Membantu insan malang yang di komersilkan 1

Dpd bravenet blog

 

 

Dunia semakin materealistik?

Siapa yang berani menyangkal ungkapan ini? Saya  pernah menyuarakan perkara ini ketika bersembang bersama rakan rakan sealiran, ramai yang bersetuju tetapi ada juga yang menyangah. Masing2 punya hujah tersendiri. …
 
Saya juga punya pengalaman seperti 2 orang pengunjung dibawah …tapi bagi saya biarlah  pengalaman itu berlalu dan dijadikan pengalaman dalam memilih dan mencari rawatan.
 
Kira2 2 tahun lalu saya ada menerima rungutan dan keluhan dari seorang pengunjung mengenai isu ini.
 
Seorang pengunjung menghantar email kepada saya mengenai penyakit yang dihadapinya.  Saya merakemenkan kepadanya agar berjumpa dengan seorang perawat yang kliniknya di sebuah pusat komersil Lembah Kelang. Saya sendiri telah berjumpa dengan perawat ini beberapa kali untuk rawatan isteri saya. Alhamdulillah cara rawatannya berkesan dan tiada bayaran tetap dikenakan….. ‘seikhlas’ yang  kita mampu katanya.   
Dan saya meletakkan alamat dan nombor telefon ustaz terseut dalam blog saya sebagai antara pusat rawatan Islam yang tidak menyimpang dari ajaran Islam.
 
Tetapi feedback selepas itu, pesakit menghantar email kepada saya menyatakan bahawa ustaz ni telah mengenakan bayaran yang agak  tinggi mengikut pakej  rawatan baru yang disediakan dan dia tidak berkemampuan.
 
Inilah yang menjadi masalahnya sekarang ini. Ilmu Allah telah dikomersilkan dengan membelakangkan niat asal “membantu insan yang bermasalah”
 
Ada juga pusat rawatan yang sekarang ini yang telah mengenakan caj  pendaftaran. Jika dulu sekadar menulis nama dalam buku tanpa perlu membayar apa2 tapi sekarang ini bayaran rawatan bagi seorang pesakit dan sekeluarga pula dikenakan bayaran berbeza.
 
Apa yag saya perhatikan pusat rawatan Islam tumbuh bak cendawan selepas hujan berbanding  3-4  tahun dulu. Bagi saya ini satu perkembangan yang sihat kerana pesakit yang  mencari rawatan punya banyak pilihan. Tetapi ada segelintir yang saya  lihat mula menjurus kepada komersil.
 
Kenapa saya kata seperti ini?
 
Cuba perhatikan dalam laman web atau blog pusat rawatan  yang ada. Mereka mempromosikan produk2 keluaran mereka yang  bagi saya ‘memaksa’ pesakit membelinya sedangkan keberkesanan rawatan terletak pada cara mana rawatan itu dijalankan bukan kepada apa yang perlu  digunakan.
 
Apa jua peralatan/bahan (spt air zam zam, kayu koka, minyak wangi/sapu yg diruqyah) yang digunakan dalam rawatan, ianya  cuma sekadar sampingan kerana niat dipandu oleh kekuasaan Allah itu adalah senjata utama perawat disamping  kemahuan  pesakit sendiri untuk sembuh.
 
Bukan semua pesakit datang dengan kereta mewah .  Ada yang datang dari jauh naik bas turun bas, terpaksa tidur di masjid bagi menjimatkan belanja. Bagi mereka biar bersusah payah asal apa yang dicari dapat ditemui.
 
Sememangnya seorang pesakit tidak akan mengira jumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk mencari kesembuhan  selagi dirinya sembuh tetapi  pendekatan perawat  menangani  dan memahami situasi pesakit  juga adalah satu proses rawatan.
 
Tidak dinafikan sebuah pusat rawatan yang mempunyai klinik rawatan sendiri perlu melunaskan segala macam bil berkaitan perngurusan sebuah klinik. Tidak salah mengenakan caj bagi  perkhidmatan mereka tetapi apa yang saya ketengahkan disini ialah mengenai caj yang membebankan pesakit.
 
Setiap pesakit seakan diwajibkan membeli produk keluaran  mereka. Dari air zam2 sehingga produk yang dikatakan mampu membantu rawatan dipromosikan. Dan ada pusat rawatan yang hanya melakukan rawatan pada  temujanji kedua sahaja. Jika pesakit datang kali pertama, pesakit hanya akan di scan secara ringkas kemudian itu ‘disarankan’ menggunakan produk mereka  agar memudahkan rawatan yang kosnya menjangkau RM100. Pesakit perlu datang sekurang kurangnya seminggu dari temujanji  pertama yg sudah tentunya memerlukan kos yg tinggi. (Saya ada terima email mengenai perkara ini)
 
Komen saya ini janganlah diangap sebagai satu tomahan atau  cuba memburuk burukkan pusat rawatan tertentu atau dlm kata lain punya agenda sendiri. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri dan rintihan pesakit yang saya temui dan beberapa email yang saya terima.
 
Pesan ikhlas saya:- “janganlah diperdagangkan ilmu Allah untuk kesenangan diri sendiri tetapi ingatlah bahawa menjadi manusia yang  memberi manfaat kepada manusia lain akan lebih di redhai rezekinya.”
 
p/s* saya menanti komen pengunjung dan paling utama dari mana mana pengendali pusat rawatan.
 
TK
 
Luahan 1
saya pergi ……………….. dekat  ………….  sana….sy ingat bayar utk harga barang jerk….madu rm25, air zam zam kecil dalm 400ml 4 botol. Saya ingat semua tuh dalam rm80….tp masa dekat kaunter kena charge sampai rm200. Terkejut saya……..bukan x ikhlas nak memberi….tp terkejut dengan perubatan islam yg perlu bayaran sampai 200 ringgit sedangkan masuk bilik bersama ustaz masuk bersama pesakit ramai2 dalam 8 0rang pesakit…..sy pergi darul syifa’ bagus…….ustaz2 semuanya x kebendaan….terima kasih

 

Luahan 2

alam ust,t.ksh atas sgl usaha yg dlakukan demi ummat sejagat.Mohaon maaf andai persoalan sy agak keterlaluan.Persoalan sy,mgapakah yuran pendaftaran dklinik ust terlalu tinggi iaitu RM80? Blh tk andai dkaji semula kadarnya utk kebaikan semua pihak.Sy amat tersentuh hati apabila beberapa kali bertemu dgn pesakit dklinik ust yg dtgnya dri jauh,trpaksa naik turun bas dan teksi,dgn diuji Allah dgn penyakit dan dtambah lg dgn sgl kpayahan dn ksempitan hdup,hrpn sy agar kita sama2 prihatin dn membantu mrk yg memerlukan.Jazakallahu khoir….

6 responses to “Membantu insan malang yang di komersilkan 1

  1. assalamualaikum w.b.t

    sekadar pendapat bagi saya ini hanyalah fenomena biasa,malah rasanya tak semua pusat rawatan alternatif juga pusat islam bergitu tentang bayaran yang ingin saya persoalan jika sesetengah pesakit ke pusat rawatan swasta sanggup pula berhabis puluhan ribu ringgit caj daftar sahaja sudah rm50 bulan kos ubat juga rawatan lagi??ttg air zam zam madu n lain2 kira berpatutan la bagi saya jika harga semasa barang tersebut jika beli sendiri entahla rasanya jika ubatan2 moden sanggup pula behabis,bagi saya lumrah pesakit bila baik di puji jika tidak di cemuh yang hairannya jika hospital or klinik tak sembuh tak pula bising salahkan doktor,bayangkanlah perawat ini berkorban masa,tenaga,ilmu untuk cuba membantu orang ramai malah sesetengahnya di uji dengan sihir juga serangan jin termasuklah keluarga mereka,jika terkena gangguan jin mengapa tidak ke balai polis,bomba minta ikhtiar jadinya berfikirlah dengan relevan dengan masalah yang anda hadapi,fahamilah konsep perubatan manakalah ttg caj memang di haruskan bagi saya caj rawatan mmg berpatutan.

    • tenagadalamilahi

      Pendapat anda adalah dialu-alukan. Terima komen dengan hati yang terbuka. Ada beberapa pengajaran yang boleh diambil dari cerita di atas. Contohnya:

      1. Letakkan papan tanda dan jelaskan bagi caj-caj yang akan dikenakan seperti caj pendaftaran tidak termasuk dengan caj barang-barang.
      2. Perjumpaan dengan perawat perlu diadakan temujanji terlebih dahulu bagi mengenalpasti punca-punca secara 4 mata kerana kadang-kadang ada masalah yang tak boleh diceritakan di dalam kumpulan yang ramai.

  2. salam…betul tuh..saya pernah ke tempat pusat rawatan tu..sangat mengecawakan…rawatan tiada privacy,bacaan terlalu sekejap..dan bayaran pendaftaran ttinggi..biasanya bayaran konsultasi dengan doktor di klinik pun baru rm15 sahaja…jadi pada saya..pihak perawat perlu menerangkan dengan lebih jelas…sediakan bilik rawatan yang ,lebih selesa,privacy,kalau tak mampu rawat 100 orang sehari…minta mereka buat temujanji awal sebelum datang…tolonglah bersikap professional….

  3. salam he..he nak tempat privacy dan selesa??masyarakat kita bila caj lebih mulala bising sana sini,u all pergi specialist rasanya daftar saja dah rm50 belum kira satu malam lagi menginap cecahla ribuan ringgit…kalu nak baca lama rukyah itu apa kata u buat bacaan rukyah untuk sendiri lagi bagus dari buang duit amalkan doa2 amalan,adatla kalau dah ramai,orang melayu kita mmg suka dikatakan ada sihirla,jembalangla,siapa yang menyihirla,dari mahu ikhtiar untuk kesembuhan,jika nak diletakkan kesalahan sepenuhnya pada pusat rawatan tersebut janganla kerana ketidakpashatian anda semua hendak di persalahkan,apa kata anda jika anda di tempat perawat yang perlu melayan berbagai karenah pesakit

  4. Nuzubillahiminzalik…sesungguhnya dunia di akhir zaman akan berlaku perkara-perkara yang pelik dan tidak disangka2. tetapi ketahuilah bahawasanya memperoleh harta dengan cara yang tidak diredhai oleh Allah, balasan di akhirat kelak pastinya sangat keras.Bertaubatlah sebelum terlambat! Kepada yang teraniaya, Allah pasti membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik. Amin.

  5. * Nauzubillahiminzalik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s