Selepas solat terawih dan tahlil di surau, ada jamuan moreh. Maka saya pun makanlah bersama pelajar-pelajar sekolah. Teringat ada satu makcik tu minta tolong tengokkan anak dia yang belajar di salah sebuah sekolah di Rawang, Selangor.

Saya pun cuba scan jarak jauh dan menang ada tindakbalas. Pelajar ini mengadu kerap merasa sakit kepala. Ada seorang pelajar juga mengadu bengkak gusi. Jadi saya minta dia cari batu kelikir dan basuh dan seterusnya saya doakan supaya energi kesakitan itu dipindahkan ke batu tadi dan alhamdulillah berkesan dan pelajar tu pun terkejut dengan cara ini. Bukan pelajar tu saja yang terkejut saya dan pelajar-pelajar lain pun terkejut sama. Bila para jemaah dah mula beransur pulang sesi rawatan tak formal bermula (sambil makan-makan dan minum-minum). Saya minta dia duduk di sebelah saya.  Pelajar sebelum ini telah diruqyah oleh salah seorang ustaz dan tidak merasakan apa-apa sensasi seperti kerasukan dan sebagainya. Kisahnya gangguan bermula semasa pelajar menjalani perkhemahan di Ulu Selangor. Dia merasakan ada sesuatu yang mengikutinya pada malam itu dan semenjak itulah dia nampak kelibat makhluk-makhluk halus di sekolah dan di tempat-tempat lain selain rasa malas untuk beribadat, berzikir dan solat.

Sesi Scan untuk mendiagnos energi dimulakan. Bila saya mengahalakan tapak tangan saya ke tubuhnya dia merasakan ada sesuatu yang bergerak  dari dada turun ke perut. Bila sampai ke jantung dia merasakan kesakitan yang amat sangat sambil menjerit kesakitan walhal jarak tangan saya dan tubuhnya adalah 1 kaki. Bila dah dapat kenalpasti lokasi, saya menyalurkan energi shaktivat dan Daya Sejati Insani untuk penyembuhan bagi pelajar tersebut. Jantungnya berdegup kencang semasa proses rawatan dan kesakitan di dada mula berkurangan. Selepas selesai rawatan proses menutup matanya dari nampak makhluk halus  dimulakan. Semasa proses ini pelajar nampak kelibat beberapa makhluk hitan lalu dihadapannya dan semasa proses menutup laluan tersebut, dia nampak banyak cahaya kekuningan keluar dari matanya. Saya pun menutup laluan tersebut dengan ayat 9 surah Yasin dibaca sebanyak 9 kali dan selawat tafrijiah.

Pendeteksian dilakukan sekali lagi dan dia sudah tidak merasakan sakit lagi. Saya minta dia supaya datang sekali lagi untuk rawatan susulan dengan meminta dia membawa beberapa barang untuk mandian .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s