Petua Mencari Malam Lailatul Qadar- Kitab Mutlak Al- Badrin

[muslim-man-at-prayer.jpg]

 

Bismillahirahmanirahim…
TENAGA DALLAM ILAHI – Salam Ramadan Almubarak kepada para pengunjung ke blog saya. Adalah diharapkan supaya Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan-ramadan sebelumnya. Saya selaku pemilik blog ini memohon maaf andai ada terkasar bahasa kepada para pengunjung blog sekalian.

Saya suka memetik beberapa petua yang saya ambil dari kitab Mutlak al Badrin mengenai bab malam lailatul Qadar.
Menurut Imam Shafie, malam lailatul Qadar terkandung didalam 10 akhir Ramadan dan terlebih afdal pada malam yang ganjil dan terlebih afdal pula pada malam ke 21 atau malam ke 23 Ramadan.

Manakala berkata Imam Ghazali pula adalah malam lailatul Qadar dapat diketahui dengan hari yang awal daripada bulan.
1. Sekiranya awal Ramadan pada hari Ahad atau Rabu maka malam Lailatul Qadar adalah malam ke 29.
2. Sekiranya awal Ramadan pada hari Isnin maka malam Lailatul Qadar pada malam ke 21.
3. Sekiranya awal Ramadan pada hari Selasa atau Jumaat maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 27.
4. Sekiranya awal Ramadan pada hari Khamis maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 25.
5. Sekiranya awal Ramadan pada hari Sabtu maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 23.
Dan berkata Syeikh Abu AlHasan selama baligh tiada dia luput malam lailatul Qadar dengan kaedah ini.
 Sekiranya pengunjung blog dapat menghidupkan malam lailatul Qadar maka selit-selitkan doa supaya Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa saya  dan memasukkan saya di dalam golongan yang memasuki syurga dan dilindungkan dari api neraka kepada saya yang daif ini…

ALLAHUMMA AMIN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s