Jin Takut Pada Minyak Wangi…??

Bismillahirahmanirahim

TENAGA DALAM ILAHI – Rawatan gangguan makhluk halus menggunakan minyak wangi

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; al Minhajul Qurani liilaji as Sihri wal massi as Syaithani karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat menyegarkan jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin asyiq. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah;

1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
3. Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di 32 point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:

  • 20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
  • 2: Dua lubang hidung.
  • 2: Dua lubang telinga.
  • 2: Dua kening berdekatan mata.
  • 1: Sekeliling mulut.
  • 2: Dua puting payu dara.
  • 2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
  • 1: Lubang pusat.

Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.

Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut..

Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah Ros Dimasyq dan Kasturi Hitam. Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi.

Ros mempunyai frekuensi yang tinggi bagi menghambat jin. Sebahagian tok guru menanam ros untuk tujuan ini di samping hiasan. Kajian sains telah membuktikan kuasa wangian terutama ros mempunyai pelbagai kesan kesihatan yang menakjubkan! Namun penggunaan minyak wangi lain juga dibolehkan dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s