Rawatan Pada 23 Julai 2010

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirahmanirrahim…

TENAGA DALAM ILAHI- Seorang kenalan saya, Encik S mahu berjumpa saya pada malam tersebut di Bukit Angkasa, Petaling  Jaya. Saya pun bertolak dari Putrajaya ke Bukit Angkasa dan sampai jam 8 malam. Selepas solat Maghrib kami pun berborak-borak , tengah-tengah borak tiba-tiba dia dah transforms jadi lain. Nama dia pun dah tukar jadi Rukail. Umurnya 13000 tahun dan asal dari Mesir. Saya pun sakatlah Rukail nie sampai dia pun mati akal dengan saya. Saya ajak dia masuk Islam, dia tak mahu. Suruh keluar dari badan kenalan saya, dia tak nak. Yang bestnya dia tak boleh tengok saya sebab dia kata dia nampak cahaya kuning keemasan di sekitar tubuh saya. ( entah yer entah tak). Dia pun membebel dan dia pun hairan mana bola-bola api dan geng-geng yang tuan dia hantar tak sampai. Bila saya sentuh perut dia maka perut dia rasa memulas. Lepas tu saya saya pegang belakang badan dia dan pada masa tu dia mula meronta-tonta. Penyaluran shaktivat , energi hakikat besi kursani dan tenaga dalam ilahi dialirkan dan tepukan di seluruh badan meyebabkan En S muntah. Semasa rawatan dijalankan keluarganya pun menerima tempias seperti sakit kaki, pening kepala pada masa yang sama. Kaedah memanggil semua gangguan dilakukan dan bilamana semua gangguan telah berada di depan maka kaedah penguncian dan buangan dilakukan ke laut. Bagi pesakit pula kaedah pemutusan energi dilakukan. Setelah selesai saya minta pesakit terus mandi garam dan minyak wangi. Dia merasakan segar dan lebih ringan.

Lepas mandian kami solat isyak berjemaah dan seterusnya makan malam jam 12 tengah malam. Lepas makan kami lepak kejap di rumahnya dan dia transform lagi. Kali ni jin Nomi pulak muncul. Saya pegang point tangan dia dan terus zikir ALLAH 99 kali senafas di akhiri Hu hembus ke tubuh pesakit. Gangguan mengalah dan terus nak keluar dari tubuhnya. Perjanjian dibuat  dan penghantaran gangguan kembali ke Sulawesi dijalankan. Pesakit sedar seketika kemudian.

Saya minta pesakit teruskan mandian garam dan minyak wangi selama 7 hari maybe 41 hari berturut-turut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s