Membantu insan malang yang di komersilkan 2

 


Catatan wagiman:-
Salam. Terima kasih kepada pengunjung yg sudi memberi respond pd pada tajuk ini.  Satu isu yg jarang hendak dibincangkan kerana tidak mahu di anggap sebagai seorang yang menolak ujian Allah. Bagi saya ianya bukan mengenai sikap sipesakit tetapi lebih kepada apakah yang mampu kita sumbangankan bagi merengankan beban pesakit.
 
Isu yang tidak dibincangkan tidak bermakna tiada  isu. Dah menjadi adat manusia, bila meminta tolong pada orang yang lebih arif dlm sesuatu  hal, lagi pulak dlm bab yang ada sangkut paut dengan urusan keagamaan …soal  wang ringgit tidak dijadikan batas walau terpaksa bergolok gadai,  tetapi yang memberi tolong itu sepatutnya   memikirkan dimanakah letaknya ‘Redha Allah’ bagi pertolongannya itu.
 
Saya harap pihak yg terbabit ambil perhatian apa yang diluahkan oleh pengunjung.  Anggaplah segala pandangan yg diterima sebagai salah satu  teguran untuk membetulkan apa yg dirasa tidak wajar dilakukan oleh  orang2 yang dipangil ustaz.  Title ustaz itu  berat tanggungjawabnya. Dari itu peragakan sifat sifat yang seharusnya ada pada seorang ustaz.
 
Ilmu yang Allah pinjamkan janganlah dijadikan batu loncatan untuk mengaut keuntungan dan kemewahan dunia. Jangan lari dari matlamat asal ketika menuntut ilmu ini.  Sedikit kelebihan yang dianugerahkan Allah jadikanlah sempadan bagi membezakan  antara garis hitam  dengan garis putih.
 
Kalu ustaz nak jawab …. Jawablah!!
 
In reply to:  Membantu insan malang yang di komersilkan …
 
1.hamba allah – amydhia02@yahoo.com
sebagai hamba allah kita di uji dgn bbagai perkara.higgalah pada suatu saat saya ke klinik utz.saya hanya btanya kpada salah seorang pbantu d sana.tapi alangkah tkejut jawapan dan budi bahasa nya langsung tidak melambangkan sogkok putih yg dipakai sebagai seorang islam.bkan saya sahaja yg kena ttapi ramai pesakit lain lagi.sungguh memalukan kita akir manusia dan lebih lagi akir bangsa dan agama begini.saya myaksikan seorang wanita tua btaya”namanya sudah dsebut atau tidak”yg tejadi dia dimarahi dgn nada dan bahasa yg kesat!!!padahal wanita tua itu sudah separuh umaur dan layak bgelar ibu nya. Maafkan saya “ini budikah bahasa??perubatan islam..!!
 
in reply to:  Soalan kepada Pusat Rawatan Sinar Zamdurrani – Ustaz Sharhan Shafie
2. Ramli – ramli@royal.net
 
Saya ingin cerita sedikit pengalaman saya berubat dengan Ustz Sharhan di Alor Setar pd 27 Julai 2010. Saya tidak berubat, Cuma tolong hantar jiran saya yg ada saka.
 
Rawatan mula jam 9 mlm. Pesakit lebih kurang 150 org. Kami dapat nombor giliran 92. Masa tu jam 8 mlm. Jadi sudah tentu yg datang melebihi 100 org.
 
Kena bayar RM30 utk ambil nombor. Ambil nombor ini dikendalikan oleh Ustz Ghani. Utk rawatan dipanggil antara 7 hingga 10 org serentak. Semua duduk berbaris. Ustz Sharhan baca ruqiah lebih kurang 5 minit. Lepas tu tepuk2 belakang pesakit. Tak akir pun pesakit ada masalah apa. Kemudian dia suruh ambil air zam2 dua botol seorang. Bila balik rumah baca Alfatiha dan ayat kursi dan hembuskan utk minum.
 
Semua pesakit akir FREE. Jadi semua ambil 2 botol. Kemudian dia suruh keluar jumpa ustz Gani di luar. Utz Gani minta RM60. Katanya sebotol air zam2 harga RM15. Jiran saya terkejut tapi dah ambil tu kenalah bayar.
 
Semuanya jiran saya kena bayar RM60 (Daftar RM30 + air zam2 RM30). Bayangkan 100 org pesakit bayar RM6,000 malam tu.
 
OK soalannya yg jiran saya tak puas hati:
(1)Ustz Sharhan sepatutnya terangkan harga air zam2 hanya pilihan. Kalau tak mahu beli boleh guna air mineral yg dibawa. Tapi TAK diterangkan demikian. Pesakit ambil sebab mereka fikir FREE sebab mereka dah bayar duit daftar RM30.
 
(2) Rawatan serentak 7 hingga 10 orang selama lebih kurang 5 minit kelihatan tak berapa serious sebab tak semua ayat ruqyah dibaca. Mereka lihat TV rawatan ustz Sharhan hebat (demo pd TV). Mereka beli buku dan CD ustz Sharhan. Mereka rasa excited tapi bila pergi rawatan mereka rasa hampa. Kelihatan ia lebih kepada macam “perniagaan”.
 
(3) Ustz Gani, orangnya tak sabar. Ini boleh menjejaskan “perniagaan” ustz Sharani. Pertama jiran saya jumpa dia (masa tu ustz Sharhan tiada) dia beri rawatan lebih kurang saja. Kami bagi dia air mineral utk diruqiahkan. Kemudian kami bagi tau dia kami ada juga bawa limau nipis tapi ada dlm kereta. Dia tunjukkan ek


Update  terkini
 
3. Nana – nana@yahoo.com
the same thing happened to me..saya pun ada ke sinar zamdurrani..bukan nak ckp n x ikhlas, tp bayran yg dikenakan bg saya agak melampau..bygkan dgn keadaan bilik yg sgtlah tidak selesa..bilik sempit..org ramai terpaksa beratur kat tangga..n x ada privacy,tp bayaran sgtlah mahal..mgkin alasannya nak byr sewa kedai n so on tp berpada2la..just a bit of opinion            
 
In reply to:  Rawatan dan Perawat menurut al-Quran dan Hadis
4. Zuraidah B.
Salam…Sy pernah mendapatkan rawatan di Darul Syifa’ kerana mengalami gangguan dari jin(seperti yg ‘didiagnose’ oleh ustaz Husin-Darul Syifa’). Sy berpuashati dgn kaedah rawatan beliau. Walaupun terpaksa menunggu lama dan kdg2 sampai pukul 2pg baru selesai rawatan, tp sy amat kagum dgn usaha dan kesungguhan beliau utk membantu pesakit. Tentang bayaran,..tidak ditetapkan..SEIKHLAS HATI..           

5 responses to “Membantu insan malang yang di komersilkan 2

  1. harini sy p sbuah pusat rwtn Islam kat usj subang…after rwtn yg ntah ap2,,,sy dcajkn dgn harga yg sgt melampau… Caj rwtn(rm80), caj air(air mineral 2 botol besar & 4 botol kecil air zam2~rm100), caj limau nipis(1paket) & limau purut(1paket)~rm45.. so total rm225..(**even smlm medical chck up kat klinik,,doktor kata caj rwtn dia rm20 jer..)
    saya terkedu begitu shj time nk byr..mcm lebih mengaut keuntungan dri mmbntu org yg sakit..this is a last time p ctu…dan x akan terfikir nk p sn lg… so,, any1 yg nk p sn,,sediakn poket tebal2…org kurg brkmpuan,,jgn terfikir p sn~~sedih apabila duit lebih diutamakn oleh org yg mngelarkn diri mereka alim ulama..hmm….

    baek p darussyifa’.lynn bgus,klihtn ikhlas nk bntu dan derma seikhlas hati & air mineral botol besar baru rm2 jer….hu.

  2. Ini pengalaman saya lebihkurang setahun yang lepas. Saya pergi ke pusat rawatan Sinar Zamdurrani di Bukit Lanjan, Damansara. Saya diberitahu oleh petugasnya, untuk berubat mesti mendaftar dulu dengan bayaran RM80.00 untuk kali pertama. Untuk ulangan bayaran daftarnya RM60.00 setiap kali.

    Saya tangguhkan mendaftar dan berbual dengan seorang yang baru selesai mengambil ubat. Katanya dia disuruh membeli 10 botol kecil kononnya air zam zam. Sebotol air zam-zam berharga RM20.00 Selain itu dia juga disuruh membeli ubat lain yang juga amat mahal. Jadinya sekali datang berubat dia membayar sekitar RM300.00. Dan ini adalah rawatannya kali kedua. Kesian.

    Saya termenung memikirkan inikah perubatan Islam? Perubatan Islam hanya untuk orang kaya? Bagaimana orang Islam yang kebanyakannya miskin, adakah mereka terpaksa menanggung sakit tanpa berubat? Inikah prinsip Islam yang diajarkan Allah? Dimanakah letaknya keikhlasan kerana Allah? Boleh kenakan bayaran, tapi biarlah berpatutan. Saya kira itu adalah tidak benar, lalu saya pulang sahaja tanpa berubat.

    Quran mengatakan ia adalah pengubat dan rahmat bagi manusia. Berarti hanya Quran tanpa perlu air zam zam, kayu koka atau korma dan lain-lain untuk pengubatan. Yang anihnya semakin ramai pengamal pengubatan Islam yang cara mereka mengubat berlainan pula, semakin ramai pula orang Melayu kena sihir dan gangguan jin. Adakah ini satu kebetulan sahaja?

  3. Assalamualaikum…..ini pula pengalaman saya siang td…pergi ke sinar zamdurrani di cawangan USJ 21 subang…sebelom pergi, da call dulu utk pastikan bayaran…die cuma kata RM80 sahaja…dan, ustaz Nor tu kata klinik buka pukul 12 tgh hari….pukul 11.30 pg kami da sampai..tunggu punya tuggu , pukl 3 baru ustaz sharhan sampai…Ya Allah…sabar itu separuh dr iman……sementara tunggu tu, punya la banyak ustaz2 lain kat situ, takde sorang pon yg terangkan tentang kaedah rawatan dan juga byran…bilautaz sharhan da sampai…baru la tau, rupe nyer rawatan secara berkumpulan…huhu..tak pe lagi la tu…ustaz Sharhan cuma bace beberapa ayat….( dalam 10 mint kot)…kemudian die ke bilik rawatan lain pula…selebihnya ustaz lain yang take over….lepas penerangan ustaz lain tu dlaam 15 minit, die bg sejenis kayu, air Zam2 4 botol mineral kecil, air terapi utk mandi, 2 botol mineral besar, kemudian die suruh buat bayaran sebelom balik….mase tu, sy cuma ingat RM80,tak pon kalo pon ade hidden charges, mungkin dalam 100++ jer…tapi, mashaAllah…terkejut betol saye…sume brg2 td + dengan rawatan berkumpulan dr ustaz Sharhan selama 15 minit = RM250….Dan yg paling kesal sekali, kami tidak diberi penerangan dan juga tidak diberikan pilihan…..Ya Allah…..rase tertipu….

  4. same la..sy pergi semalam..btol2 xsangka rawatannya sebigitu mudah dengan bayaran RM 164 ingatkan bayaran yg tinggi dapat membantu namun x…pelik sgt sy tahu die ade ilmu tentang perawatan islam tapi dengan perubatan mcmni kami rase terkilan tiade penjelasan xsampai 5 minit ustaz wat sedangkan kami menunggu berejam2…

  5. ada yang menjadi tak berubat dengan ustaz sharhan ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s