Rawatan dan Pembersihan Rumah 4 Jun 2010

Bismilahirahmanirahim,

TENAGA DALAM ILAHI- Alkisah ada seorang kenalan saya ni dan berubat dengan membawa anaknya ke beberapa pusat rawatan bagi menyelesaikan masalah gangguan anaknya. Seringkali mengigau pada waktu malam. Setelah berjumpa perawat tersebut dan dibekalkan air yang telah didoakan , dia pun balik. Bila air tu habis gangguan tersebut kembali semula. Kemuncak gangguan adalah pada 2-3 malam lepas  di mana gangguan tu cubit dan cucuk anak kenalan saya semasa tidur dan nampak wajahnya.

Kenalan ni dah berjumpa pada perawat tersebut sebanyak 2-3 kali. Jadi semasa minum pada waktu pagi dia pun menceritakan masalah yang dihadapinya. Saya mengatakan selain anaknya ada sedikit gangguan, sebenarnya rumah kawan saya perlu dibersihkan dulu. Jadi petang selepas habis kerja saya terus ke rumahnya di Presint 11. Semasa berada di rumahnya saya merasakan ada energi negatif di dalam rumahnya dan saya pun buang terlebih dahulu bagi memudahkan proses rawatan. Kaedah yang digunakan adalah menggunakan Tenaga Dalam Ilahi dan Ruqyah Syariah. Saya minta kenalan saya menyediakan beberapa bahan seperti limau nipis, minyak attar kasturi dan garam bagi pembersihan selama 3 malam berturut yang dilakukan sewaktu azan maghrib berkumandang. Sementara menunggu waktu maghrib saya minta anaknya baring di ruang tamu untuk dibacakan ayat-ayat ruqyah. Rawatan bagi anaknya selesai dan bila azan magrhib berkumandang maka renjisan dimulakan bagi setiap ruang di dalam rumahnya. Selepas selesai saya pun solat magrib di surau yang berdekatan dan lepas tu terus pulang ke rumah.  Proses ni berulang untuk 2 malam berturut-turut. pada malam ketiga tu kenalan saya bermimpi ada dua ekor ular hitan nak patuk pada kakinya tetapi tidak sampai. Saya bagitau pada dia oklar pemagaran tu jadi sebab ular tu tak dapat patuk.

Alhamdulillah berjaya segalanya dengan izin Allah jua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s